Saturday, April 28, 2012

Pesta Buku Kembali Lagi

Semalam, bermulalah Pesta Buku Antarabangsa di PWTC untuk kali ke berapa, ntah aku pun tak ingat. Berhimpunlah penerbit-penerbit buku serata Malaysia bagi menjual hasil produk. Tersenyumlah mereka dengan hasil jualan yang pastinya masyuk. Turut berkongsi gembira pastinya para penulis yang sudah lama merancang untuk berhimpun setahun sekali di pesta buku bagi bertemu para peminat dan rakan seangkatan. Sesaklah PWTC dengan kehadiran para pengunjung. 

Tahun ni aku tak merancang untuk pergi. Tahun lepas memang aku merancang nak pergi tapi tak jadi. Tahun ni bukan tak der keinginan nak pergi, tapi ongkos membataskan di samping mood pun tak ada nak ke sana. Maklumlah tiada buah tangan terbaru. Setakat untuk berngeteh dengan teman seperjuangan, lain kalilah rasanya. Aku dalam kesibukan untuk masuk rumah baru yang tentunya fulus amat diperlukan. Grill & awning, lampu & wiring...hmmm...buat yang asas pun dah kena beribu. Belum lagi kos langsir, kabinet dapur, upah sewa lori, dll.

Mengimbas kembali kenangan di pesta buku. Aku tak pasti sejak bila aku join pesta buku ni. Kalau tak silap 2006/2005 1st time aku kunjungi PWTC. Masa tu novel pertama aku Mawar Cinta baru diterbitkan. Aku just gi ngintai jer dari jauh. Rasa bangga sangat bila tengok novel dipamerkan untuk jualan. Lepas tu tiap2 tahun aku pergi sebagai pembeli dan penulis untuk tandatangan autograph. Novel kanak2 aku Alia la paling banyak aku sain kalau tak silap tahun 2009. 

Kenangan terindah. Masa pesta buku nilah kita boleh beli buku dengan harga diskaun gila2. Kalau majalah pulak, kita boleh dapatkan majalah terbitan dulu2 yg kita tak sempat nak beli. Memang tak rugi membeli masa pesta buku. Tak tahannya makhluk terlalu ramai. Bersesak-sesak!!!


Sunday, April 15, 2012

How to Make Felt Flower Pins or Brooch

How to make a star mini felt plushie key chain

Hello Kitty Keychain Tutorial

Felt Flowers Tutorial

Mood : Hobi Baru -- Kraftangan Felt

Aku di dalam mood hobi baru la pulak... Hobi aku sentiasa bertukar dari semasa ke semasa ikut peredaran masa dan usia. Daripada melukis ke menulis ke menjahit ke kraf.... Biasalah hobi sebagai wanita kan. Cuma satu aku tak suka --> memasak! 

Hobi yang aku nak kongsikan ialah --> kraftangan felt. Setelah menjelajah dari blog ke bloh, dari pages ke pages di fb... akhirnya aku jatuh hati dengan satu kraftangan ni yang menggunakan kain felt untuk menghasilkan pelbagai produk seperti keychain, hiasan dsb. Buat permulaan, aku belajar menghasilkan bunga felt dulu yang aku belajar dari youtube. Lepas ni nak belajar buat key chain pulak. 

Nak buat kraf bunga felt ni, bahan-bahannya tak susah. Perlu ada kain felt, gunting, benang, jarum dan manik/butang. Aku dapatkan barang-barang ni semua kat kedai kraftangan mewah yang ada kat Kuala Kangsar ni. Harganya berpatutan. 

Kotak Simpan Alatan aku :)

Inilah hasil kraf felt aku yg pertama :)
Aku ingat nak guna bunga2 tu untuk hias kelas pra aku dan my new home sweet home :) So, siapa2 yg baru nak belajar kraftangan kain felt ni, bolehla tgk video yg aku upload tu...

Saturday, April 14, 2012

Petua Menduduki Rumah Baru

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam


P/s : Petua Dari Teman FB

Salam Lebaran 1439 Hijrah

Masih dalam mood raya kan... Ok I nak wish Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat rakan2 blogger semua....