Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Sajak

Pengkalan Hulu

A little northernmost town
Sandwiched between hills
And virgin forest
A town I once took to roam
Pengkalan Hulu
Still dear to my heart

Forever it shall remain
Enshrined within me
Together in eternity
We shall live in harmony.

Once it was a mysterious haunt
Of terrorists
masked and armed
Killers from killer regime
The armed CPM.
The enemies moved in her pockets
Of green foliages
That sustained them to rid of the law
And to claim this land of Malaysia
unto their hands
Bloody hands.

My beloved Pengkalan Hulu
Was famed for *CPM
Yet now she is still famous
But for her warm beauty
That spans the scope of our vision.

Her gentle gesture
Hidden amidst the trees
And the soothing touch
Mingles with the breeze
She smiles beautifully
An enemy’s heart shall mellow immediately.

Though by years
I am staying far
The pang of separation
Pains my heart every minute
My mind caresses the old memories.

The trails that divide the forest
I tracked passionately
Rubbing the jutting leaves
And branches of the old trees
My tra…

Kroh @ Pengkalan Hulu

Keroh merupakan pekan yang terpencil di kawasan perbatasan. Kedudukannya yang unik di mana di bahagian utaranya bersempadan dengan Thailand, sementara di sebelah baratnya pula adalah negeri Kedah. Pekan-pekan yang berhampiran adalah Pekan Daerah Baling di Kedah dan Pekan Daerah Betong di Thailand yang jaraknya adalah lingkungan 15 km dan di negeri Perak pula, Pekan Daerah Gerik adalah yang terhampir iaitu dengan jarak lingkungan 30 km.

Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Kelian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daera…

Have a Nice Day!

MTest

Hari ni result MTest keluar untuk KPLI ambilan Januari 2009. Yang berjaya, tahniah. Yang tidak berjaya, berusaha lagi tahun depan. Jangan putus asa. Jangan lupa buat rayuan (kalau boleh ler). Yang berjaya, mula buat persiapan. Jangan tunggu saat akhir. To my younger sister, buat elok2 masa temuduga nanti . Chayok!


GOOD LUCK

Buat seseorang yg gagal dlm percubaannya utk mendapat lesen memandu hari ni , aku cuma nak berpesan...





p/s : ym dgn rakan dr t'ganu.. katanya dia ada nampak Hanya PadaMu di kedai
alahai.. aku sendiri tak tahu kata dah ada di pasaran.. Apa2pun

KUNCI DIMENSI

Sinopsis: Empat sahabat, Farhan, Imran, Sofea dan Anis secara kebetulan telah terperangkap di sebuah kota misteri. Mereka berusaha mencari jalan keluar dengan bantuan Adam, rakan dari kota misteri. Reka bentuk bangunan yang sama menyebabkan empat sahabat sukar mengingati jalan keluar. Masa kian suntuk. Mereka tidak boleh terus berada di kota misteri. Air yang lebih berharga daripada emas menjadi penghalang utama untuk mereka bertahan lebih lama di situ. Kunci Dimensi yang menjadi penghubung dunia mereka yang sebenar dan kota misteri harus dicari segera. Kehadiran mereka turut dihidu Kumpulan Pencari Kunci Dimensi. Mereka pasti ditawan kumpulan tersebut andai gagal menemui kunci dimensi.
p/s:
Kunci Dimensi adalah novel awal remajaku yang kedua selepas Alia. Kunci Dimensi berbeza dari segi genre berbanding Alia. Masih di bawah penerbit yang sama, KarnaDya Solutions, Kunci Dimensi membawa pembaca mengembara ke sebuah dunia di mana penduduknya sedang berjuang untuk hidup. Bagaimanakah …

Berita Terkini ^_^

# Hari ni saya dah email satu manuskrip ke sebuah syarikat penerbit. Manuskrip ni sinambungan daripada novel saya yang lalu. So, kenalah bersabar sehingga 90 hari untuk mendapat maklum balas. Harap-harap dinilai sebelum tempoh tu

# Hanya PadaMu masih dalam proses percetakan.

# Sebuah novel awal remaja bertajuk Kunci Dimensi akan terbit tak lama lagi.

# Di sekolah berlaku sedikit angin perubahan. Tak tahu puncanya apa, tiba-tiba sahaja berubah. Hmm..nak kembali seperti dulu, rasanya dah tak mungkin...

# Sekarang berenti jap dari aktiviti mengarang. Kena study. Bulan depan exam!

# Karnival pra tak lama lagi. Latihan ke atas budak pra ala kadar saja. Berbeza dgn budak tahun lepas coz mereka lebih cergas.

Lembaga itu...

Elisa memetik suis lampu bilik air. Dia menolak daun pintu. Teringat dia cerita yang dibawa Laili. Menurut Laili, dia ternampak kelibat lembaga hitam berdiri di tepi bilik air sekitar jam dua pagi. Ketika kejadian tersebut Laili baru pulang selepas mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya di aras lima. Namun sebaik sahaja Laili memasang lampu, kelibat lembaga hitam terus hilang dari pandangan. Terus sahaja Laili menyusup masuk ke dalam bilik kerana tiba-tiba sahaja dia merasa seram sejuk.Sepuluh minit kemudian Elisa melangkah keluar. Perutnya masih terasa sakit dan memulas-mulas. Tengah hari tadi dia telah membeli nasi di gerai tepi jalan. Argh... inilah akibatnya! Elisa menggosok-gosok perutnya. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi air yang sedang mengalir. Matanya terus tertancap ke arah sinki dapur. Paip terbuka. Air sedang mengalir. Terus meremang bulu romanya. Siapa yang membuka paip air???Matanya merawang lagi. Nun di balik pintu menuju balkoni dapur, dia ternampak kelibat…

Musim Buah

Pertengahan tahun setiap tahun musim buah akan tiba. Tiap-tiap hari ada jamuan buah yang diadakan murid-murid dari Tahun 3,4,5,6. Hmm...kelas pra tak buat ke? Tak kut...sebab saya dan ppm bukan orang sini. Susah nak angkut buah. Lagipun kat kampung belum mula lagi. Durian pun belum gugur. Tapi kat sini duriannya dah hujung-hujung. Cikgu pra tu pula tak ada dusun. So, kami mengharap belas ihsan murid. Hehe... lain la tahun lepas. Teringat masa Cikgu Rozita angkut durian Batu Kurau, manggis dan rambutan..buat jamuan kat pra. Meriah sungguh.Selasa lepas giliran Tahun 5 pulak buat jamuan buah. Sempat ler aku snap beberapa keping gambar, sebagai kenang-kenangan bila aku dah tak der di SKUR lagi...

Bukan setakat buah tempatan, buah import, roti, bahulu pun ada Rambutan aka moktan gading pun ada... Mmmm... sedapnya! Manis! ...

Durian aka deghiyan...raja segala buah. nyam nyam nyam

Aik! Buah ape ni? Buah/getah... AWAS! Yang ni tak boleh makan Sekarang ni musim biji getah gak..teringat kat …

Selepas 12 Tahun...

Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorang bomoh masih lekat di ingatannya.... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas dua belas tahun. Sekembalinya dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorang yang mempunyai kuasa sakti dan hidup dalam kemewahan. Satu ramalan yang sukar untuk dipercayai tetapi tetap ditunggu.Langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu. Dia memasang telinga. Matanya liar mencari arah tangisan yang kedengaran itu. Tiada! Bulu romanya menegak. Menurut Iqram, jika bulu roma menegak, itu tandanya ada ‘sesuatu’ di kawasan tersebut. Sejak hari pertama dia mendaftar diri di asrama kolej, Iqram terus memberi amaran kepadanya supaya jangan bersendirian di tengah malam. Pelbagai peristiwa pelik dialami penghuni asrama lelaki dan perempuan.Ada warga yang pernah nampak seorang perempuan berjalan seorang diri sekitar jam satu hingga tiga pagi. Rambutnya panjang mengurai. Sesiapa yang terserempak pasti akan jatuh sakit. Tangisan itu terus kedengaran. Persis milik s…

Hari Minggu

Hari minggu yang terasa panjang. Maklumlah tak ke mana. Jarang-jarang aku berada di rumah sewa hujung minggu. Biasanya aku habiskan masa di kampung.
Dapatlah aku menyiapkan cerita.. belum siap sepenuhnya la.. sikit lg.

Jalan Pintas Ke Neraka

Dah lama tak menonton tv. Seminggu sekali je drama yang diikuti... Sindarella. Tapi tadi baru selesai tengok cerekarama dgn tajuk di atas. Lakonan Eizlan Yusuf, Rita Rudaini dan Razlan (alamak, tak tau nama sebenar pelakon ni). Best juga... tapi ending kurang menarik pd pendapat saya. Kalau boleh biarlah panjang sikit si Yana tu hidup terseksa. Suka tengok lakonan Rita... dari isteri yg lemah lembut bertukar menjadi jahat sebaik sahaja berkenalan dengan lelaki hensem... Razlan, si pengedar dadah. Dari putera raja jd pengedar dadah? Hebat tu! Ops... putera raja tu lakonannya dlm drama Sindarella sbg Tengku Haidar. Tak sabar nak tengok sambungan Selasa nanti...

Rejab

''REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala ''

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Antara kelebihan bulan RejabBeberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya …

Hanya Sandiwara - Riz AF6

Terganggu pagi minggu ku
Melihat kekasih lama
Di muka pintu oh…oh…oh

Keliru daku keliru
Kenapa dia datang
Mencari aku

Dapat aku rasakan
Seperti ada yang tak kena
Pada dirinya oh…oh…oh

Dan sudah ku jangkakan
Dia datang menagih
Cinta yang lama

Cukup sekali
Kau persendakan
Harapanku yang luhur padamu

Tiada apa lagi
Yang tinggal kini
Hanyalah kenangan duka saja oh…oh…oh

Dulu
Daku hanya sandaran
Merawat kedukaan
Ketika lara mencengkam sanubarinya

Pernah menguris hatiku
Mencabar emosiku
Seperti diri ini tidak punya harga

Puas aku bersabar
Mengharap dia kan berubah
Rupanya itu hanya
Sandiwara saja

Pergilah dikau pergi
Ku tak memerlukanmu
Biarkan saja ku cari cinta yang lain

Anak Ayam

Oh riuhnya anak-anak ayamku
Oh mesranya mereka dengan ibu
Tiap pagi ku berikan makanan
Bila petang ku masukkan ke reban

Oh comelnya bilangannya sepuluh
Oh lekaslah engkau semua bertelur
Gembiranya gembira ku melihat
Anak ayam anak ayam ku sihat

p/s : latihan lagu tuk karnival