Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Iphone 6 Plus Tak Boleh On

Menggelabah I sekejap minggu lepas bila Iphone tak boleh on bila habis bateri. Bila cas dr power bank, nampak pratus menurun menandakan kabel elok, Iphone pun elok. Cuma tak boleh on. Biasa Iphone akan on sendiri bila kitas cas. Ni tak, puas tekan tak boleh on.

Terpaksa hantar kedai, dan standby duit ratus2 takut caj mahal. Sebelum ni pernah ganti screen sbb touch dah tak elok (pandai gerak sendiri) kena RM350 kat Angsana Mall. Iphone 6 adik pun pernah kena RM550 sebab ganti screen yang lekang.

Sampai kat kedai, tunjuk kat sorang amoi. Bila dia tengok, dia pun try tekan on. Tak dapat jugak. Lepas tu dengar dia borak2 dengan pekerja lelaki (mungkin tauke kedai tu). Dia pun tekan tempat on serentak dengan home. Dah hidup. Lega. FOC.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Kali terakhir aku ke sana 2010. Pergi sorang, nak bas pagi, petang balik. Masa tu kenal kak Nora Isma Fuad.

Dan selepas 7 tahun, aku ke sana lagi bersama suami, anak, adik-adik dan anak buah. Rombongan kami seramai 7 orang. Bertapa di Senawang.

Kami bergerak seawal jam 10.24 pagi dari stesen komuter Sungai Gadut. Tambang Sg Gadut - Putra RM10.10 dewasa, kanak2 dan student separuh harga.

Perjalanan ambil masa 1 jam setengah. Lama jugak. Malang nasib kami sebab kena tukar train kat Seremban. So tak dapat la tempat duduk. Dengan anak lelaki ku yang buat perangai sebab jemu lama sangat dalam train.

Lepas tu kena menapak pulak, pecah peluh baru sampai PWTC sekitar jam 12 tengah hari. Pengunjung pada hari kedua (30 April 2017) mak ai ramai gila. Apa taknya, Fattah Amin dijangka hadir jam 3.00 petang di booth Idea Kreatif bagi mempromosikan Novel Wanita Terakhir. Menteri Pendidikan pun rasmi majlis pada hari yang sama.

Dan aku pecah peluh sekali lagi main kejar2 dengan Si Umar. Bukan main se…