Entah mengapa aku rasa ada yang tak kena dengan diriku sejak akhir-akhir ni. Fikiran serabut dan runsing memikirkan benda yang tak sepatutnya aku fikir. Aku cuba sibukkan diri dengan menambah kerja. Aku bantu ustaz & ustazah karang cerita agama.... Kisah Ashabul Kahfi dan Kisah Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Dapat juga ilmu pengetahuan. Khidmatku juga diperlukan untuk buat costume buat peserta pertandingan Action Songs sempena karnival bahasa yang akan berlangsung 12 Mac. Harap-harap dapat bantu mengembalikan mood aku untuk menyudahkan manuskrip awal remajaku ke3. Memang aku tengah karang cerita pasal kesungguhan seorang murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. Harap dapat siap sebelum cuti sekolah... Tapi...entahlah. Aku juga tengah wat mural kat dinding dapur pra...mural buah-buahan. Dengan melakukan ini semua, aku harap dapat meletihkan mental dan fizikal supaya aku dapat tidur awal, secukupnya agar kembali bertenaga untuk mengajar keesokan pagi. Susahnya nak kembali ke jadual asal bila dah mula tidur lambat. Gara-gara nak cari ilham, aku sengaja tidur lambat dengan berchit chat. Alhamdulillah, idea datang mencurah-curah (tapi belum dicurahkan dlm bentuk manuskrip). Tak sangka, pelbagai spesies manusia yang aku jumpa. Emm...seronok juga menyamar...hehe....tapi nak kembali ke jadual asal hidupku, agak sukar...mata ni macam dah terkena virus. Dah tak mengantuk sebelum jam 12!
Elisa menggigit sandwich sebelum terdengar nada isyarat penerimaan mesej.
~ Awak kat mana sekarang? Saya tak nampak pun dalam library.~ Rifqi.
Elisa meletakkan kembali telefonnya ke atas meja. Bibirnya terukir senyuman. Gembira pula rasa hatinya saat ini. Beria-ia benar Rifqi mahu menjalin persahabatan dengannya. Kalaulah dia tiada krisis dengan Aliya, sudah pasti dia akan memberi peluang pada dirinya sendiri untuk menjalin persahabatan dengan Rifqi. Semakin rapat dia mengenali Rifqi, barulah dia sedar, taklah sombong mana lelaki itu.
“Mana Elisa? Siapa yang kenal pelajar bernama Elisa?”
Elisa terhenti megunyah sandwich. Mulutnya melopong ke arah seorang wanita yang berdiri di pintu masuk kafe. Dia tidak mengenali siapa wanita tersebut. Kenapa wanita tersebut mencarinya. Dadanya sudah berdebar-debar tambah-tambah lagi bila melihat air muka wanita tersebut yang keruh dan tegang semacam.
“Mana Elisa? Kau jangan nak menyorok! Keluar sekarang!” jerit wanita tersebut yang seolah-olah dalam histeria.
Semua pelanggan di kafe memandang ke arah wanita tersebut tak berkelip.
“Sa... saya Elisa.”
Elisa bangun dari tempat duduknya. Perasaannya saat ini sudah tidak keruan lagi. Wanita tersebut terus menyerbunya.
Pang!
Terus satu tamparan singgah di pipinya. Elisa terpinga-pinga. Pandangannya berpinar-pinar. Pening! Pedih! Sakit!
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa????? Kerana CINTA itu buta..
Lalu TEMAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa????? Kerana... TEMAN akan buat apa sahaja demi CINTA
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?????? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan TEMAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa????? Kerana... TEMAN itu sejati & akan kekal sebagai TEMAN yang setia...kan
> So, hargai lah TEMAN kita selagi kita terasa dia BERERTI... Walau kita punya kekasih, TEMAN still paling setia Walau kita punya harta banyak, TEMAN still paling berharga