Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

Terima buku laris di pasaran ni hari Rabu. Hari Khamis dah khatam. Dah lama dengar pasal buku ni tapi tak berkesempatan nak beli. Terlupa pulak boleh beli online sekarang, tak perlu susah payah ke kedai buku. Hari Selasa aku order kat MPH, Rabu dah sampai. Cepat. Servis terbaik. Tak macam Lazada. Lambat siot.

Baru aku semakin faham apa itu REZEKI. Sebelum ni aku cuma tahu rezeki dalam bentuk wang, kesihatan, anak, ilmu. Rupanya pengertian rezeki lebih luas dari tu. Mencari rezeki lebih sukar berbanding menjemput rezeki. Macam mana? Beli buku MMR...semua ada dalam tu.

Aku tertarik tentang Buku Impian. Dah tak sabar aku nak buat buku impian. Nak hias cantik2. Jommm....

NOTIS DARI DBKL

Entah apa-apa.
Tup tup aku terima surat notis dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tarikh surat 30 April 2015. Tarikh kesalahan 5 Jun 2008 (????).
Kesalahan meletak kenderaan di Jalan Pudu. Gilosss! Aku tak pernah drive ke Jalan Pudu.
Masa tu aku masih study kat Maktab Ipoh. Kehadiran 100%. Tak boleh excuse. Kereta ada dengan aku. Tak pernah bagi sapa2 pinjam.

DBKL tak der duit sangat dah ke? Aku call talian hotline. Lepas tu pekerja yang jawab panggilan aku tu bagi no fon lain. Konon urusan saman kena call no yang diberi. Banyak kali call tapi tak berangkat. Apa ke jadah???

Kalau aku bayar 1-15 hari dari tarikh surat jumlahnya RM15. Kalau 15-30 hari naik ke RM50. Lebih dari 30 hari kena bayar RM100. Tunggu surat sama. Gila ke apa!!

Haiyyaa.... terpaksa aku hantar surat guna pos laju pulak. Hampeh DBKL.

SHOPPING KAT NILAI

Sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei Jumaat dan bersambung Cuti Hari Wesak Isnin 4 Mei, weolls telah menghabiskan masa dan duit berjalan ke Seremban, Nilai dan Bangi.Kami ke sana Khamis malam dengan Myvi my sis yg dtg dr kampung with my mom. My en suami   jd driver memandangkan dia dah ada lesen plus tak tidur malam.Dekat jam 10 bertolak ( tak sempat tgk Asia's Got Talent sampai hlabis ) dan sampai Ke Taman Tuanku Jaafar dekat jam 3 pagi. Berenti makan jap di RnR Tapah.Pagi tu rehat di rumah kakak. Petang kami ke Bangi singgah rumah kakak ke 4. Sambil hantar suami ke stesen komuter. Dia nak ke Pandan Indah, ada kerja sikit sambil jumpa family adiknya.Than kami bertolak ke Bangi Gateway. Jumpa adik bongsu yg kerja di situ. Window shopping dekat 2 jam. Aku tak sempat beli apa2 coz my prince tak nak duduk diam. Tq Si Umar krn selamatkan dompet mommy.Malam tu tidur di Seremban. Esoknya kami ke Nilai. Semua pergi kecuali Kak Lang and Kak Nik. Dorang dah jemu ke sana. Aku beli rak hiasan Eng…