Tuesday, January 3, 2012

Kisah di Pejabat Pos

Hari ni sempat ke pejabat pos untuk beli wang pos. Dah lama tak berurusan di pejabat pos. Termasukla urusan pembelian wang pos. Teringat dulu-dulu. Rajin bebeno aku ke pejabat pos. Masa tu tinggal kat kampung. Aku beli wang pos sebab nak beli borang kerja kosong, nak langgan majalah dan macam-macam lagilah. Kalau beli banyak, penat la jugak nak nulis nama pembayar dan maklumat pengirim. Lenguh jari jemari ni.

Rupanya ramai jugak pengunjung kat pejabat pos ni. Ingatkan bila segala urusan boleh diselesaikan secara online, pejabat pos akan sunyi sepi, melainkan urusan penghantaran bungkusan. Rupanya ada lagi urusan-urusan lain yang memerlukan khidmat pejabat pos. Kebanyakannya nak renew insurans dan roadtax. Tak nampak pun yang nak bayar bil. Mungkin semua dah guna internet. Hari ni ramai jugak yang pegang buku biru - ting!. Yup, buku akaun ASB. Rupanya hari ni dah boleh semak bonus/dividen untuk ASN, ASB, ASW dll AS.

p/s : esok bermula sesi persekolahan 2012. harap tak ada murid yg buat perangai..huhu

Monday, January 2, 2012

Persediaan Masuk Sekolah

Sesi persekolahan 2012 akan bermula pada Rabu (4/1/2012). Diam tak diam, lusa murid-murid dan guru yang sudah 'bercuti' selama hampir 6 minggu akan kembali ke sekolah. Murid akan menimba ilmu pengetahuan, guru akan mengajar dan mendidik supaya murid-murid akan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sebelum masuk sekolah, banyak benda nak kena get ready. Salah satunya, jadual waktu. Jadual waktu pra every year memang kena buat sendiri. Walaupun fleksibel, tapi pening juga kepala nak agihkan waktu. 600 minit dalam BM & 600 minit lagi dalam BI. So, 1200 minit untuk seminggu. Harap2 jadual waktu untuk Pendidikan Islam tak berubah. Kalau tidak terpaksa rombak semua.

Selain jadual waktu, aku juga dah siapkan takwim prasekolah. Banyak program yang dirancang dan diharapkan agar segalanya berjalan dengan lancar. Amin... Dalam tempoh setahun, bermacam-macam aktiviti yang dirancang. Awal tahun memang semangat nak buat semua tu, bimbang nanti bila dah masuk bulan 3 dan seterusnya, tak sempat nak jalankan. Maklumlah, tugas sebagai guru pun dah banyak. Jadi setiausaha itu ini. Harap2 anak didikku Seri Permata tak terabai.

Guru-guru kelas perdana dah dapat buku rancangan mengajar. Ramai yang pilih nak guna sistem fail. Aku pun ingat nak guna sistem fail, senang sikit. Setiap tahun tak payah pening kepala nak fikir aktiviti2 yang akan dijalankan masa pnp. Tapi JPN Perak ni pelik sikit, tak bagi guru pra taip RM. Disuruhnya tulis atas buku. Adoi, zaman dah maju. Tapi nasib baik GB okey. Dia lebih suka guru guna fail. So, aku ingat aku nak guna fail jugaklah.




Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 201, Welcome 2012

2011 sampai ke pengakhirannya. Pantasnya masa berlalu. Terasa seperti baru melangkah ke tahun baru 2011. Diam tak diam rupanya sudah sampai ke pengakhiran. Azamku ada yang tercapai ada yang belum, sambung ke 2012.

2012, banyak yang telah aku rancangkan. Semoga dipermudahkan ALLAH... Amin. Satu lagi impianku yang belum tercapai. Semoga 2012 ini memberi sinar dalam hidupku, dan semoga tercapailah impianku itu.

Friday, December 30, 2011

Mesyuarat Guru & Tugas 2012

Hari ni mesyuarat guru berlangsung selama tiga jam lebih. Kehadiran penuh. Tentulah semua hadir sebab nak tahu tugas dan jawatan tahun depan.

Memang aku tunggu saat dapat buku panduan tugasan. Setiap tahun mesti dapat buku tebal ni. Kali ni cover warna biru. Cantik. Ada perubahan sikit. Kat depan ada gambar sekolah. Maju setapak. Hehe...

Bukan cover yang aku nak storykan...Pasal tugas. So, bagi tahun 2012, inilah senarai tugas yang aku kena laksanakan :

1. Setiausaha Kajian dan Tindakan
2. AJK Transisi Tahun 1
3. Setiausaha Prasekolah
4. Setiausaha Lawatan dan Rombongan
5. Setiausaha Penghayatan Bulan kemerdekaan
6. AJK Sambutan Maal Hijrah
7. Setiausaha Hari Anugerah
8. AJK Pengurusan Tahap 1
9. AJK Panitia Pend Jasmani dan Kesihatan
10. AJK Panitia Seni dan Muzik
11. Ketua Panitia Prasekolah
12. AJK Bimbingan kaunseling dan kebajikan Murid
13. AJK 3K Sekolah
14. AJK Pend. Pencegahan Dadah
15. Setiausaha Kokurikulum
16. Pen. S/U Pembangunan Sukan sekolah
17. Setiausaha Organisasi Kelab permainan
18. Guru Prasekolah (Tetap dan Berpencen )

Setiausaha saja dah tujuh. Belum tambah setiausaha hari kokurikulum lagi. So, 8 semuanya. Standard la tugas banyak bagi sekolah bertaraf SKM (sekolah kurang murid). Murid pra tahun depan 18. Semua murid SKUR 75 orang jer next year.


p/s : Apa2pun aku harap dapat jalankan tugas sebaik mungkin. Amin.... Welcom 2012

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...