Salam buat semua yang sudi berkunjung ke sini...
Semalam tak sempat nak online sebab kilat. Patutnya semalam masuk N3 baru (hajat di hati masukkan sebarang N3 2 hari sekali).
Esok, pensyarah iaitu En. Shaddin akan datang observe di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika. Memandangkan minggu ini mengajar Tema Tumbuh-tumbuhan, so saya bercadang hendak mengajar budak2 tu buat capan menggunakan pelepah betik and daun. So, sebelum nak ajar budak, petang ni saya kena buat dulu. Pokok betik memang tak ada. Tapi mata saya dah menangkap rumah jiran sebelah yang ada pokok betik. Bolehlah minta sebatang pelepah... Debar juga menanti hari esok.
Namun debaran sedikit hilang bila mengingatkan lepas habis sekolah, saya akan bertolak ke Seremban dan lusanya ke PWTC. Rasa tak sabar2 pulak nak berada di pesta buku. Nak bertemu rakan penulis, peminat (kalau ada) and nak beli buku2 rujukan untuk kanak2 prasekolah...
Thursday, April 10, 2008
Monday, April 7, 2008
Tiket Bas Habis! Grr...
Semalam pergi stesen bas, hantar adik balik SI. Alang-alang sampai stesen terus le cari tiket di kaunter tiket trans. Cadang nak gi beli hari selasa atau rabu. Maklumlah awal lagi.
"Nak beli tiket 11 April jam 2.30."
"Dah habis." Ujar gadis jaga kaunter tu setelah membuat semakan.
Terkejut beruk jugalah...
"Er... 1.30?"
"Dah habis juga."
Ya ampun! Orang kuale ni nak berebut gi Kl buat ape? Turun Pesta Buku juga ke?
Ingatkan sayalah orang yg terawal beli tiket... rupa2nya ada yg lebih awal.
Hmm...satu pengajaran.
Otak tengah pening cari alternatif untuk ke KL juga hujung minggu ni... huhu

Saturday, April 5, 2008
Salam Semua

Apa khabar?
Dah singgah di pesta buku 2008?
Apa citer?
Semalam, pesta buku antarabangsa bermula... Bercakap tentang pesta buku ni, dah dua kali saya pernah ke sana iaitu pada tahun 2005 dan 2007. Tahun ni? Insya Allah kalau tak ada aral melintang saya akan berada di sana pada 12/4 (Sabtu). Ikut jadual saya akan berada di booth KarnaDya jam 10am-12t/h bersama rakan penulis orang jay bee... Dewi Sukma dan Syima Syawal. Mungkin saya tak akan sampai tepat jam 10am... dalam pukul 11am dah ada kot. So, buat kak dewi n kak syima, layan2lah dulu peminat2 novel kdya..hehe..
Tahun 2005, saya ke sana dengan tujuan utama nak cari dan beli buku yang sesuai untuk mengajar. Masa tu saya mengajar di SMK Pengkalan Hulu, Perak. Saya ke sana bersama tiga orang adik. Sambil tu jenguk novel pertama saya Mawar Cinta kat booth Rhythm. Seronok masa tu sebab orang tak kenal (ceh, perasan! macam le org kenal skrg ni). Tahun 2006 tak pergi. Tahun 2007 pergi dengan seorg adik dan dua org anak buah. Tahun ni Insya Allah saya akan turun dengan kroni2 saya iaitu family members and dua, tiga orang rakan sekerja. Semuanya bersemangat dan nampaknya macam dah tak sabar nak ke pesta buku.
Tahun ni nak pergi dgn tujuan nak cari buku2 yang sesuai untuk mengajar budak2 prasekolah selain mencari buku atau bahan untuk praktikum. Nak juga cari majalah2 lama yg tak sempat beli. Semestinya tujuan utama tentulah nak berkenal-kenalan dengan rakan2 penulis kdya dan penulis2 lain serta bertemu peminat novel kdya seluruh Malaysia yang sudi turun.
Jumpa Di Sana!
p/s : mulai hari ini saya akan online hari2 (kalau sempat) dan masukkan N3 sekerap yg mungkin. so, datanglah jenguk blog saya selalu kot ada info2 terkini. sebenarnya sy dah pasang telefon kat rumah sewa ni. bestnyeeee!!!!!
Saturday, March 29, 2008
Friday, March 14, 2008
Pensel Pertama
Pensil yang pertama terbentuk apabila beberapa batang grafit diikat dengan seutas tali. Kemudian ada cadangan agar batang grafit tersebut dimasukkan ke dalam batang kayu yang berlubang. JOSEPH RECHENDORFER merupakan orang pertama yang mencadangkan untuk meletak getah pemadam pada hujung pensil agar memudahkan kerja memadam kesilapan.Tahukah anda sebatang pensil biasa dapat melukis garisan sepanjang 56 km panjang dan menulis lebih kurang 50,000 perkataan dalam bahasa Inggeris.
sumber: http://edugreen.teri.res.in/
p/s : pensel pertama saya entah dah hilang ke mana...
sumber: http://edugreen.teri.res.in/
p/s : pensel pertama saya entah dah hilang ke mana...
Friday, March 7, 2008
Renungan - IMAN SEMUT DAN IMAN MANUSIA
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorekkuburorang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:
" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Saturday, March 1, 2008
Seri Iskandar
Online dari Seri Iskandar sekarang. Datang sini sebab nak teman adik beli motor. Pergi cari kat Ayer Tawar. Tapi ada masalah la pulak. Esok nak pi makan kenduri rumah sedara yang tinggal area sini gak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Jumlah Followers Stekat ni : 60 jer Jom la pakat join segmen ni ye.... harap2 bertambah kenalan bloggers :)
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Awal tahun ni me n hubby sibuk urus buka akaun perniagaan iaitu akaun semasa di Maybank. Sebelum tu try nak buka akaun CIMB tp banyak prose...