Umar dah pandai ikut sikit2. Dia dah reti ikut sebut ma..ma.. Sebelum ni asyik sebut abah saja...dgn pelbagai nada. Comel je bila dia sebut ma..ma..
Friday, September 5, 2014
Thursday, September 4, 2014
Kebahagiaan
Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API...
Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...
Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...
Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...
Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISION..
Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.
Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.
"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh merekα."
"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada ."
Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.
"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila2, dimana2 dan dalam apa jua keadaan pun."
KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang BERSYUKUR".
"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG KAMU MILIKI SAAT INI".......
BER"SYUKUR" adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.....
Monday, September 1, 2014
Renungan
Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya.
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding ke
hilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.
Saturday, August 16, 2014
2002 Likes
Alhamdulillah my Fb Pages ZZ Online SHOP dah mencecah 2002 hari ni. Terima kasih pd yg sudi like. Kat situ ada jual macam2 pakaian. Baju muslimah, jubah, dress, blouse, baju kurung dll. Jemput semua shoping di sana ye. Taip ZZ Online SHOP. Selain Fb aku juga promote jat instagram - zzon9shop - follow me & I'll follow you back. Adil kan...hihi...
Parut In The Making
Cerita yg aku mula tulis penghujung 2012 selepas Mak Datin Isteri Cikgu terbit di pasaran. Sehingga skrg belum siap :-( Target nak siapkan dlm thn ni jugak sebelum nak mula manuskrip baru. Dan target thn depan diterbitkan. Aku berharap sgt selepas 2013 dan 2014 sepi tanpa karya.
Minat menulis ada, idea pun ada...yg kurang adalah waktu. Anak sdg membesar. Dah setahun 5 bulan. Sgt2 memerkukan perhatian sepanjang masa krn hobinya skrg memanjat dan menyelongkar brg.
Parut dgn latar tempat daerah kelahiranku dan kawasan2 sekitar. Dah lama simpan hasrat nak tulis novel dgn mengenengahkan tempat2 menarik di sana, dan kali ini aku berkesempatan menulis dlm Parut. Novel kali ni genre seram misteri...sebuah genre yg dekat dgn hati ku. Sebelum ni dah 2 novel yg aku hasilkan dgn genre yg sama iaitu Kalung terbitan 2007 dan Menjejak Memori 2 thn kemudian. Genre begini agak mencabar berbanding genre cinta. Otak kena perah lebih sikit supaya pembaca tak bosan.
Biasanya aku menulis lepas anak tidur dan bangun lebih awal dr biasa sebelum bersiap ke sekolah. Doakan supaya saya dpt menghasilkan manuskrip terbaik. Tq.
Friday, August 8, 2014
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Jumlah Followers Stekat ni : 60 jer Jom la pakat join segmen ni ye.... harap2 bertambah kenalan bloggers :)
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...