Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

5 Hari 4 Malam Family Trip Padang - Bukit Tinggi (Part 2)

Hari ke2 penuh keterujaan. Mana taknya 1st time tidur kat oversea la katakan. Bukit Tinggi ni cuacanya agak dingin. Tapi tetap kena pasang aircond. Hehe... Bilik hotel, hmmm boleh tahanlah. Sesuai 2 bintang tarafnya. Seksanya tak ada lif. Huhu... Azan Subuh berkumandang dua kali. Setelah bersiap, kami turun sarapan. Sarapannya boleh tahan. Sesuailah dgn bayaran :) Pelayan hotel baik2. Ada yang nak iron. Kena caj 3000 rupiah untuk sehelai tudung. Blouse 5000 lebih kurang. Dia orang tolong iron. 
Ucop dah menunggu sebelum jam 8.00 waktu Indonesia. Tempat pertama yang dilawati sudah tentu tempat melontar. Kami ke Butik Annisa kalau tak silap. Kat sini aku beli sehelai blouse yg lebih kurang RM40 dan dua helai kain pasang batik berharga 2000 rupiah sepasang. Batik tu lembut dan tak jumpa lagi kat Malaysia. 
Perjalanan diteruskan ke Batu Sangkar di mana terletaknya Istana Pagar Ruyung atau Rumah Basa Gadang. Perjalanan ke sini dalam sejam dari Bukit Tinggi. Bas mendaki bukit. Dalam perjal…

Melayan karenah anak

My son dah 10 bulan. Kenakalannya dah terserlah  makin hari. Menyelongkar apa saja depan mata. Semuanya bawak ke mulut. Jadi kena awas dia sentiasa. Lagi satu, suka memanjat. Tak kira  dinding, perabot, tiang habis mahu dipanjatnya dan capai apa saja. Jatuh usah cakap, dah banyak kali dalam dok kawal setiap saat. Kerja rumah banyak tertangguh. Tinggu si baby tidur baru boleh buat kerja rumah dan sekolah.  Walaupun penat, hati tetap gembira melayan karenah nya. Palinb best sekarang my son dah pandai mengamuk kalau  buat sesuatu tak kena atau keinginannya tak difahami. Dalam usia sebegini, boleh lihat kecenderungannya meminati muzik. Dia suka bergendang dan layan lagu di baby tv.

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2014

Menangis, menjerit, melalak adalah lumrah hari pertama melangkah kaki ke kelas prasekolah. Tahun ni jumlah muridku yg mendaftar seramai 13 org. 6 umur 6 tahun selebihnya 5 tahun. 10 lelaki dan 3 je perempuan.  Huru hara la sikit kelas aku tahun  ni sebab hero2 belaka. Hari pertama 4 org menangis. Hari kedua 3 org. Next week tak tahu la macam mana. Harap dah tak ada murid yg menangis. Kalau okey baru aku boleh start mengajar yema DIRI SAYA. Kelas tahun ni aku mula awal sikit iaitu jam 7.40am. Sebelum ni mula jan 8am. Habis kelas 11.40am. 20 minit aku buat Kelas Membaca. Harap2 3 bulan murid aku kurang2 boleh dah menguasai KVKV.

Foto Memori Bukit Tinggi

5 Hari 4 Malam Family Trip Padang - Bukit Tinggi (Part 1)

Aku nak story sikit pasal percutian family yg aku uruskan. Tarikh kami melancong ialah pada 15hb - 19hb Dec. 2013. Ahad hingga Isnin. Ahli rombongan seramai 14 dewasa 2 kanak2 sekolah rendah, 1 kanak2 2 tahun dan 2 baby. Semuanya 19 orang. Tiga bulan sebelum kami dah book tiket. Tanpa makanan, bagasi dan insuran seorang RM268 pergi balik penerbangan Air Asia. Kami memilih pakej pelancongan drpd Wenk Vacation. Kos seorang RM645 (penginapan, pengangkutan, makan 3x sehari, tiket masuk). Okey la kan. Tak mahal sangat. So lbh kurang RM1k la 1 kepala sekali harga tiket. Aku berurusan dengan syarikat travel & tours ni via email & whatsapp je.
Pada hari Jumaat kami sekeluarga bertolak ke Seremban (rumah kakak). Kami konvoi 3 kereta. Lepas solat Jumaat dari Kuala Kangsar dan tiba di Seremban jam 9 mlm. Lewat dr biasa coz jam kat highway KL-Seremban. 
Hari Sabtu aktiviti menukar Ringgit Ke Rupiah. RM275 = 1 juta rupiah masa tu. Aku tukar dalam 5 juta. Kemudian kami ke Giant. Beli bara…

Selamat Tahun Baru 2014

Sudah 13 jam berada di tahun baru 2014. Azam tahun baru ni aku nak rajin update blog. Harap2 azam yang tak susah ni dapatlah aku capai. Paling kurang seminggu sekali update blog.ing  Tak rugi pun update blog. Berbanding dok layari fb baca gosip sana sini. Hehehe...
Selamat Tahun Baru!!!!