Posts

Showing posts from May, 2008

TAHNIAH BUAT DEWI SUKMA

Image
Sinopsis:
Menampilkan sebuah keluarga...Encik Raof, Puan Zaimah dan tiga orang anaknya, Raudah, Ridzalman dan Rauzan. Mereka menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan hanya menjual sarapan pagi di warung sahaja.Ridzalman (Ijal) suka melukis gambar alam semula jadi. Berkat dorongan keluarga dan cikgu di sekolahnya, dia berjaya memenangi hadiah cek berjumlah RM 5000.00. Dengan senang hati, dia menawarkan wang itu kepada ayahnya untuk memulakan sebuah perniagaan runcit di sebelah warung emaknya pula. Muncullah Ilham Corner!Pelbagai peristiwa suka duka yang berlaku. Namun, semuanya tidak melemahkan semangat mereka untuk meraih kejayaan yang gemilang. Ikutilah kisah kehidupan Ijal sekeluarga dan rakan-rakan sekolahnya yang berbilang bangsa di Peserai, Batu Pahat.

P/S : Tahniah buat rakan penulis, Dewi Sukma di atas kelahiran novel awal remajanya yang ketiga. Aktif betul menulis. Dah 2 novel terbit tahun ni. Novel saya? Insya Allah akan datang. Sedang siapkan ilustrasi sekarang.…

Tips Amalan Kesihatan

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, beratbadan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) . Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalanspt:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemakmengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakanbadan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujudsekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak darisakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telahmenemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala ygtidak dipenuhi darah. denga…

Rindu

9 hari sudah berlalu..
Namun terasa dia masih di situ
Duduk di muka pintu
Menegur insan yang lalu lalang
Bersama sebatang kayu panjang
Menghalau ayam
3 tahun 9 bulan
Dia dalam keadaan begitu
Tiada kudrat untuk berjalan
Apa lagi untuk bekerja
Kerana anggota badan sebelah kiri
Sudah tidak berfungsi
Diserang angin ahmar...
Pagi 13 Mei 2008
Dia dijemput Ilahi
Mengikut ayah, ibu,
2 abang dan 4 adiknya
Berbahagialah engkau di sana...
9 puteri-puterimu
Akan sentiasa mengingatimu
Sebagai ayah yang SABAR
dan tidak kenal erti penat dan putus asa
9 puteri-puterimu
Kan sentiasa menDOAkanmu...

!!!!

Image

16 Mei 2008

Image
~ buat semua warga pendidik ~

Tak Sangka

Image
Sabtu lepas, ketika menghadiri Hari Professional di SK Temong, saya telah bertemu dengan dua orang yang sudah lama tak ditemui. Seorang tu, cikgu. Kenalan masa saya bersekolah di SM Bukit Merchu. Kiranya dah 13 tahun tak jumpa. Rupanya dah lain, memang tak cam. Tapi masih peramah macam dulu. Seorang lagi ialah ustazah. Dia mengajar saya masa saya Form 1 & 2. Rupa masih sama. Sebab tu saya cam. Terus saya tegur. Dia masih ingat saya. Tak sangka hari tu dapat jumpa mereka hari tu...Lepas selesai bengkel, saya dan member satu sekolah pergi makan-makan...

SELAMAT HARI IBU

Image
Girly Comments & Graphics



To My Mom...

Dan Semua Yang Bergelar Ibu...

Jangan Cerita Kat Orang

"Awak jangan bagitau kat sesiapa tau...!" Sebenarnya banyak juga rahsia yang aku pegang. Rahsia peribadi... yang menggembirakan, yang menyedihkan... malah yang menakutkan pun ada. Walaupun baru kenal, mereka dah sudi berkongsi sesuatu denganku. Terima kasih kerana mempercayaiku. Tapi kekadang berat juga... terutama yang...

43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki

Saya rasa dari dok forward mesej ni, lebih baik saya letak kat blog.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang…

MATAHARIKU (Agnes Monica)

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

Memori di Cameron Highlands

Image
Setelah melalui pelbagai rintangan (dlm penyediaan kertas kerja), akhirnya rombongan ke Cameron Highlands berjaya juga dilaksanakan pada 30 April 2008. Jam 7.30 pagi, bas mula bergerak dari Kuala Kangsar. Hujan renyai-renyai. Hati berdebar-debar, bimbang dengan jalan yang tentunya licin. Jam 8.15 bas sudah mula melalui susur keluar Simpang Pulai. Cuaca masih tidak begitu baik. Hati sudah tidak sabar hendak ke sana kerana pertama kali ke sana 20 tahun yang lalu. Sudah ingat-ingat lupa keadaan di sana.
10.30 pagi barulah kami sampai ke destinasi. Tempat pertama persinggahan kami ialah Agro Technology Park, MARDI. Di situ sempatlah bersiar-siar sambil bergambar di English Garden, Rose Garden, Tea Museum, Flower Plot, Strawberry Plot, Grape Plot dan Tea Plantation. Kagum tengok sayur-sayuran dan bunga-bungaan tumbuh segar di sini. Selesai berjalan-jalan, sempat singgah membeli buah strawberry dan teh perisa yang sama. Selesai melawat AGP, kami singgah di Strawberry Park. Selain meninjau po…