Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Amuk-ItuJanji

Sinar cinta ku hanya satu
Untuk dirimu oh sayangku
Demi kesetiaan cintamu kepada ku

Tiada dua dalam cinta
Tiada dusta yang tercipta
Hanya dirimu yang ku rindu oh… sayangku

Ku telah berjanji
Ku takkan mengkhianati
Cinta yang bersemi
Hingga akhir hayat ini
Itu janji

Wajah mengukir rahsia hati
Senyumanmu manis berseri
Indah cahaya sang rambulan
Cinta suci mu kau dendangkan

Keagungan cintamu
Ku lemas dalam rindu
Keteguhan cintamu
Ku pasti kau milik ku…
Saying ku…

Ooooo…

Mula Sekarang!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kena mula menulis dan menulis dan menulis dan menulis tanpa henti mulai sekarang...

Salam Ceria di Pagi Sabtu Nan Indah

Salam buat semua...

Hari ni cuti seperti biasa. Tiga minggu berturut-turut aku balik kampung. Tapi kali ni melepak kat rumah sewa sahaja disebabkan oleh bajet petrol sudah kehabisan bulan ni...huhu... Banyak berjalan bulan ni dan bulan lepas.
28-30 Jun yang lalu aku menghadiri kursus pendidikan di Pangkor Holiday Resort. Peserta kursus bercampur antara daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Semuanya seramai 40 orang. Slot kursus diisi dengan ceramah-ceramah yang menarik semuanya. Tak jemu. Mengantuk pun hilang. Yang best pasal kursus ni sebab dapat makan free 6x sehari :)
2-3 Julai pula aku di Kelantan bersama sebahagian dari familyku. Tujuan utama hendak hantar adik mendaftar di UMK. Dia ambil kursus keusahawanan (pelancongan). Bila sampai di UMK terkejut juga lihat keadaannya. Rupa-rupanya UMK di sebelah airport Pengkalan Chepa tu hanyalah kampus sementara. Kampus utama di Jeli masih dalam proses pembinaan. Kampus sementara ni kecil saja. Jadi tak susah nak bergerak dari satu fakulti ke …

Laptop Pulih Kembali

Sebulan juga aku tak dapat online seperti biasa kerana masalah dengan laptopku. Kejap adapter, kejap laptop sendiri yang rosak. Ingatkan akan berkubur selamanya. Alhamdulillah masih boleh dibaiki lagi. Harap2 lepas ni tak ada masalah lagi. Nak update blog pun senang. Hmmm...banyak gak aku ketinggalan dalam dunia IT ni sejak ketiadaan laptop dan internet. Apa yg sudah dipelajari pun hampir lupa kerana tak dipraktikkan. Sebenarnya, puas hati guna laptop yang skrin besar berbanding skrin kecil.