Friday, November 28, 2008

Bertugas

Hari ni kena bertugas kat sekolah sampai Selasa depan. Fuh, 3 hari! Kalau sekolah besar kena bertugas sehari jek.. kalau bernasib baik tak perlu bertugas langsung..macam adik aku tu :) So, aku ambil kesempatan untuk membersih kelas. Minggu depan mula nak hias kelas bagi ceria sikit. Baru bersemangat nak mengajar, murid pun bersemangat nak belajar. Aku pegang Tahun 1. Yang tak pernah mengajar Tahun 1 tentu akan merasa sedikit 'seksa'. Tapi memandangkan aku opsyen prasekolah, jadi soal nak tackle murid tak adalah susah sangat. Lagipun setakat ni murid yg mendaftar cuma 9 orang saja. Dengar2 seorang akan ke sekolah lain di Kedah. So, tinggal 8 jer...

Thursday, November 27, 2008

Salam Khamis

Rindu pada blog dan teman-teman blog. Hanya sesekali saja boleh singgah dan meninjau blog. Tak boleh jengah seperti selalu. Bukan kerana kesibukan tapi kerana keadaan tidak mengizinkan. Cuti panjang kali ini aku tidak perlu menghadiri kursus interaksi di institut perguruan lagi kerana segala2nya sudah selesai sejak September yang lalu. Jadi, cuti panjang kali ini aku berpeluang untuk bersama keluarga tercinta di kampung. Bila berada bersama keluarga dan sanak saudara, hobi melayari internet terpaksa dilupakan seketika. Online sekali sekala hanya untuk memeriksa email sahaja.
Menulis pun tidak berkesempatan. Konon hendak menyiapkan satu manuskrip selewat2nya hujung bulan ini. Berkemungkinan aku tidak akan berjaya mencapai sasaran, tetapi aku tetap akan mencuba. Mood datanglah segera!
Cuti kali ini aku belum sempat berjalan-jalan. Hanya duduk di rumah dan sekali sekala keluar ke pekan Kroh dan pekan Baling. Oh ye, petang Selasa lepas sempat ke Penang untuk menghantar 2 ibu saudara yang akan menunaikan haji. Sekadar ke Bayan Lepas, tidak sempat bersiar-siar kerana hujan turun tak berhenti.
Sabtu dan Ahad asyik makan nasi minyak. Kenduri sana sini. Insya Allah hujung bulan depan akan berlangsung kenduri kahwin di rumah. Sekarang sibuk buat persiapan. Tak lama lagi aku akan mendapat adik ipar yang pertama. Orang dekat saja.
Manuskrip aku sudah diterima... alhamdulillah. Bila akan terbit, aku pun tak pasti lagi. Aku kena berusaha untuk menyiapkan beberapa manuskrip yang tertangguh kerana buat masa sekarang memang belum ada manuskrip yg sudah siap. Aku tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk satu2 karyaku diterbitkan.







Tuesday, November 11, 2008

Salam Selasa

*Laptop*
Lama saya tak online sebab laptop buat hal. Tension! Dah hantar kedai utk dibaiki tapi macam tu juga. Bukan setakat tak boleh online, nak menaip pun dah tak boleh. Sekejap2 okey sekejap2 ko. Saat inilah ilham datang mencurah2. So, terpaksalah aku kembali ke zaman dulu, coretkan atas buku.

*Hari Anugerah*
Hari ni hari anugerah kat sekolah. Hari yang ditunggu2 oleh setiap murid terutama yg menerima byk hadiah. Dulu2 zaman budak2, hari buka sekolah dan hari anugerah adalah hari yg ditunggu2. Tapi dulu dipanggil Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Masa dengar ceramah dari GB, YDP PIBG dan jemputan khas adalah masa yg paling bosan. Kemuncaknya ialah persembahan murid dan penerimaan anugerah.
Sekarang baru ku tahu seksanya nak buat persiapan bg memastikan semua acara berjalan dengan lancar. Tugasku kali ini ialah memberi hadiah. Penat la juga coz hadiah banyak sangat da... Yang kelakarnya masa cabutan bertuah. Tak sangka nombor aku naik. So, aku serah hadiah pada wakil yang memberi hadiah tu dan dia serah balik pada aku. So, aku dapat balik semula hadiah. Berbaloi la juga...

*Melaka*
Sabtu lepas, aku mengikuti rombongan ke Melaka. Sudah lama aku tak menjejakkan kaki ke bandar bersejarah ini. Ironinya kali pertama aku ke Melaka kerana mengikut rombongan sekolah, dan kali ke2 perkara yang sama berulang. Kami melawat tempat bersejarah seperti A Famosa, Muzium2, Perigi Hang Tuah juga Taman Mini Malaysia. Sempat juga kami naik menara Taming Sari. Dari situ boleh lihat bandar Melaka. Gambar belum sempat aku nak upload. Tungguuu. On the way balik, sempat lagi singgah di Nilai 3. Tak sangka di situ aku bertemu dengan budak2 dr kg.ku yg mengikuti rombongan sekolah juga.

*Manuskrip*
Cadang nak siapkan manuskrip novel awal remaja sebelum hujung tahun ni. Tapi laptop pulak buat hal, so tak pasti bila boleh siap. Baru 1/4. Saat ini juga aku masih menunggu berita tentang manuskripku yang masih dalam penilaian dengan genre seram+ misteri+ persahabatan+ percintaan. Novel cinta juga baru siap 1/4 saja.

Monday, November 3, 2008

Debaran Hari Pertama

Ini adalah hari pertama aku melapor diri sebagai seorang guru sandaran terlatih (GST) di SKUR, Enggor. Hati tetap berdebar-debar walaupun ini bukanlah kali pertama aku melangkah ke sekolah sebagai seorang guru. Kerjayaku dalam bidang pendidikan sebenarnya bermula sejak tahun 2001. Ketika itu aku ditempatkan di SMK Pengkalan Hulu sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Debaran hari pertama ke sekolah untuk melapor diri tetap serupa. SKUR menjadi sekolah ke 6 tempat aku mencurah ilmu. Selain SMKPH, aku pernah bertugas di SK Kuak Hulu, SK Kuak Luar, SK Kroh dan SK Tasek. Mengikut perjanjian, aku akan bertugas di SKUR sekurang-kurangnya 3 tahun. Tak kisahlah sebab tak jauh sangat dari kampung halamanku. Aku dikira bernasib baik berbanding teman-temanku yang berasal dari Kelantan, Selangor, Sabah dan Johor yang terpaksa bertugas di sini sekurang2nya 3 tahun.
Dua minggu sahaja aku akan bertugas sebelum cuti hujung tahun menjengah. Budak-budak pun sudah tamat peperiksaan. Ketika ini hanya sibuk untuk menyambut Hari Anugerah. Jadi, taklah banyak kerja yang aku dapat. Bantu cikgu-cikgu yang lain apa yang patut sahaja. Hampir 3 bulan aku tidak datang ke sekolah kerana menghadiri peperiksaan dan kursus induksi menyebabkan murid-muridku datang menyerbuku bila melihat kelibatku. Seorang demi seorang datang bersalam. Terharu la juga... Ingatkan mereka dah lupa.
Usai saja melapor diri, aku diajak untuk mengikuti rombongan ke Melaka. Inilah yang bestnya jadi cikgu, selain dapat mencurahkan ilmu dan kreativiti, dapat juga melancong dgn kos yg rendah. Tiap-tiap tahun aktiviti lawatan pasti ada. Satu lagi yang best... hmm.. tentulah dapat cuti selalu.

Impian Bergelar Penulis 3

Bulan November berlalu begitu saja tanpa khabar berita. Lalu aku cuba menghubungi penerbit berkenaan. Kecewanya hati apabila dimaklumkan terdapat perubahan jadual dalam penerbitan. Bulan Mac tahun depan baru novel aku akan keluar. So... kena tunggu lagi. Kesabaran paling penting saat ini.
Tunggu punya tunggu akhirnya aku dihubungi juga oleh editor berkenaan. Novelku ditukar tajuk lagi menjadi Mawar Cinta. Bulan Mac, hati berdebar-debar. Surat perjanjian juga sudah aku tandatangan.
Tiba-tiba teman baikku dari Petaling Jaya menghubungiku memaklumkan yang dia sudah mendapatkan novelku. Teman adikku juga memberitahu yang dia ternampak novelku di kedai buku. Sedangkan aku masih belum lagi berkesempatan hendak melihat sendiri karya pertamaku yang dibukukan itu.
Beberapa hari kemudian barulah aku terima beberapa buah naskhah percuma. Perasaan ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu...
Bila dah terbit satu novel, semangat untuk menulis datang dengan sendirinya.

Untuk mereka yang sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan dan bercita-cita nak jadi penulis, berusahalah! Jangan berputus asa andai karya kita tidak diterima. Itu bukan bererti yg kita sudah gagal. Ingatlah, KITA MASIH BELUM GAGAL SELAGI MASIH BELUM BERHENTI MENCUBA. Baiki kelemahan yang ada. Kutip ilmu sebanyak mungkin tentang selok-belok dunia penulisan. Insya Allah, kita akan bergelar penulis suatu hari nanti... amin.

Kenduri Berhidang

Semalam, 11/8/2018 keluargaku buat kenduri doa selamat / kesyukuran sebab my sis dapat kerja (tukar perkhidmatan actually). Nak buat memang ...