Friday, May 11, 2007

Pesta Buku


5 Mei 2007... Ini kali kedua saya ke pesta buku...seperti kali pertama dulu, saya lebih suka tengok2 je buku dari membeli...almaklumlah, saya ni tak suka sangat membaca (di samping poket kosong, hehehe...). Kalau beli pun nak buat tanda kenangan yg saya telah menghadiri pesta buku 2007, tu je...kali ni pergi dgn seorg adik dan dua org ank buah.


Tak lupa, saya singgah di booth KarnaDya setelah beberapa kali meronda di kawasan situ...waktu ambil autograph Kak Aina tu, dia tak kenal pun saya krn hanya nama pena saya je yg dia kenal. Begitu jg dgn team KD yg lain. Hasrat hati memang tak nak perkenalkan diri. Selain segan, sy memang tak nak org kenal saya. So, dah siap Kak Aina sain, kita bergambar. Tup tup ternampak novel kedua saya (Kembara Cinta) atas meja depan Kak Aina. Saya pun buat2 tanya ttg penulis tu. Kak Aina bgtahu sy yg penulis tu dtg dari tempat yg sama dgn saya. Malas teruskan lakonan, saya pun perkenalkan diri. Kecohlah sekejap. Kak Aina pun tunjuk cover novel sy yg Insya Allah bakal diterbitkan...


p/s : mujurlah saya tak terus berlakon krn rupa2nya ada yg mengenali saya...hahaha...








Sunday, April 29, 2007

SELAMAT HARI PEKERJA & WESAK

Kepada semua yg bekerja, saya ucapkan selamat menyambut hari pekerja yang jatuh pd hari Selasa...

Kepada yang berketurunan Siam pulak, selamat Hari Wesak. Terutama buat teman-teman sekolah yg kini menghilang entah ke mana... Viva..Nancy..Sittha dan lain-lain.

Saturday, April 28, 2007

Perpindahan

Assalamualaikum...

Sekarang ni saya dah jarang singgah atau mencoret sesuatu di blog gara-gara berpindah ke tempat baru. Sekarang saya dah jadi pemastautin Kuala Kangsar. Di rumah baru ni belum ada perkhidmatan internet. Nak singgah di cyber cafe tak de masa pulak. So dua minggu sekali baru le saya online...masa saya balik kampung. Dapatlah saya jenguk blog ni. Gambar pun banyak yang tersimpan cam tu je... belum semput di publish.

Walaupun pelbagai halangan ditempuhi, syukur alhamdulillah akhirnya Kalung bakal diterbitkan. Itulah yg dijanjikan oleh penerbit. Biar lambat asalkan menarik. Tentunya novel ketiga saya ni berbeza dengan novel pertama dan kedua. Jauh bezanya. Temanya....korang bacalah sendiri nanti. Cuba nak cari kelainan pulak. Asyik cinta remaja aje... so ubahlah sikit. Cinta tu tetap ada krn semua manusia ada perasaan cinta, kan...

Pesta buku...kaum penulis semua tentu sedang berkumpul di PWTC. Saya teringin sangat ke sana. Cuma sekali je pernah ke sana. Harap kali ni dapat sekali lagi menjejak pesta buku. Akan dicari masa yg sesuai. Insya Allah.

Adios

Saturday, March 31, 2007

No Title

Assalamualaikum....
Tak tau nak tulis apa. Perkembangan terkini pun tak de...

Monday, March 5, 2007

SAHUT CABARAN

Sebagai menyahut cabaran teman penulis (Fyshah), saya senaraikan 6 perkara pelik tentang saya. Kalau korang rasa tak pelik, sorry...

6 weird things...

1. Baca paper dari muka surat belakang... baca isi utama je...mungkin isi di belakang lebih menarik dari di depan kut... tapi lain pulak dengan novel, pantang kalau buka belakang dulu...
2. Suka kumpul resepi dan bukukan cantik-cantik...tapi tak suka mencuba resepi krn saya tak suka memasak...
3. Penakut...bukan setakat pada hantu, tapi pada orang juga...
4. Suka salin drama/telenovela...penat tapi puas... atr yg pernah sya salin dgn tulisan tangan Betty La Fea, Mis Tres Hermanas, Winter Sonata, Luna, My Girl...kerja bodoh...
5. Suka beli majalah...tapi hanya baca tajuk utama je....
6. Suka menulis tak suka membaca

Thursday, February 15, 2007

E-DAGANG

Assalamualaikum...
Di sini saya ingin mempelawa sdra/i utk menyertai perniagaan e-dagang yang diterajui oleh sdri Fifi..Pengacara “Bersamamu” TV3. Utk pengetahuan sdra/i, Fifi mendapat idea utk mencetuskan perniaagaan e-dagang ini setelah menghadiri “Workshop Jutawan Internet” oleh IRFAN KHAIRI. Kini, perniagaan ini semakin mendapat sambutan hangat dan menjadi bualan ramai. Ditambah lagi populariti Fifi sebagai selebriti membuatkan ramai yakin dengan bisnes yang diperkenalkannya ini. Setiap hari ada sahaja orang baru menyertai teamfifi.com. Ramai telah menjana pendapatan yang sama sekali di luar jangkaan. Jika sdri berhasrat utk menjana pendapatan sampingan yang lumayan dan ingin bebas dari masalah kewangan, inilah jalan yang terbaik….tidak mustahil suatu hari nanti sdri akan berkata kpd diri sdri…”kenapalah aku tak join awal-awal…”Utk maklumat lanjut sila layari
http://www.teamfifi.com/cahyapurnama
Terima Kasih
p/s: pada siapa2 yg kerjanya melayari internet tu sesuai le join. yg pendiam..pemalu..pun sesuai gak coz korang tak perlu promote dgn cara berdepan dgn org. just email je. so klik website kat atas tu k...

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...