Friday, May 30, 2008

TAHNIAH BUAT DEWI SUKMA


Sinopsis:
Menampilkan sebuah keluarga...Encik Raof, Puan Zaimah dan tiga orang anaknya, Raudah, Ridzalman dan Rauzan. Mereka menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan hanya menjual sarapan pagi di warung sahaja.Ridzalman (Ijal) suka melukis gambar alam semula jadi. Berkat dorongan keluarga dan cikgu di sekolahnya, dia berjaya memenangi hadiah cek berjumlah RM 5000.00. Dengan senang hati, dia menawarkan wang itu kepada ayahnya untuk memulakan sebuah perniagaan runcit di sebelah warung emaknya pula. Muncullah Ilham Corner!Pelbagai peristiwa suka duka yang berlaku. Namun, semuanya tidak melemahkan semangat mereka untuk meraih kejayaan yang gemilang. Ikutilah kisah kehidupan Ijal sekeluarga dan rakan-rakan sekolahnya yang berbilang bangsa di Peserai, Batu Pahat.

P/S : Tahniah buat rakan penulis, Dewi Sukma di atas kelahiran novel awal remajanya yang ketiga. Aktif betul menulis. Dah 2 novel terbit tahun ni. Novel saya? Insya Allah akan datang. Sedang siapkan ilustrasi sekarang. Jangan ditanya novel remaja coz sampai sekarang entah apa malangnya, masih tak siap2...

Thursday, May 22, 2008

Tips Amalan Kesihatan

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, beratbadan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) . Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalanspt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemakmengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakanbadan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujudsekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak darisakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telahmenemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala ygtidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yangmenjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikanmaka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkanusus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahaw a enzimebanyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalamair liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wallahu'alam
p/s : Thanks kpd pengirim email

Wednesday, May 21, 2008

Rindu

9 hari sudah berlalu..
Namun terasa dia masih di situ
Duduk di muka pintu
Menegur insan yang lalu lalang
Bersama sebatang kayu panjang
Menghalau ayam
3 tahun 9 bulan
Dia dalam keadaan begitu
Tiada kudrat untuk berjalan
Apa lagi untuk bekerja
Kerana anggota badan sebelah kiri
Sudah tidak berfungsi
Diserang angin ahmar...
Pagi 13 Mei 2008
Dia dijemput Ilahi
Mengikut ayah, ibu,
2 abang dan 4 adiknya
Berbahagialah engkau di sana...
9 puteri-puterimu
Akan sentiasa mengingatimu
Sebagai ayah yang SABAR
dan tidak kenal erti penat dan putus asa
9 puteri-puterimu
Kan sentiasa menDOAkanmu...

Monday, May 12, 2008

Tak Sangka

Sabtu lepas, ketika menghadiri Hari Professional di SK Temong, saya telah bertemu dengan dua orang yang sudah lama tak ditemui. Seorang tu, cikgu. Kenalan masa saya bersekolah di SM Bukit Merchu. Kiranya dah 13 tahun tak jumpa. Rupanya dah lain, memang tak cam. Tapi masih peramah macam dulu. Seorang lagi ialah ustazah. Dia mengajar saya masa saya Form 1 & 2. Rupa masih sama. Sebab tu saya cam. Terus saya tegur. Dia masih ingat saya. Tak sangka hari tu dapat jumpa mereka hari tu...Lepas selesai bengkel, saya dan member satu sekolah pergi makan-makan...


SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...