Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2007

Kalung Novel Istimewa - Review oleh Berita Harian 25/8/07

KALUNG, novel thriller pertama karya pengarang muda berbakat, Zahidah Zarkasi, menampilkan kisah dendam tidak berkesudahan yang mengakibatkan pelbagai perkara buruk terjadi dan pasti menghanyutkan pembaca dengan pelbagai debaran ekoran kebijaksanaan pengarang mengatur plot cerita selain diselitkan dengan unsur cinta. Novel setebal 45 bab terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd berharga RM16 senaskhah yang dicetak 3,000 naskhah dan berada di pasaran sejak Julai lalu, turut memberi pengajaran betapa bahayanya untuk meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang baru dikenali.

Nia, gadis kota yang hidup bahagia bersama keluarga tercinta melalui putaran hidup yang memilukan apabila dihantar ke perkampungan terpencil tempat kelahiran ibunya, Kampung Jerai Tua, bersama adiknya Irfan dengan janji akan diambil semula kedua-dua ibu bapanya.Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila ibu bapa mereka tidak pernah muncul dan mereka berdua terpaksa melalui kehidupan serba daif dan keadaan diburukkan lagi o…

2 Malam 2 Hari

Perjalanan…
Aku mula bertolak dari Kuala Kangsar jam 4.30 petang dengan menaiki bas Transnasional KK-KL. Di stesen bas, bertemu dengan housemate yg baru balik dari Alor Setar. Dia menghantar adiknya yg turut akan menaiki bas yang sama.
Jalan sesak teruk! Akhirya aku sampai di Pudu ketika jam menghampiri 9.00 malam. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 3 jam bertukar menjadi 4 jam setengah! Bergegas aku ke stesen LRT Plaza Rakyat. 10 minit menunggu, akhirnya train sampai. Fuh, banyak betul orang! Pening kepala! Turun di Bandar Tasik Selatan, aku bergegas pula ke kaunter untuk membeli tiket komuter ke Seremban. Kaunter dah ditutup! Terpaksa beratur panjang di mesin tiket. Sebaik saja tiba giliran aku, amaran diberikan yang duit tukar kehabisan. Bermakna aku kena masukkan duit secukupnya. Tambang ke Seremban RM5.40. Masalah! Saat inilah aku kehabisan duit syiling! Seluk kocek, cuma ada 30 sen. Gabranya aku kerana jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Train terakhir semakin hampir! Dengan…

Akan Terbit - Nopen

Nopen pertama saya akan terbit tak lama lagi.... dengan tajuk SEBUAH KEPALSUAN... Terbitan KarnaDya. Selain saya ada 5 lagi penulis lain. Selamat Membaca!

5 Sahaja!

Jawapan tag istimewa untuk Kak Dewi

5 benda dalam beg
1. Dompet
2. Kunci motor, kereta dan rumah
3. Handset
4. Buku nota
5. Thumbdrive

5 benda dalam dompet
1. My Kad
2. Duit syiling dan kertas
3. Gambar
4. Lesen memandu
5. Kad perpustakaan awam

5 benda favourite dalam bilik
1. Laptop Acer
2. Kipas
3. Novel/majalah
4. Cenderamata
5. Cermin

5 perkara yang ingin lakukan
1. Menulis novel pelbagai genre
2. Bertemu dengan watak2 dlm novel sendiri
3. Bertemu sahabat pena dan kawan-kawan lama
4. Mengembara seluruh dunia
5. Menunaikan haji dan umrah

5 perkara yang sedang lakukan
1. Menaip
2. Termenung
3. Berangan
4. Dengar lagu
5. Gigit bibir

Selamat Hari Merdeka!

N3 BARU

Salam Semua...
Sekarang belum sempat letak N3 baru. Hujung minggu nanti baru sy letak, bersama gambar sekali. Banyak yg nak ditulis. Pertama tentang kenduri saudara yg sy hadiri, kedua pasal taklimat penulisan oleh KD di UKM, Hi-Tea DI 1 Utama, Review Kalung oleh Berita Harian, Alamanda, nopen, novel seterusnya, karnival prasekolah...dan seseorang yg istimewa...

P/s: tentu anda sdg mendengar lagu yg sdg berkumandang....terima kasih buat Kak Dewi yg telah mengajar saya...

BIG - Pangkor

Pada 7 hingga 11 Ogos, aku menghadiri kursus BIG di Pangkor Village. Kami bertolak dari IPIP sekitar jam 7.15 pagi. Seramai 79 orang yang menyertai kursus ini. Kami ke sana dengan dua buah bas. Tiba di jeti lebih kurang jam 12.15 tengah hari.

Setibanya di Pangkor, kami diberi makan sebelum mendirikan khemah masing-masing. Setiap khemah untuk 4 orang. Aku satu khemah bersama Ina, Suhaila dan Sarah. Kami bernasib malang kerana mendapat khemah yg rosak zip pintunya. Hari pertama tidak banyak aktiviti yg dijalankan. Hanya kawat kaki pada sebelah petang dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pada sebelah malamnya. Kumpulan kami juga ditugaskan untuk menyediakan makan malam. Seksanya hendak memasak di tempat yang kurang kemudahan.

Bangun seawal jam 4.45 pagi kerana mahu berebut bilik air. Tambah-tambah lagi pelatih perempuan berkali ganda jumlahnya berbanding pelatih lelaki. Jam 9.00 kami bersiap sedia untuk mendaki bukit. Mujurlah musim kemarau jadi kami bebas dari sang pacat. Naik bukit turun b…

Aktiviti Sepanjang Ogos

Sepanjang Ogos ni bermacam aktiviti yang sudah dan akan saya lalui... 3/8 - Program Keibubapaan di sekolah. Aku bahagian Buku Program. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. 4/8 - Temubual bersama Berita Harian. Bertolak dr KK jam 9.00 am dgn bas transnasional KK - KL. Ingat nak pergi semalam lg tapi tak sempat kejar waktu. Program keibubapaan selesai jam 7.00pm. So, hari ni baru bertolak. On the way, kakak ke dr Seremban call bgth yg kakak di Bangi terpaksa balik ke kg suaminya. Ada kematian. Cadang nak minta dia tolong hantar ke ofis KD. Call kakak di Semenyih. Nasib baik dia tak ada program lain dan sudi tolong aku. Memang kakak di Bangi dah call dia minta tolong hantar aku. Habis masalah tu. Sampai di Pudu jam 1.30pm. Terus naik LRT dan turun di Bandar Tasik Selatan. Tukar ke Komuter pula hingga ke stesen Kajang. Kakak datang jemput bersama suami dan anak2nya. Mula2 sekali pergi cari ofis KD dulu. Sekejap aje pusing dan jumpa (stop kejap. adik di kg call... buku CD dah sampai. Tha…