Wednesday, August 30, 2006

Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang akan menjengah beberapa hari saja lagi. Kalau tak Sabtu, Ahad sudah sepastinya. Menunggu ketibaan bulan puasa adalah detik yang paling gembira di hati saya. Saya dan ahli keluarga akan berbual aktiviti bulan puasa atau kenangan-kenangan yang tak dapat dilupakan tahun-tahun lepas. Kemeriahan Pasar Ramadhan akan meniti di bibir, begitu juga juadah berbuka puasa. Aktiviti bertukar juadah dengan jiran-jiran masih dijalankan. Lagu-lagu yang membuatkan rasa syahdu di hati tak lupa dinanti-nanti seperti lagu dari Kumpulan Raihan (dah lupa apa tajuknya... yang mulanya macam ni... ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih....) Alamak! Dah tak sabar dah ni!
* Bulan Ramadhan jg menguji kesabaran sebenarnya....

Hari Kebangsaan

Assalamualaikum...
Kita akan menyambut Hari Kebangsaan kali ke-49 pada tanggal 31 Ogos 2006 bersamaan hari Khamis. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan buat semua yang sudi singgah di blog ini. Seperti kebiasaannya, saya akan berada di rumah sepanjang masa kerana sambutan kemerdekaan di tempat saya tidaklah segah atau semeriah di bandar-bandar besar. Setiap tahun perarakan Hari Kebangsaan akan di adakan di Pekan Kroh. Perarakan akan bermula dari SMK Tun Saban dan berarak hingga ke Padang Bandaran. Pelbagai persatuan dan pertubuhan akan menyertai perarakan tersebut.
Aktiviti Air paling popular di sini sempena meraikan hari merdeka. Pesta air dan menangkap ikan biasanya dijalankan di Takung atau Tasik Kroh. Mula-mula air dikeringkan terlebih dulu. Orang ramai yang mahu menangkap ikan akan berdiri di tepi tasik sebelum wisil ditiupkan yang menandakan mereka boleh masuk ke dalam tasik dan mula menangkap ikan dengan pelbagai alatan yang digunakan. Siapa dapat ikan paling besar akan dapat hadiah. Cabutan bertuah juga sering diadakan. Tahun ini saya tak pasti sama ada Pesta Tangkap Ikan akan diadakan atau tidak. Jika ya, Insya-Allah saya akan pergi sebagai penonton....
Sempena Bulan Kemerdekaan ini, banyak lagu Patriotik dimainkan di corong radio. Lagu yang paling saya gemar tentulah lagu dari Allahyarham Sudirman bertajuk WARISAN. Saya sertakan lirik lagu ini....

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...