Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25/11/2022. Kami dah booking seminggu sebelum. Masa tu tak tau lagi PM10 umum cuti Isnin.
Ini adalah percutian pertama kami sebagai ahli kelab SGI (Swiss Garden International). Sebenarnya kami baru sahaja join ahli kelab ni. Dalam bulan Ogos lepas. Nanti aku ceritakan macam mana boleh join club ni. Hehe...
Nak booking senang saja. Just masuk web dan buat booking. InsyaAllah bilik sentiasa ada khas utk ahli walaupun booking sehari sebelum.
|
Kaunter check in check out |
|
Cafe yang terhad makanannya |
|
Ruang lobi |
Kami yang menjadi ahli pakej TRAVELLER boleh booking studio room atau apartmen 1 bilik. Jadi aku pun book studio room. Sebab nak try dulu. Nak merasa orang kata.
Dalam jam 5 ptg kami tiba di resort. Masa tu pening juga la nak cari lobby resort. Sebab kawasan ni luas. Depan sikit ada hotel Double Tree Hilton. Ada juga hotel Swiss Garden. Yg kami ni bahagian resort/Apartment. Ada banyak blok/bangunan. Akhirnya jumpa juga bangunan utk check in ni.
Selesai check in, kami diberi bilik di blok C. Masa drive ke blok C tu rasa lain macam. Kenderaan tak banyak di tempat parking. Eh betul ke ni? Ahli vacation club tak ramai ke? Kenapa tempat ni sunyi? Monyet pun banyak. Dah la nak drive masuk ke sini akan berhadapan dengan bonggol sesaja.
Blok C masa tu ada kereta kami saja di ruang parkir. Rasa agak menyeramkan juga la memikirkan kami bertiga sahaja yg bermalam di blok C. Blok C ni ada 4 aras. Bila masuk dari parkir, terus menuju ke aras 2. Bilik kami aras 3. Di luar nampak macam...hmm... agak usang.
Sebaik buka pintu… WOW! Cantiknya! Sebelum tu aku membayangkan sebuah unit usang dgn perabot lama. Rupanya semua nampak baru, bersih, cantik dan kemas 😍 Bilik air pun besar. Puas hatilah. Tak sempat snap 😅
|
Terlentang terus |
|
Siap sedia nak ke kolam |
|
Sofa tu boleh buka jadi katil. |
|
Yang disediakan untuk 3 hari 2 malam. |
|
View dari tingkap. |
|
Ruang isi perut. |
|
TV Samsung. |
|
Ruang hias diri. |
|
Peti ais, dapur pun disediakan. Mangkuk, pinggan, sudu pun ada. Pisau tak ada. Huhu… |
Tarikan utama kami ke sini ialah kolam renangnya. My son tak sabar nak menyelam dalam kolam. Kolamnya agak besar. Ada dua bahagian. Utk kanak-kanak dan dewasa. Bahagian dewasa sedalam 1.5m. Tiap kali nak mandi kena isi borang. Tuala kolam disediakan.
Bab makanan masalah sikit sebab kena keluar jauh dalam 20 min baru jumpa kedai makan. Kat SGI Vacation Resort ni cuma ada cafe yg menyediakan makanan frozen. Terhad. Kalau nak makan, mereka akan panaskan. Boleh makan di cafe atau bawa balik bilik/ Ada satu lagi restoran di kawasan hotel. Makan Restoran. Harganya standard hotellah.
Di sini disediakan gelanggang tenis, keranjang, table tennis, basikal dan lain2. Tak dan nak teroka. Sebab fokus kali ni nak mandi je. Next insyaallah boleh teroka lagi.