Saturday, July 22, 2006
Menuju Puncak Cinta
Ini adalah manuskrip saya yang ketiga. Saya sudah menghantarnya ke sebuah syarikat penerbitan. Belum ada apa-apa makluman dari pihak sana sama ada menerima atau menolak manuskrip tersebut. Menuju Puncak Cinta berasal dari tajuk Izhan Izhanie. Temanya... cinta remaja. Harap2 diterima kerana ini salah sebuah novel yang saya suka.
Monday, June 19, 2006
MY CERJANG
Assalamualaikum...
Saya telah mencipta satu lagi blog iaitu http://cerjang-tannehadihaz.blogspot.com untuk saya letakkan karya-karya saya yang berbentuk cerjang (cerpen panjang). Sudi-sudilah menjengah ke sana atau klik saya pada My Cerjang kat sebelah kanan.

Friday, June 16, 2006
MENCARI BAHAGIA
Sedutan cerpen Mencari Bahagia...
Setelah hampir sebulan tidak mendengar suaramu apatah lagi melihat wajahmu, kerinduan di hati kian menyesak. Aku beranikan diri menghampiri teman-temanmu di kedai kopi. Aku ingin tahu ke mana kau menghilangkan diri. Aku harus mendapatkan jawapan. Agar terhurai segala yang bermain di fikiran.
"Maafkan saya... saya nak jumpa... er...er..." Siapakah nama kau? Nampak sangat selama ini aku tak pernah ambil tahu tentang dirimu. Yang ada hanya perasaan benci....
"Irshad?" pintas seorang lelaki.
"Irshad? Lelaki yang selalu mengganggu saya ti, namanya Irshad?"
Jadi, insan yang selalu menghubungiku melalui telefon dan selalu mengganggangguku tika aku pulang dari sekolah adalah orang yang sama. Patutlah sejak aku terima hadiah darimu, aku turut tidak lagi menerima panggilan dari seorang lelaki bernama Irshad. Suara kau di dalam telefon jauh bezanya.
"Dia dah ke Jerman."
Itulah jawapan yang ku terima mengapa kau menghilangkan diri secara tiba-tiba. Mulanya aku menyangka rakan-rakanmu mahu mempermainkan aku. Setelah Pak Mat pemilik kedai kopi mengiakannya, barulah aku percaya....
Kisah selanjutnya boleh dibaca di ruangan Cerpen Pilihan, Majalah Remaja keluaran 15 Jun 2006.

Thursday, June 1, 2006
Sad Sonata & Malin Kundang
Dua drama ni tak boleh tinggal satu episod pun. Suka kedua-dua drama ni. Sangat-sangat suka sebenarnya. Sad Sonata sebuah drama cinta lara, sesuai dengan tajuknya. Minat dengan watak heronya - Junying - Drama Korea ni sebenarnya lebih kurang je. Heroin berpenyakit ... hilang ingatan ... disangka mati rupanya tak... pertalian adik abang... tapi tetap nak tengok. Antara yang pernah diikuti seperti Winter Sonata, A Story of a Successfull Bright Girl, The Eve, Hotelier, Stairway to Heaven, My Love Patzi....
Malin Kundang pula ala-ala Si Tanggang bagi rakyat Malaysia. Tapi ni Malin Kundang zaman moden. Saya memang peminat drama terutama dari Korea dan Indonesia. Pernah terpaut dengan beberapa sinetron seperti Hikmah, Ikhlas, Opera Jakarta, Kisah Adinda, Harga Diri, Tali Kasih.
Drama Melayu pulak bolehlah. Suka dengan drama Raflesia. Tapi sekarang ni mengikuti Janji Kekasih walaupun ada sikit2 persamaan dengan drama Korea - Autumn In My Heart. Autumn dulu hanya ikuti episode awal je. Tak suka dengan watak heroinnya yang senyap. Begitu juga dengan telenovela Filipina baru2 ni - Stolen Moment - Tak suka dengan watak Margaret yang senyap. Telenovela Filipina yang lain2 layan gak walaupun jalan ceritanya sama. Berpisah dengan ibu bapa kandung, orang kaya orang miskin, hilang ingatan...
Telenovela Latin juga saya layan. Tapi sekarang ni tak ada yang menarik. Pernah mengikuti telenovela Mis Tres Hermanas (Lisa & Santiago), Rosalinda (Rosalinda & Fernando Jose), Betty La Fea (Betty & Armando), Pobre Diabla (Fiorela & Andres), Catalina y Sebastian, Cuando Seas Mia (Paloma & Diego), Luna ( Luna & Mauricio) dan Por Tu Amor.
Adios!
Friday, May 19, 2006
Anggerik di Tangkai Mawar
Baru habis baca novel karya Manaf Hamzah ni. Tajuk sehebat jalan ceritanya. Novel ni memang menarik menyebabkan saya tak henti membacanya. Sebab nak tahu kisah selanjutnya. Mula-mula baca tu ingatkan berlatar belakang zaman 60an. Sebab gaya bahasanya klasik betul. Agaknya beginilah gaya penulis Singapura (betul ke penulis ni orang Singapura?) Saya teka aje sebab tengok penerbit novel ni ialah Pustaka Nasional Singapura. Saya dapatkan novel ni dari perpustakaan awam. Kalau tak salah penulis ni satu ketika dulu popular dengan novel bertajuk Dedaun Hijau di Angin Lalu.
Saya suka meminjam buku di perpustakaan. Kenapa tak beli? Manalah ada duit. Saya suka novel yang tebal jadi harganya tentu mahal. Nak tau menarik tak menarik sesebuah novel tu, saya akan pinjam dulu. Kalau cerita menarik baru saya beli. Lagipun duduk kat kampung ni mana ada kedai buku yang jual macam2 buku seperti kat MPH atau Popular. Novel Alaf21 adalah.
Alamak! Dah lewat. Nak pi perpustakaan sekarang. Nak hantar Anggerik di Tangkai Mawar dan Kompilasi Selimut Malam (Shamsiah Mohd Nor)
Wednesday, May 17, 2006
Program Anak Angkat
Bermula 10 Mei hingga 16 Mei, kampung saya telah didatangi pelajar-pelajar USM, Kubang Kerian sempena program Bakti Siswa. Seramai 40 orang telah dijadikan anak angkat penduduk kampung. Pelbagai acara diadakan sepanjang tempoh mereka berkampung di sini. Antaranya Bengkel Akademik untuk budak sekolah, Malam Gema Budaya, Pameran, Pemeriksaan Kesihatan, Pertunjukan Tentera, Demonstrasi oleh Bomba, Gotong Rotong, Sukaneka dan pelbagai acara lain. Boleh klik link foto untuk melihat gambar.
Friday, April 21, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Jumlah Followers Stekat ni : 60 jer Jom la pakat join segmen ni ye.... harap2 bertambah kenalan bloggers :)
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...