Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan

Hari ini bermulalah sambutan penghayatan bulan kemerdekaan di sekolah. Pagi tadi ada pelancaran ringkas peringkat sekolah. Hanya ada deklamasi sajak oleh wakil murid, gimik pelancaran iaitu memecah 4 biji belon dgn warna bendera Malaysia dan nyanyian 3 buah lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31.

Setiap tahun pelbagai aktiviti diadakan sempenan bulan kemerdekaan. Antaranya ialah pertandingan melukis sepanduk, kuiz, nyanyian lagu-lagu patriotik, melukis dan mewarna, deklamasi sejak, hiasan kelas dan macam-macam lagi. Semuanya dilakukan supaya dapat menanam semangat patriotik di dalam jiwa kanak-kanak.

p/s : tak sempat nak snap gambar. Jadi s/u, sibuklah sikit. Hmm...dah 2 tahun jd s/u, kiranya tetap dan berpencenlah ni. huhu...

Rice Cooker

gambar sekdar hiasan


Salam buat semua...

Masa kat kelas pagi tadi, kawan ada tanya, 'kenapa tak beli rice cooker?' Jadi, bila nak ke pasar ramadan, hanya beli lauk dan kuih sahaja. Sebelum tu aku dok merungut sebab tak lalu bersahur dengan biskut jer. Baru hari pertama aku dah rasa tak lepas nak telan, inikan pula 30 hari? Kalau makan nasi dengan telur masin sekurang-kurangnya, kan berselera sikit masa bersahur tu. Sebenarnya sebelum ni aku dah terfikir nak beli rice cooker. Tapi aku takut, karang hari-hari aku makan nasi. Bukankah aku nak diet??? Hmm...tadi masa kat The Store aku sempat la timbang berat pakai duit dua puluh sen tu. Ya ampun, lagi aku diet lagi badan aku naik!!! Salah diet agaknya. So, drpd tahan tak makan nasi tapi berat naik juga, biarlah aku makan nasi hari2. Kalau badan naik pun tak kisah.

So, balik aje dari sekolah aku pun terus ke The Store. Aku beli periuk nasi yg saiz paling kecil jenama Global yg tak glemer tu. Janji boleh guna. Aku juga sempat beli …

Ramadan Yang Dirindui

Salam Ramadan buat semua... Ramadan sentiasa ku nantikan saban tahun. Tahun ini tahun ke 4 aku berpuasa di Kuala Kangsar. Cepatnya masa berlalu. Berpuasa di perantauan tidak semeriah berpuasa di kampung halaman, bersama keluarga tercinta. Kat sini, jauh nak ke pasar ramadan. Hidup bujang, biasalah makanan berbuka beli saja. Habis cerita.

Bila Ramadan datang, kepala otak ni memang tak dapat elak dari membandingkan suasana Ramadan dulu-dulu, masa aku zaman kanak-kanak dengan zaman sekarang. Terlalu jauh berbeza suasananya. Zaman kanak-kanak dulu, puasa dilakukan bukan kerana nak dapat ganjaran dari orang tua. Masa tu mak ayah memang tak pernah janji apa-apapun kalau aku berpuasa. Puasa seikhlas hati sebab seronok, member-member pun berpuasa semuanya (tapi banyak kali gak curi2 makan... haha...) Nak menunggu waktu berbuka tu punya la lama. So, masa dihabiskan dengan bermain congkak atau batu seremban, permainan yang tak penat sangat. Selain tu habiskan masa di surau, bukan dok mengaji t…

Sehari di USM

Ahad, 8 Ogos 2010 aku menghadiri majlis konvokesyen adik ke 2 bongsu - Nur Humairah di USM, Pulau Pinang. Seawal jam 4.00 pagi kami sudah bangun, mandi dan bersiap. Jam 5.00 pagi kami bertolak dari Pengkalan Hulu, Perak ke USM, Penang. Jam 6.05 pagi tiba di RnR Penanti utk solat Subuh. Kemudian sambung perjalanan. Lebih kurang jam 7.00 pagi kami tiba di USM. Mujurlah tempat parkir masih banyak. Hujan sudah mula turun rintik-rintik. Bergegas kami yang seramai 8 orang ke dewan. Namun belum sampai ke dewan besar, hujan mula mencurah dan diikuti kilat sabung-menyabung. Berehat seketika kami di gerai konvo yang masih belum dibuka.
Bila hujan reda, kami ke kedai. Bersarapan nasi lemak sambil bantu Mira memakai jubah dan topi. Jam 8.50 Mira sudah masuk dewan. Mak yang terlupa bawa kad jemputan menggunakan kad kawan Mira utk masuk ke dewan. Kami pula ambil peluang untuk jalan2 di gerai sambil mencari hadiah yang sesuai. Macam-macam jual. Bunga hidup sejambak paling murah RM60. Mak ai... tak …

OGOS DATANG LAGI

Salam buat semua...

Ogos? Berpinar-pinar aku dibuatnya. Rasa macam tak percaya dah masuk bulan Ogos rupanya. Terasa baru sehari dua lepas aku menyenaraikan azam untuk tahun 2010. Ketika itu terasa lambatnya nak masuk pertengahan tahun... kerana pertengahan tahun 2010 cadangnya sebuah manuskrip dah siap. Rupa-rupanya ermmm... azam tinggal azam. Tak dan siap satu manuskrip, aku dah garap cerita lain. Kekeringan idea punya pasal. Sudahnya, kesemua manuskrip aku tergantung.
Cerita kanak-kanak pun aku belum mula garap lagi. Sedangkan novel kanak-kanak ke 3 aku dah nak terbit dah. Hmmm... kemalasan masih menguasai aku di tahun 2010 ni. Semangat kadang-kadang naik, kadang-kadang menurun.

Ogos... hari ni aku bertugas buat kali ke tiga tahun ni. Aku bertugas selama seminggu. Sebagai guru bertugas, aku kena lengkapkan buku harian bertugas. Kena catat kehadiran murid, guru dan staf. Juga kena periksa kebersihan kelas dan semua bilik serta kawasan sekolah. Kemudian rekodkan dalam buku. Menu RMT p…