Posts

Showing posts from August, 2008

SELAMAT BERPUASA

Image

Salam Merdeka ke 51

Image
Perpaduan Teras Kejayaan

KISSM, BTN, POSTING

Salam buat semua,

Saya sekarang sedang mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) bermula pada 15 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada 11 September 2008 di Institut Perguruan Ipoh, Perak. Kemudian, pada 12 Sept hingga 16 Sept 2008 saya akan ke Balik Pulau, P.Pinang untuk menghadiri kursus biro tatanegara (BTN). KISSM berjalan enam hari seminggu. Jadual setiap hari mula pukul 8.00 pagi sampai 4.30 petang. Penat tu tak usah cerita. Walaupun hanya mendengar ceramah, selain terpaksa menyiapkan 2 tugasan individu dan 2 tugasan kumpulan serta terpaksa menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK) pada 11 Sept. Exam lagi! Dua minggu lepas saya dah menduduki peperiksaan akhir untuk subjek Ilmu Pendidikan (1 kertas) dan Prasekolah (2 kertas). Inilah yang terpaksa dilalui sebelum masuk ke Perkhidmatan Awam.

Banyak yang dipelajari ketika ceramah KISSM. Dan pelbagai karektor penceramah yang dijumpai. Ada yang kelakar, dan ada yang serius. Juga ada yang berdedikasi, dan ada yang berkarisma. Antar…

...

Image
buat para pendidik dan murid sekolah..

Hari-hari Terakhir?

Adakah ini hari-hari terakhir ku di sini? Entahlah... aku sendiri tidak pasti. Harap-harap cepatlah kepastian itu aku muncul kerana aku sudah tidak sanggup lagi memikirkan spekulasi itu spekulasi ini yang jelas tiada bukti. Yang hanya dengar dari mulut orang itu orang ini. Samar-samar. Kerana ketidakpastian, aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan. Bagaimana jika aku akan ke sini lagi? Itulah persoalan yang bermain di benakku.
Apakah keinginanku?
Tentulah aku ingin kembali ke kampung halaman. Aku selesa di sana. Pilihan kedua tentulah di sini juga kerana aku juga sudah selesa di sini. Janganlah ke tempat lain sudah. Banyak masalah nanti.

Bulan Kemerdekaan

Setiap tahun pasti bulan kemerdekaan disambut dengan meriahnya di sekolah-sekolah. Pelbagai program diatur. Antaranya majlis pelancaran, nyanyian lagu patriotik, tayangan, ceramah kemerdekaan, sajak, pertandingan mewarna, pantun, sepanduk, gantung bendera, hias kelas dan pelbagai aktiviti lagi yang bertujuan menyemai semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri kanak-kanak. Harap-harap tercapailah matlamat sambutan bulan kemerdekaan.

Lagu patriotik yang saya paling suka tentulah;

Warisan - Sudirman

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan

Olimpik Beijing

Image

Salam Syaaban...

Image
Ramadhan belum menjengah tapi kiri kanan depan belakang orang sibuk tanya;
"Dah beli baju raya ke?"
Jawapanku ; belum lagi. Nak dekat raya nanti baru aku fikir pasal tu. Aku suka beli baju yang dah siap. Tak usah risau akan kehabisan baju raya kalau lambat beli.
Tapi kehabisan duit, mungkin! Haha...
Ramadhan nanti aku belum pasti akan berada di mana. Mungkin di sini, mungkin di maktab atau mungkin juga di kampung. Tak pasti! Harap2 kepastian itu akan muncul dua minggu lagi apabila aku melangkah ke maktab utk menghadapi exam.
Kerana kesibukan utk menghadapi exam, aku berhenti sekejap dari hobiku.. menulis. Konon nak tumpu perhatian pada exam la tu! Tapi tiap kali study, fikiran pasti akan melayang. Nak buat kisah apa pulak lepas ni? Hehe... Oh ye, hari ni aku dah terima free copy sebyk 5 buah utk novel Hanya PadaMu. Sampai di sekolah. Padahal aku dah pesan pos alamat kat kg. Terlupa agaknya. Skrg tengah menunggu novel yg satu lagi tu pulak...

Salam buat semua... yang masih belum ga…

Di Pasaran...

Image