Posts

Showing posts from February, 2013

MDIC - Cetakan Ke-3

Image
Alhamdulillah syukur tak terhingga bila melihat novelku Mak Datin Isteri Cikgu sudah masuk cetakan ke -3. So siapa yg belum dapatkan MDIC dapatkanlah segera di kedai buku berhampiran atau secara online di Karangkraf Mall.

Menanti Hari

Berada di kampung sekarang. Bermacam-macam perasaan. Setiap hari menunggu detik pertama tanda kelahiran semakin hampir. Detik itu yg aku tunggu. Harap ianya tiba sebelum sampai due yg ditetapkan. Aku tak nak bersalin paksa. Orang kata bersalin paksa lebih sakit dr normal.  Saat ini hujan sdg mencurah ke bumi. Sekejap lebat sekejap renyai2. Hanya aku dan mak berada di rumah. Suami pergi memancing. Harap dpt hasil. Kesian bermandi hujan klu hasil tak seberapa. Dua org adikku pergi mengajar. Kekadang rasa bosan menyelubungi diri bila tak ada apa2  nak dibuat. Yelah, aku ambik cuti awal 2 minggu. Sudahnya terkontang-kanting kat rumah. Tak ada kerja nak dibuat. Hmm cuti panjang pun membosankan. Nak mengarang tak der mood pulak.

Bermulanya Cuti 3 Bulan

Image
90 hari!
Detik yang dinantikan akhirnya tiba.
Bukannya tak suka mengajar, tetapi keadaan diri yang memaksa.
Dah tak larat sangat.
Mengajar pun macam nak tak nak.
Tak selesa, tapi tetap bersabar.
3 bulan lagi aku akan kembali mendidik anak muridku.
Insya-Allah, dengan semangat yg lebih berkobar-kobar.
Dengan aktiviti yang lebih mencabar.
Yang akan menarik minat muridku untuk belajar.

Dalam hati sebenarnya ada rasa debar.
Dan juga tak sabar.
Menanti kelahiran pertama.
Pembawa bahagia kami sekeluarga.
Pengikat kasih sayang kami berdua.

Selamat tinggal SKUR.
Hujung bulan 5 nanti kita bersua.



Apabila Jemaah Nazir Kata Nak Datang

Minggu lepas, pihak sekolah mendapat berita kedatangan jemaah nazir dari KPM untuk pemeriksaan penuh kat sekolah dari 18 hingga 22 Februari. Minggu depan! Maka mesyuarat tergempar pun diadakan. Semua guru mulai sibuk mengemaskini fail selepas selesai cuti tahun baru cina. Ada jugak yang tak lena tidur dan tak lalu makan. Begitulah penangan jemaah nazir.
Aku pun bukan main sibuk kemaskini fail. Harap-harap lengkap la. Tapi debaran aku tak sama dengan debaran cikgu2 lain. Sebabnya aku dah start cuti minggu depan. Selamatlah aku dari diobserve pihak nazir. Huhu... bukan senang oi nak mengajar ketika ada pihak yang sedang memantau melihat kita mengajar. Dengan suara yang terketar2 mungkin, dan gerak geri yang tak kena, lenggang-penggok pun tak menjadi dek penangan ada orang sedang duduk di satu sudut kelas memerhatikan cara kita mengajar. Kalau dorang takder, kelas boleh berjalan lancar. Tapi bila dorang ada, segalanya serba tak kena. Syukurlah aku tak ada time dorang ada... tuah anak..h…

Bengkel Penyelarasan Aktiviti Prasekolah

Semalam, tepat jam 2.45 petang, aku menghadiri bengkel pertama untuk prasekolah bagi tahun 2013 ini. Sebenarnya bukan bengkel pun tapi lebih kepada taklimat mengenai aktiviti2 prasekolah yang dikeluarkan oleh JPN Perak. 
Sengaja aku keluar dari rumah jam 2.25 petang dan tiba 5 minit lebih awal. Sebabnya, aku terpaksa ambil masa untuk menapak dari tempat parkir ke dewan PPD. Perutku sudah memboyot, maklumlah dah masuk 36 minggu. Maknanya dah 9 bulan. Fuh, penat gila berjalan tu. Slow2 dan pelan2. Harap tak ada lagi sebarang bengkel atau taklimat sehingga ku bersalin dijangka awal Mac nanti. Aku dah tak larat. 
Di dewan, aku bertemu dengan member2 lama satu maktab yang tinggal beberapa orang jer. 5 perempuan dan 4 lelaki jer kalau tak silap. Aku duduk sebelah Rosnida. Di belakang aku pulak Suhaila dan Rosmiati. Rupanya member aku Sue pun mengandung anak ke2. Dah 5 bulan dan dijangka bersalin bulan Mei. Sempat lagi aku tanya pengalaman bersalin anak pertama. Katanya memang sakit tapi ta…