Posts

Showing posts from July, 2009

Semangat Baru

Image
Laptop yang aku beli tahun 2005 asyik sakit jer. Sakit sana sakit sini. Ni yang buat aku hilang mood nak menulis. Asal menulis 2,3 baris ayat, terus blue screen. Kena tunggu berejam baru okey. Dah hantar ke kedai. Elok kejap jer.
Kesudahannya terpaksa la beli yang baru.. notebook kecik & murah jer. Khas untuk menuli jer.





Award & Tag fr. Rehal Nurharis

Image
Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini .:~Rajin~:. .:~Gigih~:. .:~Bersungguh-sungguh~:. .:~Ramah~:. .:~Teliti~:. .:~Cepat Mesra~:.
- Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri Hobiku
~Menulis~
~Mengarang~
~Melukis~
~Berangan~
~Mengambil gambar~
~Membaca~
~Melancong~
~Shopping~
~Dgr radio~
- Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka .:Zurie ~ penakut:. .:Dewi Sukma ~ Tak kenal erti putus asa:. .:Syima Syawal ~ Penulis yang sangat rajin:. .:Mersik ~ Kelakar:. .:Juelia ~ bersemangat:. .:Sally~bercita-cita tinggi:. .:Ekha~manis:. .:Remy~Rajin menulis:. .:~:. .:~:.

p/s : setakat tu jer nama penerima award seterusnya yg dpt teman pikio... ada yg dah terima 2 kali, kira okey la..korang jawab sekali udah ler...

Sya'ban kini, Ramadhan menanti...

Image

Tepukan Amal Islam - Fr. Bikash

Image
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah
~Siap!

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.
~ semua sahabat alam mayaku udah dapat...huhu.. wajib tukar ke sunat ek???

3) Itu sahaja. Senang & mudah, ya.
~ Memang mudah! hehe...

Penghujung Julai

Ye ke ni???
Cepatnya masa berlalu..
Diam tak diam dah hampir ke penghujung Julai... Rejab...
Azam?
Malas nak berbicara soal tu...
Lagi kuat berazam, lagi banyak dugaan..
Lagi banyak perancangan, makin banyak yg tak menjadi..
Sudahnya aku yang rugi..huhu..

Berbekam Lintah - Satu Pengalaman Bermakna

Image
Terjerit aku bila teman serumah mengajak aku menemaninya untuk berbekam lintah. Dengar perkataan lintah pun hatiku dah rasa semacam. Geli tahap gaban. Tak boleh nak dibayangkan rupa bentuk badan lintah yang licin, dengan corak-corak di badannya... sungguh menggelikan. Bila ia melekat di badan, seksanya hendak menanggalkannya. Liat. Terpaksa guna buih sabun ataupun air garam. Tambah menakutkan bila lintah boleh menyusup masuk hingga ke dalam perut lalu membiak. Teringat drama tv masa aku masih kecik2 dulu. Kisah seorang perempuan yang belum berkahwin disangka mengandung anak luar nikah. Padahal perutnya dipenuhi lintah yang tanpa disedari telah menyusup ke dalam perutnya ketika dia ke bendang. Semua ni membuatkan aku cukup fobia dengan lintah.
Zaman kanak-kanan dulu memang aku suka mandi di sungai. Mujurlah aku tak pernah ada pengalaman digigit lintah. Cuma melihat rakan-rakan sahaja yang berpengalaman digigit lintah. Aku kalau lihat rakan-rakan digigit lintah, aku awal-awal sudah melar…

Prolog ~ Menjejak Memori

Image
-->
RIFQI memasukkan biji getah yang dikutip bersama Azizul dan Rahmat ke dalam balang. Mulutnya kumat-kamit mengira biji getah. Seratus dua belas biji getah yang berjaya dikutipnya. Petang esok, dia akan membawa biji getahnya ke rumah Azizul. Mereka telah berjanji hendak bermain congkak bersama-sama. “Rifqi! Cepat mandi. Dah nak masuk waktu Maghrib ni.” Terdengar laungan ibunya dari arah dapur. “Baik mak!” ujar Rifqi. Rifqi segera menyimpan balang berisi biji getah di atas almari. Dia segera mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu lalu melangkah ke bilik air. Selesai mandi, Rifqi menyarung baju tidur. Dia ke ruang tamu lalu memasang peti televisyen. Sambil menunggu azan Maghrib berkumandang dari masjid berhampiran, Rifqi menonton siri kartun kegemarannya. Menonton sambil berbaring menyebabkan Rifqi yang kepenatan akhirnya tertidur. “Assalamualaikum! Rifqi! Rifqi!” Rifqi yang sudah terlena terus terjaga apabila terdeng…

TAG oleh DS

1. Nama panggilan saya : tanne/ida/idah/zz

2. Saya sedang mendengar : radio IKIM

3. Kekasih saya sekarang : diri saya

4. Mungkin saya patut : mengikut kata hati saya

5. Saya suka : lepak di kedai buku

6. Sahabat-sahabat baik saya : semua baik-baik belaka

7. Saya tak faham : kenapa tahun ni saya malas menulis

8. Kerjaya saya sekarang : cikgu dan penulis novel

9. Saya baru kehilangan : duit yang digunakan untuk beli tiket bas yang tak digunakan

10. Ramai yang berkata saya : kreatif, pendiam, memilih..huhu

11. Makna nama saya : Zuhud

12. Di suatu tempat, seseorang sedang : Memikirkan masa depannya

13. Bila saya terjaga dari tidur : saya akan belek handset tengok jam, mesej

14. Saya paling meluat bila : tengok manusia berlagak pandai

15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah : panda

16. Aktiviti / program hari ini : perkhemahan unit beruniform di padang sekolah, saya setiausaha

17. Malam ini saya akan : tengok nur kasih, internet, tido

18. Esok saya akan : ke sekolah...urus perkhemahan

19. Sebelum tidu…