Sunday, April 26, 2015
ADA JUGAK KEBAIKAN TABLET
Kita sebagai ibu bapa tak seharusnya membiarkan anak2 untuk sentiasa bersama tablet. Aku setuju. Tapi kadang-kadang bila kita nak buat kerja (memasak, atau mencuci dll) kita terpaksa biarkan anak dengan tablet supaya kerja yg kita lakukan berjalan lancar dan cepat siap. Siapa setuju angkat tangan? Hihi...
My son Umar Ziyad pun tak terlepas. Walau baru berumur 2 tahun 1 bulan, dia cukup gemar dengan tablet. Dia suka dengan permainan Tom dan seangkatan dengannya. Merekalah kawan-kawan alam mayanya. Dia juga suka buka Youtube dan pandai pilih kartun dan lagu kanak2 yang digemarinya. Aku juga install beberapa aplikasi pendidikan untuknya seperti Flash Card, Rhymes dll.
Aku sendiri tak perasan bila dia mula kenal nombor 0 hingga 9. Tiba-tiba jer dia sebut five bila lihat nombor 5. Aku pun test nombor lain. Alhamdulillah dia kenal semuanya. Cuma nak sebut jer masih terbelit lidah ( my son lambat bercakap)
Sekian, terima kasih...
Saturday, April 25, 2015
Pesta Buku ANTARABANGSA 2015
Wednesday, March 18, 2015
MANUSKRIP PARUT
Dah hantar 13 Feb 2015. Dah sebulan lebih. Hantar ke penerbitan yg sama dgn Hanya Padamu dan Mak Datin, Isteri Cikgu. Siapa yg pernah dpt kan novel aku tu mesti tau kan. Parut...itu tajuk yg aku pilih. Sdg tunggu penilaian yg mengambil masa 3 bulan sepatutnya sama ada diluluskan atau tidak. Parut dgn genre misteri, genre yg aku paling suka wpun boleh pecah kepala nak memikirkannya. Nak buat lain dr yg lain dgn harapan pembaca tak boleh agak ending yg akan berlaku. Kalau diterbitkan kiranya ini novel ke 3 aku dgn genre misteri selepas Kalung dan Menjejak Memori. Komen2 yg aku terima dr pembaca Kalung dan Menjejak Memori memang memberangsangkan. Alhamdulillah.
Doa2 ye agar PARUT aku diterbitkan. Wait and see.
Lepas ni karang cerita seram dan misteri pulak...
Percutian ke Universal Studio Singapore
Agensi : Cuti.my
Harga : RM210 dewasa, RM170 kanak-kanak
Include : Tiket masuk
Pengangkutan Danga Bay - USS - Danga Bay
Tarikh : 15 Dec 2014
Ahli Rombongan : 15 dewasa + 2 kanak2 + 3 infant ( bawah 4 thn)
Sehari sebelum kami bertolak dr Seremban. Perjalanan ke homestay mengambil masa 2 jam. Kami sewa homestay di sebuah taman perumahan berhampiran Danga Bay. Rumah teres 2 tingkat dgn 3 bilik berhawa dingin. Kemudahan semua okey kecuali masalah air. Malam tu kami keluar makan sup tulang yg famous kat JB ( sorry dah lupa nama ).
Keesokan pagi ( Isnin ) kami bertolak ke syarikat yg menguruskan rombongan kami. Parking kereta depan syarikat. Banyak parking. Kemudian kami naik bas. Jam 7 lebih kami bertolak ke USS. Perjalanan mengambil masa 2 jam coz urusan di imegresen 2 buah negara.
Jam 9 lebih tiba di USS. Driver mengingatkan kami supaya menunggu di tempat yg sama sebelum 6.30 petang. Kalau lambat terus kena tinggal.
Tunjuk je tiket terus dpt masuk. Org tak ramai lg coz msh awal pagi. Kami ke money changer dulu nak tukar duit. Aku tukar RM300 dapat $105 jer... Masa tu RM285 bersamaan $100 dolar Singapore.
Masa mula masuk kami ambik dulu peta. Pastu bergambar kat lorong ala2 kat New York and England. Terus kami tuju ke Transformer. Sbb pengunjung yg kami baca kat blog rata2 suka dgn Game kat Transformer tu. Aku tak masuk sbb ada anak setahun lbh. Kanak2 tak dibenarkan masuk. Jadi aku dgn adik aku merayap2 kwsn sekitar sbb kami ada anak kecil...huhu. Lama jugak menunggu...sejam kemudian baru yg lain2 keluar. Katanya ramai org..kena beratur. Sapa yg ambil single rider cepat sikit.
Kami berjalan menuju ke kawasan The Mummy. Kat sini aku berkesempatan masuk. En suami pulak jaga anak. Lama jugak tunggu turn. Gamenya rupanya naik roller coaster. Tapi dlm gelap..haha...
Keluar dr situ dah rasa penat. Dah tengah hari. Cuaca panas. Dahaga dan lapar. Kami menuju ke Istana Far Far Away ( Shrek ). Kat situ ada restoran makanan halal. Harganya x payah cakap la...mmg mahal. Nasib baik boleh discount $5 dr tiket yg dibeli. Anak pun dah tak senang duduk sbb cuaca panas. Terpaksa bg dia mandi kat tandas. Tandas banyak kat USS. Setiap kwsn ada tandas. Tandas takder air....tapi kat hujung sekali ada air. Mana2 tandas pun ada 1 yg ada air. Biasa kat hujung.
Kemudian kami patah balik ke The Mummy cari surau. Suraunya kecik je. Org ramai. Keselesaan mmg kurang. Kami ke Far Far Away semula utk tengok wayang 4D. Best sbb dpt rasa bila Donkey bersin. Dapat rasa labah2 merayap kat tempat duduk. Anak dah tidur sbb sejuk kat dlm tu.
Kat Madagascar sempat tengok binatang ( org pakai kostum ) menari...I like to move...) Lepas tu kami bergambar. Sampai setakat tu je...lepas tu dah tak larat dah. Tgk je org beratur kat Jurassic Park...
Banyak tempat kami tak pergi. Rasa rugi pulak. Penat punya pasal. Ingat org tak ramai hari Isnin....rupanya beribu org kat dlm tu.
Nak beli belah x mampu. Cuma mampu tgk je. Harganya hmm..... berbeza masa ke Bukit Tinggi, Idonesia. Kami bershopping sakan.
Seronok bila bercuti bersama keluarga. Sebelum ni kami dah ke Kota Kinabalu dan Kundasang serta Cameron Highland (2010), Kuching (2011), Pulau Perhentian dan Kuala Gula (2012), Bukit Tinggi (2013), Cameron Highland sekali lagi dan USS (2014). Tahun ni Insya Allah bulan 6 nanti nak naik Star Cruise pulak.
Gambar nanti upload.
Friday, December 5, 2014
Coretan KLIA2... Sandakan dan Sepilok.
Bukan bercuti...balik kg suami. Suami org sana. Balik 25 nov hingga 3 dec. 9 hari di sana. Suami dok jauh so setahun sekali je balik. Huhu... Tambang agak mahal. Masa pergi RM199. Masa balik RM257. Plus luggage, makan, seat...semuanya RM1352.
Masa booking tersilap isi tarikh lahir suami. Risau jugak. Masa nak check in weolls betulkan masa tu. Flight jam 12.45. Ini first time naik kat KLIA2. Risau jugak sbb tak biasa. Kalau kat LCCT mmg dah tau. Wow..KLIA2 lbh luas 4x dr LCCT. Tak payah risau sbb papan tanda byk. Check in kat mana2 kaunter pun boleh. Lepas tu masuk ke ruabgan J dan K utk penerbangan domestik.
Mak ai....jauhnya nak ke J7. Sudahlah my son terlebih aktif. Jenuh dok kawal si Umar. Kat ruang berlepas ni jauh lbh selesa dr kat LCCT. Surau banyak. Tandas banyak. Tempat tukar lampin baby pun byk. Selesa sgt.
Kali ni aku try booking free seat Air Asia sbb aku terpaksa riba si Umar yg belum cecah 2 thn. Bdnnya agak panjang so agak tak selesa wpun duduk kat depan sekali... 1E dan 1F. Free seat ni kelebihannya selain tempat yg agak luas kami jugak boleh naik dulu...beratur kat depan. Aku dok sebelah tingkap. My son ni kalau dlm air cond lenanya je dia. So lega sikit tak payah kawal. Cuma aku x boleh nak gerak ke mana. Riba dia jer.
Jam 4.15 sampai. Mentua dok Taman Sejati....tak sampai 5 minit dr airport. Airport Sandakan pun dah siap renovation.
Hari Ahad weolls jalan2 ke Sepilok iaitu tempat pemulihan orang utan. Tiket RM2 bawah 17 thn dan RM5 utk dewasa. Kami masuk jam 9 pagi. So terus ke nursery tgk anak2 org utan. Jam 10 tgk org utan diberi makan. Tak byk org utan yg keluar makan. 3 ekor je. Mak yg kendong anak dan seekor org utan sederhana besar. Pelangcong luar negara ramai kat sini. Dan ada jugak org putih yg urus org utan kat situ. Kedai souvenir ada kat luar. Agak mahal. Pusat pameran dan tayangan video pun ada di luar.
Hari Rabu bertolak balik. Kakak ipar and her family hantar weolls ke airport. Luggage aku book 20kg. Masa check in terlebih berat. 24kg. Masa panjang lg so pekerja situ suruh kurangkan 4kg kalau tdk kena caj RM75.00. Mak ai...mahal siot. Mujur kami dpt kurangkan 4kg. Yg lebih tu kami bawak naik ke kabin. Kami beli beg biasa RM5 yg ada jual kat airport.
Sampai KLIA jam 7.00 ptg. Jauh jugak nak menapak ambik bagasi. Lepas tu kami ikut papan tanda menuju ke teksi. Ada kaunter teksi guna sistem kupon. Kami cakap nak ke Senawang. Dia tanya brp org. 2 dewasa 1 baby. Dia tgk bagasi....kemudian dia bagitau jumlah. RM101.60. Mahal. Kerna terpaksa kami ambik jugak. Masa pergi dulu RM70 je.
Itulah serba sikit kisah weolls balik kg...
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Jumlah Followers Stekat ni : 60 jer Jom la pakat join segmen ni ye.... harap2 bertambah kenalan bloggers :)
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...


