Bulan Ramadan ni, antara I punya rancangan, nak tulis sebanyak bab yang mungkin novel pertama saya Mawar Cinta yang diberi nafas baru. Dah bab 11 sekarang. Boleh ikuti di wattpad saya:
https://www.wattpad.com/419921024-mawar-cinta-2017-bab-11
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Sunday, June 4, 2017
Monday, May 13, 2013
13 MEI - 5 TAHUN TELAH BERLALU
2.30 pagi
13 Mei
5 tahun yang lalu
Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari handset Motorola. Tertera perkataan 'My Home' di skrin. Jantung terus berdegup kencang. Sudah kuduga pastinya ia panggilan kecemasan. Adikku menghubungi dari telefon rumah.
Dia memaklumkan ayah diserang sawan tarik lagi. Ayah terkena angin ahmar sudah tiga tahun lebih. Di sepanjang tempoh tersebut, sudah banyak kali ayah kena sawan tarik. Tak kira masa. Pagi, petang, siang, malam. Kali ni ayah diserang sawan tarik dalam tidur. Biasanya selepas beberapa ketika ayah akan kembali normal. Namun dia tidak akan ingat apa yang berlaku ke atasnya.
Kata adikku, kali ini ayah tak sedar. Jiran dipanggil untuk melihat keadaan ayah. Jiran mengesahkan yang ayah tidak bernafas lagi. Terasa bagai mimpi, kami kehilangan ayah tersayang.
Aku terus bersiap ala kadar. 2.45 pagi aku bertolak balik ke kampung dari Kuala Kangsar, sendirian! Perasaan takut memandu seorang diri sudah tidak wujud dalam diri. Yang ada hanyalah nak cepat sampai ke rumah. Aku sempat menghubungi adikku yang berada di Seri Iskandar, namun panggilan tidak diangkat.
Hampir jam 5.00 pagi aku tiba di rumah. Terus aku menuju ke tempat jenazah ayah ditempatkan. Adik dan kakakku sedang mengaji. Kemenyan dibakar. Sayu melihat raut wajah ayah... arwah kelihatan tenang... Ayah meninggal di usia 71 tahun.
Kini, yang tinggal hanyalah kenangan. Hanya gambar dan video menjadi tatapan kala kesunyian. Semoga roh ayah tenang di alam sana, dan semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin.
Sunday, October 7, 2012
Nostalgia : BFF
Kembali ke UPM lagi. Kali ni nak kongsi cerita tentang persahabatan... tentang best friend forever... BFF aku masa jadi student UPM ada 2 orang. Kami dari kursus yang sama - Bach Sains Perniagaantani. Nama BFF aku tu Nia dan Jaya. Mula-mula kenal Nia ni sebab dok masuk dewan kuliah sekali. Mulanya tak perasan kami dari kursus yg sama. Nia la yang mula2 tegur. Tanya aku dok kolej mana. Aku bgtau la aku kolej ke5. Dia pulak kolej pertama yg aku dah lupa nama kolej tu. Kolej dia dekat sikit dengan dewan kuliah. Kolej aku nun jauh ke atas.
So dia ajak la ke kuliah sama-sama. Otw aku nak ke kuliah tu, aku singgah kat kolej dia dulu. Lepas tu kami gerak sama2 ke dewan kuliah. Masa ni Nia dah kenal Jaya. Mereka dari kelas diploma yg sama. So aku diperkenalkan dengan Jaya (gadis India). Sejak hari tu kami pun berkawan baik.
Nia orang Tawau, Sabah. Jaya pulak orang Kota Tinggi, Johor. Boleh kata ke mana saja kami pergi, kami akan bertiga. Dan kumpulan pun sama. Lagipun pensyarah menggalakkan kumpulan yg bercampur pelbagai bangsa. Jadi senanglah kami duduk dlm satu kumpulan. Antara kami, Jayalah yg paling bijak. Dia selalu berkongsi ilmu.
Masuk semester ke2, aku kena tinggal kat luar. Rumah sewa aku kat Taman Seri Serdang. Rumah teres. Nia stay kat kolej. Jaya pun duduk luar. Flat Jaya tinggal dekat dgn rumah sewa aku. Jadi, aku mesti dgn Jaya kalau nak menuju ke dewan kuliah. Sampailah ke tahun akhir, kami bertiga tetap bersama. Ke library, ke cafe mesti bertiga. Banyak cerita dikongsi bersama.
Diam tak diam, sudah 12 tahun aku tak bertemu dengan Nia dan Jaya. Nia kini berada di institut perguruan kota kinabalu. Dia sdg belajar pendidikan untuk jadi guru tetap. Dah berkahwin dan anak nak masuk 5. Sehingga sekarang kami masih berhubung. Nia tak ada akaun FB coz katanya lebih baik dia habiskan masa urus anak2. Jaya pulak guru di Teluk Intan. Walaupun dekat, tapi kami tak pernah bersua muka lagi. Hanya tgk gambar dia kat FB. Sehingga sekarang Jaya tak pernah missed wish my b'day :)
Saturday, September 29, 2012
Nostalgia : Artis Pertama
Mira Edora
Nama tercipta
Kata bicara terukir mesra
Inginku sunting bunga di taman
Untukku hiasi mahligai cinta
Inginku hampiri
Hatimu yang sunyi
Kasihku... sayangku...
Oh Mira Edora (2X)
Oh... Oh...
Mira Edora
Kaulah segalanya...
Padamu diriku ada kekosongan
Inginku temui dirimu sayang
Agar terubatlah rindu hatiku
Inginku selami
Malammu yang sepi
Kasihku... sayangku...
Oh Mira Edora
Penyanyi : Kump. Wicitra
Teringat pulak lagu Mira Edora yang popular awal 90-an. Masa ni aku baru melangkah ke alam remaja. Kegilaan pada lagu memang tak dinafikan terutama lagu slow rock. Mira Edora - selain lagu, Mira Edora jugak tajuk novel karangan Khadijah Hashim yang telah difilemkan. Watak Mira Edora dipegang oleh Julia Rais. Kisah student jatuh cinta dengan guru sendiri yang rupa-rupanya guru tu ex-pakwe mak sendiri. Memang best plot cerita ni.
Sebenarnya ada satu lagi sebab kenapa lagu ni kekal dalam ingatan. Hmm... inilah kumpulan pertama (artis pertama) yang aku tengok live. Huhu... Masa tu kump wicitra di datang ke fun fair buat persembahan. Kebetulan pulak malam tu aku keluar ngan family ke majlis kenduri yang diadakan sebelah ngan tapak fun fair ni. Lepas makan kenduri, kami beli tiket masuk ke fun fair. Rasa best sangat masa tu... Kecik2 dulu, duduk kat dalam kampung, mana la ada hiburan. TV pun tak semua keluarga ada. Peneman setiap hari hanyalah radio. Tunggu DJ putar baru la bleh dengar lagu. Berbeza dengan sekarang.
Jom layan kenangan lalu...
Sunday, September 23, 2012
Nostalgia : Apartment Makmur
Tiba-tiba teringat pulak kenangan di Apartment Makmur. Aku pernah menetap di sini sekitar penghujung 1995 sehingga awal 1997. Apartment ni terletak area Bandar Sunway kalau tak salah. Dekat je dengan Sunway Pyramid... Sunway Lagoon... Tapi ketika tu, shopping complex Sunway pyramid tu masih dalam pembinaan. Sunway Lagoon dah wujud dah tapi takder la sehebat sekarang. Masa stay kat sana sempat la sekali aku ke Sunway Lagoon. Harga tengah promosi masa tu. Guna kupon majalah Malaysian Student yang aku rasa dah tak wujud lagi sekarang ni.
Macam mana aku boleh menetap di Apartment Makmur? Masa tu semua student matrikulasi UPM belajar di kampus UPM sendiri dan di Kolej Unitek. Aku diletakkan di bawah Kolej Unitek yang sebelum tu dikenali dengan nama Emile Woolf College (betul ke ejaan woolf tu? aku dah tak ingat la). Beberapa bulan belajar kat Emile Woolf, berlaku pertukaran nama yang dirasmikan sendiri oleh PM kita sekarang Dato' Sri Najib yang sebelum tu menjawab jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Kolej Unitek dah tak wujud lagi sekarang. Kolej ni terletak di Kelana Jaya. Ramai jugak student belajar kat situ masa tu. Ada yang persediaan ke luar negara, matrikulasi UKM dan Uniten. Kami tinggal di Apartment Makmur dan hari-hari naik bas ke kolej. Indahnya zaman tu. Masih segar dalam ingatan.
Semester 1 aku ditempatkan di blok E bersama beberapa orang rakan. Yang aku masih ingat nama antaranya Suzaida, Suhana, Salmiah dan ramai lagi. Semester ke 2, aku ditempatkan di blok A. Masa ni berkenalan dengan Ina, Sal, Stella dan lain-lain (terlupa nama). Apartment Makmur ada tiga bilik dengan 2 bilik air (1 dalam master bedroom dan 1 lagi dekat dapur). Ruang tamu agak luas dan memanjang, dapur pun luas, balkoni depan dan belakang. Di blok A ni aku tinggal di tingkat 3. So, malam-malam, melepaklah kami di balkoni memerhati gelagat manusia yang masuk keluar dari kawasan apartment. Paling best, kami jugak suka berkongsi cerita seram di situ.
Lagu yang membuatkan aku terkenang kembali kisah kehidupan di sini ialah lagu Mengintai Dari Tirai Kamar (Exist), Pertemuan (Erra Fazira) dan Intan Rupanya Kaca (Espiranza) coz masa ni tengah meletop semua lagu2 ni.
Kini sudah hampir 15 tahun berlalu.... cepatnya masa meninggalkan kita...
| Sumber : Pakcik Google |
Subscribe to:
Posts (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Jumlah Followers Stekat ni : 60 jer Jom la pakat join segmen ni ye.... harap2 bertambah kenalan bloggers :)
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...