Thursday, January 23, 2020

Bercuti di Seoul Pertama Kali Part 2 : INCHEON AIRPORT & ITAEWON

Tourist dah whatsapp awal2, sampai sahaja di airport terus onn wifi. Sebelum tu risau jugak takut line slow. Rupanya tekaan salah. Line laju siot. Tourist bagi arahan satu2. Ikut org ramai. Utk ke imegresen kena naik train. Sekejap je. Di imegresen, segalanya berjalan lancar. Lepas tu tunggu ambil bagasi pulak. Masa ni masih pakai baju biasa je. Sebab tak rasa sejuk pun. Kami keluar ikut Gate C. Pemandu pelancong kami En Yusuf aka Ucop dah tunggu dengan winter coat maroon. 
.
Selesai sesi berkenalan, Ucop bgtau pasal SIM Card. Kami pun beli kat kaunter. SIM card utk 5 hari with unlimited data. 25k won. Dekat2 RM100. Kemudian Ucop inform suruh pakai winter coat sebab nak keluar dr bangunan airport dah. Nak menuju ke MPV yg senang menanti. 
Sebaik sahaja keluar dr airport, tu dia...sejuk gila‼️😂 Kami pakat gelak 😂 Gitu rupanya suhu musim sejuk. Terus pakat cari glove. Tak tahan wei. Umar paling suka sebab bila bercakap keluar asap. Bila masuk MPV rasa lega. Dah tak sejuk. Terbalik dgn kat Malaysia. Masuk kereta sebab nak aircond bagi sejuk badan. 
.
Dekat sejam jugak dari Incheon Airport ke Seoul. MPV hantar sampai depan jalan ke guest house. Kena la mendaki dalam 50m. Tak jauh pun. Ucop ajar cara buka pakai password. Simpan beg. Tengok bilik kejap. Lepas tu bergegas keluar. Maka bermulalah kami berjalan kaki hari2 sebab kami ambil pakej punlic transport 😅 Kata Ucop sehari min 10k langkah. Memang betul pun bila cek app. Menapaklah kami ke Seoul Station dalam 10 min. Masa tu dah malam. Jam 5 petang matahari dah terbenam. Musim sejuk malam lebih panjang berbanding siang. Korea jamnya cepat sejam dari tanah air. Malaysia pukul 6 ptg, Korea dah jam 7. 
.
Ucop pesan kalau naik escalator, berdiri belah kanan. Belah kiri utk org yg nak gerak cepat. Orang Korea memang suka jalan laju2. Kami nakk bas dari Seoul Station ke Itaewon utk dinner. Masa ni dah tak tahan kesejukan malam. Ucop tanya kami nak makan apa? Korea, Malaysia atau Turki/Arab. Kami pilih makanan Korea lah 🤭 Turun bas kena menapak lagi. Naik bukit sikit utk ke restoran. Kat situ mmg byk restoran halal. 
.
Sampai kat restoran makanan Korea, Ucop pun bgtau kat waiter di luar pintu. Brp org yg nak makan. Kami tggu sekejap sebelum dipanggil masuk. Rupanya gitu cara mereka. Kena inform brp org nak makan, nanti dia org sediakan meja. Takdelah kita masuk kedai dan cari tempat kosong sendiri. 
.
Masa ni tak reti lagi nak makan apa. Ucop kata bulgogi sedap. Aku pilih nasi goreng. Umar aku pilih nasi ayam full. Adik pilih bulgogi. Rupanya nasi ayam full tu ekor ayam kecik belah 2 😂 Mujur boleh bungkus. Ingat sikit je..rupanya setambun makanan. Dlm gambar nampak sikit 😂 Bulgogi makanan berasakan daging. Fuh memang sedap. Disediakan sekali dgn 1 mangkuk nasi dan kimchi. Jadi malam tu kami makan bampir 100k won 😱😅. 
.
Habis dinner kami dibawa ke Masjid Seoul. Dekat je. Tapi masiid dah tutup. Boleh la bergmbar kat luar je. Sebelah masjid nampak ada sekolah Arab. Lepas singgah masjid atas bukit, kami baik bas balik ke Seoul Station. Menapak lagi ke guest house atas bukit. 
.
Bersambung...



Masjid Seoul




Sunset

Bandarraya Seoul

MPV

Suhu sebelah malam

waktu solat


Ucop - our tourist guide

Guest House - Moon Hill House. 3 bilik tidur,  dapur lengkap peralatan.

ambik kau 😂 ayam sekor

Restoran Halal di Itaewon


Seoul Station





Bercuti di Seoul Pertama Kali Part 1 : PERSIAPAN

Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit tahun lepas. Dapat la merasa terbang ke Seoul, tempat lama
diidamkan sejak 2009 lagi. Teringin sangat nak tengok salji ❄️❄️❄️. Teringin nak bercuti di negara
empat musim. Akhirnya penghujung 2019, tercapai cita2 menjejakkan kaki ke bumi Korea.

Bulan 6 aku dah book tiket utk my small family 3 orang. Kemudian, my sis 2 org dan anak buah
sorang pun join sekali. Beli tiket asing2. Masa tu terasa lambatnya nak sampai bulan 12. Tarikh yg
dipilih 2/12/2019 - 6/12/2019. Mula cadang nak ke Jeju Island. Tapi tiket ke sana lagi mahal.
Biasalah time cuti sekolah, harga tiket melambung berbanding time hari sekolah. Lepas dah beli tiket,
aku pun start survey barang kat shopee. Semua aku beli kat situ sikit2. Winter coat + stoking + boot +
glove + long john + snow cap. Setiap benda beli 2 pcs kecuali winter coat. Kat Daiso beli heat pack.
.
Banyak juga cari info kat internet pasal percutian ke Korea. Paling risau takut kena hantar balik. Tapi travel agen dah inform, biasa kalau travel dengan fmly tambah2 ada budak sekali, imegresen kat sana tak ada masalah. Memandangkan bawa anak buah sekali yg berumur 16 tahun, jadi segala dokumen disediakan. Termasuk surat kebenaran dr ibu bapa, sijil lahir sekali. 
.
Insurans jangan lupa beli. Aku beli bawah Etiqa. RM97 utk kami bertiga. Ambil pakej silver kalau tak silap. Dah settle insurans, baru isi borang kebenaran ke luar negara utk kaki tangan awam. Kepil insurans sekali. Kalau boleh 2 bulan sebelum gi bercuti dah kena hantar. Aku send lambat sikit sbb nak tunggu alamat penuh guest house di sana. Sudahnya kena buat surat satu lagi n hantar ke ppd bgtau sbb apa lambat htr borang permohonan 😂

Akhirnya segala persiapan dah ready. Lepas tu baru booking tempat duduk, beli makanan atas flight, book luggage dan segala add on. Dapat gaji baru beli / book satu2. Sebelum tu aku dah book travel agency. Student Malaysia kat sana. KRTourguide. Pakej 5 hari 4 malam hanya RM1250 (penginapan dan tiket sahaja). Kanak2 RM950. Boleh bayar ansuran. Pakej + flight + shoping dll adalah dalam 4k sekepala. Dah nak dekat pergi baru ke money changer. Beli 600k won sahaja. Ringgit dalam RM2.1k. Bajet utk makan dan shoping souvenir sikit. Travel agency dah inform. sekali makan 10k won sekepala. Jadi sehari bajet 20k won. Nak dekat pergi, travel agen inform kot nak upgrade dr bilik hotel ke apartment 3 bilik. Tengah promo. Kena tambah RM400. Jadi bahagilah kami 4 org 😅 Lepas tu upgrade lagi pengangkutan Dr Airport ke guset house dan dr guest house ke airport. Dgn MPV tambah RM92 sekepala utk 5 org dewasa. Jadi lebih kurang RM1.5k utk pakej tak masuk tiket flight. Tiket dalam RM1.2k sekepala. 
.
Memandangkan kami fr Perak nak ke KLIA tu jauh, terpaksalah menginap semalam kat hotel berdekatan airport. Kami pilih Bary Inn yg terletak di Salak Selatan kalau tak silap. Kami pilih hotel tu aebab disediakan bus transit ke airport percuma. Rupanya hotel terletak di kawasan yg agak sunyi. Hanya ada satu restoran mamak di kawasan berhampiran. Kami bertolak ke hotel pada 1/12/2019 hari Ahad. 
.
Pagi esoknya jam 3am dah bangun bersiap. Sebab jam 4 dah nak kena bertolak ke airport. Flight jam 7 lebih. Kat lobby hotel tengok ramai org yg dah bersedia nak ke airport jugak. Agak berhimpit juga kami dalam bas mini. 
.
Urusan imegresen berjalan lancar. Cuma ada masalah sikit time nak hantar bagasi. Sudahlah kena print label bagasi sendiri. Mesin yg disediakan air asia pulak rosak. Kena cari mesin yg elok. Satu2 cek. Dah berjaya print tag, kena hantar sendiri bagasi. Tengok2 ada yg terlebih berat 😩 Memunggahlah kami kat situ. Bagi cukup2. Mujur Penerbangan pun okey. Selama 6 jam lebih atas flight, lenguh jugak. Biasalah tempat duduk air asia ni. Sempit je. Nak pilih tempat duduk mahal yg boleh tido tu tak mampu 😌 Redha ja lah 😂 Mujur Umar okey. Risau jugak dia kebosanan dan buat perangai.
.
Masa pilot mengumumkan yg kami akan mendarat ke bumi Korea, perasaan dalam hati tu tak tau nak cakap. Excited gila. Sebelum ni dok dengar cerita kalau pi Korea mesti rasa nak ke sana lagi. Teruja sangat time tu. Nak rasa sejuk musim sejuk ni macam mana. Kata agen travel, suhu 5’C. Malam capai -ve. Masa kapal dah mendarat, mata dok perati tengok pekerja di airport yg angkat bagasi. Tengok pakai baju biasa je. Tak de winter coat pun. Betul ke sejuk 🤔🤔🤔
.
Bersambung... Part 2




Bermalam di Bary Inn sebelum ke KLiA2
Wajah ceria dah settle segala urusan di airport. Tak sabar nak keluar dr bangunan. Sebab
Nak rasa suhu musim winter




KLIA2

Yeah dah sampai Incheon Airport

makanan wajib kalau fly dgn aur asia


Borang Declaraton. Sila isi segala maklumat. Kami isi satu borang. Satu borang utk satu fmly/j




Monday, September 30, 2019


Kenangan di Aquaria KLCC. 7 Sept 2019. Nak masuk tempat ni Muzium 5D Animasi, RM38. Nak dapatkan video ni RM150 lagi. Okeylah dapat 6 video.

Cepatnya




diam tak diam dah 6 tahun

Sunday, June 23, 2019

Riang Ria Syawal 1440 Hijrah





Salam Syawal
Salam Raya ke 19

Suasana raya masih terasa. Open house di sini sana. Lagu raya masih berkumandang di radio. Raya kan sebulan.

2 SYAWAL 1440H
Tapi tak semua beraya sebulan. Aku salah sorang. Raya paling lama pun seminggu je. Bila dah masuk kerja, habislah raya.. hehe... Dok kat sini pun open house jarang ada. (Atau maybe tak dijemput... sebab jarang memenuhi undangan...haha) Aku pun tak pernah buat open house lagi sejak duduk rumah ni 2012. Tak reti masak, alasan yang tak berapa nak kukuh (sebab sekarang boleh tempah je). Eh, aku malas nak cuci pinggan (sekarang dah guna pinggan mangkuk pakai buang je). Hmm sebenarnya aku belum bersedia. hehe...

Bukan nak cerita pasal open house. Aku nak terobek kisah raya 5 Jun 2019 (Rabu) yang lalu. Tahun ni 7/9 adik beradik beraya di kampung. 2 lagi beraya di rumah mentua. Next year kami akan beraya bersama cukup qorum.

Tema Familia Zarkasi kali ini ialah Mustard Songket + Hitam. Yang perempuan bersongket printed mustard dan bertudung hitam. Yang lelaki berkurta atau berbaju Melayu hitam.

Raya kali ni juga berbeza dari sebelum2 ni sebab kami ubah ruang tamu. Ruang tamu baru ni betul2 tepi jalan. Jadi tahun ni meriah rumah kami dengan tetamu kanak2 yang beraya dari pagi sampai tengah hari. Petang kami tutup sebab kami pulak berjalan ke rumah mak2 sedara.

Selain ruang tamu, tema raya tahun ni sampai raya ke 3. Raya kedua kami set tema warna hijau dan raya ketiga warna ungu. Majoriti Zarkasi's Clan mengikut teman. alhamdulillah. Sambil tu kami dah berbincang next year punya tema. haha advance tak?











Sunday, May 5, 2019

Tema

Tema FZ
2008 - Kuning
2009 - Hitam
2010 - Pink
2011 - Coklat
2012- Biru
2013 - Oren
2014 - Putih
2015 - Emerald Green
2016 - Pink + Kelabu
2017 - Lilac + Mint
2018 - Pastel
2019 - Mustard + Black

Dah lebih 10 tahun dgn tema. Alhamdulillah. Family sporting. Semua ikut tema.

Salam Ramadan 1440 H

Saya ucapkan selamat berpuasa. InsyaAllah bulan ni kita berpuasa 30 hari. Yeah esok cuti

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...