Saturday, May 26, 2012

Mei - Bulan Yang Agak Sibuk & Kelam Kabut

Hari Ibu

Tak sempat nak wish apa lagi nak beli hadiah buat ibuku Sariah Awang yang berada di Pengkalan Hulu, Perak dan ibu mertuaku Asmah Abdullah yang berada di Sandakan, Sabah. Happy Mother's Day! Semoga panjang umur dan dikurniakna kesihatan yang baik.

B'day Suamiku

Happy b'day my dear. Sorry, belum berkesempatan untuk belikan hadiah walaupun abg tak mengharap. Semoga abg sukses dlm kerjaya dan happy selalu.

Hari Guru

16 Mei hari guru yang disambut peringkat kebangsaan di bandar diraja Kuala Kangsar. Aku tak sempat pun ke tapak ekspo di padang smk clifford disebabkan sibuk sangat. Peringkat sekolahku pulak diadakan pada 23 mei yang lalu. Mcm biasa dapat hadiah la jugak dari murid pra (anak2 cikgu, ppm dan kerani). Sebenarnya aku tak megharap hadiah lg. Sebabnya tak tau nak simpan kat mana. Aku lebih suka kalau dorang bagi pen sbb aku boleh guna pen hari2. Sementelah pula pen aku pun dah tinggal sebatang 2 yg berdakwat. Apa2pun aku tetap hargai. Maaf, gambar belum sempat snap. bz wei

Aal2 pagi ada perutusan rasmi yg berlangsung hampir 2 jam. Lepas diadakan pertandingan mewarna utk murid tahap 1 dan pra. Murid tahap 2 pulak bersukaneka bersama guru2. Hmm... well aku dpt hadiah pertama dlm pertandingan tiup belon dan pecahkan. Haha... dpt la sebiji jag gergasi yg aku tak tau lg bila nak guna. Lepas jamuan makan, kami ke dewan. Murid2 buat persembahan. Murid pra buat persembahan tarian Gadis dan Bunga. Nanti aku upload video yer
pertandingan mewarna

Cameron Highlands

Sehari selepas hari guru, kami yang join lawatan sambil belajar ke CH. Aku takderla berkobar sangat sbb thn lepas dah pergi ke sana (honeymoon) dan tahun sebelum tu pun ke sana bersama family. So CH masih sama, tak banyak berbeza dr thn lepas. Disebabkan aku setiausaha kena la join jugak. Dah kali ke 5 ke sana. Kali ni aku beli strawberi, keychain dan buah plastik jer tuk hias my new home sweet home. Oh ye tambang RM26 jer.






Upgrade streamyx

Sebelum ni aku guna pakej RM60 yang kelajuannya dlm 300 kbsp. Tup2 telekom call. Katanya tengah promosi utk kejuan streamix 1000 kbps dgn bayaran bulanan RM110. 3 bulan aku kena bayar RM60 jer sbb promosi. Jadi aku pun terima la. Niat nak upgrade streamix tu memang ada sebelum ni. Alang2 telekom call, aku pun tak payah nak ke tm point, jadi aku pun setuju terima. Nak upload video pun laju la sikit berbanding sebelum ni.
Korang kalau nak semak kelajuan streamyx sila layari verify.tm.net.my... ambik download test tu

Pindah Rumah

 Topik pindah rumah belum selesai. InsyaAllah jika tiada aral melintang, malam ni lori akan datang untuk angkut barang2 yg besar. Barang2 yang kecik aku dah angkut tadi...selesai 90%. Nak pengsan rasa. Penat wei. Dah la suami kat KL skrg. Mlm ni lg... nasib baik jiran baru nak bantu angkat barang naik lori. Plan asal nak angkat ptg esok lepas suami balik. Tapi lori plak ada hal esok so tukar ke mlm ni. Jap lg aku nak kena pecat katil, meja mkn, meja komp...huh penat tu!!!




Friday, May 18, 2012

Kenapa Aku Tak Online?

Soalan yang aku tanya biarlah aku sendiri yang jawab ye..hehe... Dalam dua minggu ni aku tak sempat jengah blog atau berfacebook (2 perkara yang aku suka jengah tiap kali on9). Bermula dengan laptopku yang terpaksa reformat coz windows XP tak bleh nak bukak. Hantar la ke kedai utk reformat. Melayang RM45. Bila dah reformat, segala software yang aku dah install semua hilang. Nak download balik satu persatu makan masa. That's why aku malas nak buka laptop ni apa lagi nak online. Tapi aku selalu jugak la on9 via mobile. Just tengok2 fb dan update status kat twitter. Blog memang langsung tak masuk.

Aku jugak tak sempat nak online disebabkan kesibukan tahap gaban yang tiba-tiba melanda diri dengan tugas-tugas di sekolah. Aku jadi s/u lawatan. Nest week kami akan ke Cameron Highlands. Jadi sibuklah aku dengan kertas kerja dan mencari sapa2 yang nak join the trip. Selain tu, aku jugak baru dilantik sebagai bendahari PIBG sekolah. Ulang alik jugak ke bank rakyat untuk pertukaran nama. Ni nak kena keluarkan duit lagi ni. Rupa-rupanya aku tak boleh pegi bank sorang. Kena pegi dgn YDP atau S/U. Hampeh punya syarat!!! Kalau sorang2 buat keje kan senang. Bukan juta2 pun duit yang ada dalam bank tu.

Ada lagi... Hujung minggu lepas dan minggu sebelumnya aku balik kampung. Kebiasaannya aku update blog hujung minggu time cuti. Tapi time aku berada di kampung memang tak sempat nak online. Biasalah sekali sekala berjumpa mesti nak bergosip..hehe... Oh ye, aku balik kampung bukan saja2. Tapi menghadiri my sis wedding day. 12 mei lepas my sis kawin. Sibuk la jugak kemas rumah dan buat apa yang patut. So, mana ada masa nak online.

Dalam dua minggu ni jugak, urusan pasang grill, awning dan wiring dah selesai. Alhamdulillah lega. Rabu lepas aku n suami meluangkan masa membersih rumah. Penat jugak nak mencuci rumah tu. Suamilah yang paling penat. Aku cuci dua bilik paling kecik - bilik air :) Tu pun termengah2 dibuatnya. Selebihnya en suami yang mencurah tenaga lelakinya. Tapi kekotoran mozek masih belum hilang sepenuhnya. Bekas2 simen masih ada. Sakit mata melihatnya. Harap2 lama2 hilang la bekas2 simen tu. 

InsyaAllah minggu depan pindah rumah baru.. yeay!!! Ni pun keje yang memenatkan jugak. Banyak barang nak kena angkut ni. Kena simpan tenaga. Lepas beres semua, baru bleh deko2. Hiii tak sabarnya!

Kos setakat ni 
- Lawyer RM5000
- Awning + Grill RM4800
- Wiring RM500
- Lampu + Kipas RM1300
- Rod langsir RM200


Grill Putih Sliding Door

Grill tingkap

Karpet.. hajat di hati nak tgk2 jer, tapi bila nampak corak gini aku terus kebas

Almari hiasan yang akan diputihkan dan rak buku..fresh dari kedai

Awning belakang...masa ni besi grill belum dipasang

dah berfungsi :)

org kuat tengah menyental mozek

Tuesday, May 1, 2012

Jalan-jalan Ke Jaya Jusco Ipoh

Petang tadi ke Jaya Jusco kat Ipoh. Suami nak beli string guitar. Kat Kuale ni don't know kedai jual string guitar. Tak pernah nampak. Jadi, kami ke Kinta City. Kat situ memang ada sebuah kedai jual alat muzik. Lepas suami beli string guitar, kami masuk Jaya Jusco. Aku cadang nak beli baju raya (bukan kat JJ tapi kat Greentown Mall). Saja la jamu mata kat Jaya Jusco. Biasalah kalau hari pekerja mesti ada promosi. Kat depan sekali dah nampak gelas english style. Memandangkan sekarang aku tengah ngumpul barangan english style utk masuk rumah baru, jadi aku tak der pilihan lain melainkan kena beli. Kalau tak beli skrg, karang habis. Jadi aku pun capai la mug, mangkuk sup, pelapik meja, pelapik pemegang peti ais, sarung tgn tebal (nak pegang benda panas kat daput tu) dan beberapa cawan hiasan bercirikan english style belaka. Bajet beli baju raya dah lari ke barangan english style. Tak menyesal pun, malah hati aku rasa puas :)

Ahad lepas aku dah beli barangan english style kat kuale. Antara barang yang aku rembat - tempat gantung kunci bentuk gitar, jam dinding, frame, hiasang dinding bentuk rumah... Hehe beli yang kecik2 dulu. Karang dah duduk rumah baru bleh la beli almari hiasang english style pulak :) Beli satu2 kalau ada duit lebih. Hmm dah tak sabar nak masuk rumah baru nx month. Wahai pembuat grill, cepatlah datang pasang!!! 

Lampu dan kipas pun aku dah beli dah. Melayang 1k lebih jugak walaupun hanya beli 3 kipas dan 14 lampu. Belum beli air comd lagi tu. Tunggu bajet lain kalilah baru pasang air cond dalam bilik. Hampir setiap hari aku ronda2 ngan suami ke rumah baru. Ada jiran yang dah mula tinggal di sana. Beberapa rumah dah pasang grill. Teruja nak masuk rumah baru. 

Syukur pada Allah dengan rezeki yang diberikanNya...

sarung tgn penahan panas pun aku rembat gak

comelkan pasangan mug ni

ni la mangkuk sup


mug - bukan nak guna tapi nak wat hiasan jer

ni la tempat gantung kunci

jam dinding putih..ada ciri2 english style sikit2

frame pilihan suamiku

ni aku punya pilihan

hiasan bentuk rumah ni yg kaler putih tak cun..aku pilih kaler ni sbb suami dah janji nak cat putih :)

kipas yg masih kemas dlm kotak, tggu utk dipasangkan

Teluk Senangin vs Teluk Batik

Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...