Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007
Dia tak diam, 2007 bakal berlalu pergiMeninggalkan seribu memori
Selamat tinggal 2007& Selamat Datang 2008




Aku dah beli diari 2008. Sejak Form 4, aku tak berhenti menulis sesuatu di dalam diari. Buat semua pengunjung blog, saya ucapkan Selamat Tahun Baru! Hujung tahun..mood menulis tenggelam seketika. Aku janji nak hantar manuskrip ke KD hujung thn ni (esok le), tapi nampaknya belum siap..sorry! Sambil menghitung hari, menunggu detik tahun baru, aku nak tonton VCD citer :-



p/s: aku minat filem sebegini..so tengok 10 kali pun aku takkan jemu..

Azam 2008

Ini hobi yang aku paling suka iaitu menulis cerita pendek. Nak kata pendek tak juga, sebab panjang gak. Tapi nak kata panjang beratus muka surat macam novel tu, tak juga. Ala, kira macam nopen la...lebih dari 40 hasil tulisanku yg hanya menjadi simpanan di rak buku. Tahun depan aku bercadang nak panjangkan/kembangkan lima, enam cerita-cerita di atas menjadi nopen dan novel. Itulah azamku tahun 2008! CHAYO! CHAYO! YES!



Majlis Hari Lahir & Kenduri

Tahun ni anak-anak buah sambut birthday serentak iaitu pd 23/12. Bayangkan, ada 12 anak buah. Habis duit beli hadiah! (ceh, mcm beli hadiah mahal). Maklumlah, jarang-jarang dpt berkumpul satu keluarga. So, bila dapat berkumpul tu, faham-faham sendirilah. Seronok juga tengok keletah anak-anak buah. Yang perempuan sibuk berdansa (terkena virus sehati berdansa, astro ria). Yang lelaki ligat bermain guli. Yang tak tahannya ada yg curi-curi mandi di sungai dan hampir lemas.






Selamat Pengantin Baru buat Khairi (sepupu) dan Ima. Moga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.


12 orang anak buah. 7 perempuan + 5 lelaki.

Thalia - NO ME ENSEnASTE

Llama, no importa la hora que yo estoy aquí
entre las cuatro paredes de mi habitación
es importante al menos decirte
que esto de tu ausencia duele
y no sabes cuanto


Ven, aparece, tan solo comunícate
que cada hora es un golpe de desolación
es demasiado aburrido no estar a tu lado
Ven, que mi alma no quiere dejarte ir
que los minutos me acechan
aquí todo es gris
y alrededor todo es miedo y desesperanza
Ven, que nunca imaginaba como era estar sola
que no es nada fácil cuanto te derrotan
que no sé que hacer
y aquí no queda nada de nada
No me enseñaste como estar sin tí
y qué le digo yo a este corazón
si tú te has ido y todo lo perdí
¿por dónde empiezo, si todo acabó?
No me enseñaste como estar sin tí
cómo olvidarte si nunca aprendí

Llama y devuélveme todo lo que un día fui
esta locura de verte se vuelve obsesión
Cuando me invaden estos días tristes
siempre recuerdo mi vida,
yo como te amo

Ven, que mi cuerpo la pasa extrañándote
que mis sentidos se encuentran fuera de contról
es demasiado …

COVER ALIA

Inilah novel keempat saya (novel pertama kanak-kanak/awal remaja). Mengisahkan tentang perjalanan hidup Alia, budak Tahun 5. Tidak lama lagi novel ni akan berada di pasaran.

Inilah sinopsisnya...

Persahabatan yang baru terjalin di antara Rifqi dan Alia telah mengundang rasa bimbang dalam hati Dalila dan rakan-rakan. Rifqi, murid baru itu harus diselamatkan sebelum terlambat. Jika dibiarkan pasti Rifqi akan menerima padah kerana berkawan dengan Alia, murid yang disisihkan itu. Lalu, rancangan pun diatur oleh Dalila dan rakan-rakan. Rifqi harus diberitahu tentang rahsia Alia. Kanak-kanak itu sebenarnya bukan manusia biasa…

Kehadiran Rifqi menceriakan hari-hari Alia yang selama ini kelam. Saat melangkah ke sekolah, semangatnya berkobar-kobar kerana dia sudah punya kawan yang baik. Erti sebuah persahabatan mula diselami dan dihayati. Namun kegembiraan Alia hanya seketika. Rifqi tiba-tiba menjauhkan diri darinya tanpa diketahui kenapa….

p/s: Buat Mirza, Kakak, Yen, Siti, Dekpan, Jaji, Dekn…

Alia - Novel Baru

Ini adalah tajuk novel pertamaku, yang dikategorikan sebagai novel awal remaja ( fokus utk kanak2 berumur 9 -15 thn). Tapi yg dewasa pun boleh baca juga. Perjanjian sudah sampai. Insya Alah akan diterbitkan pada bulan ini. Sekarang tengah tunggu cover keluar. Terbitan KarnaDya Solutions.

Kawan

Kawan-kawan sekuliah aku hanya akan jumpa ketika kursus interaksi sahaja di IPIP. Asnida adalah roomateku. Kami sama2 dr Pengkalan Hulu tapi aku hanya kenal dia masa di IPIP. Jun dan Ros penghuni bilik sebelah. Jun orang Selangor dan bekas jurulatih PLKN. Ros gadis kecil molek dari Sabah tengah hangat bercinta. Depan bilik Jun dan Ros, tinggal dua orang budak Kelate...Su dan Ida. Mereka suka berbalah pendapat. Itu cara mereka mengeratkan persahabatan hehe... Di sebelah kiri bilikku pula dihuni Ina budak Shah Alam dan Sarah, ibu moden dari Teluk Intan. Seorang lagi kawan yang duduk satu aras Blok A ialah Hajar, gadis sopan santun yang punya banyak kisah mistik. Setiap hari kami akan ke kuliah bersama-sama (kalau Ros dan Su bersiap cepat). Setiap malam kami akan berkumpul di bilik Jun atau Ina untuk makan-makan sambil bergospen (perkataan yg dicipta Ida). Setiap kali bercerita, semua akan berhati-hati, bimbang aku akan masukkan ke dalam novelku kisah mereka. Memang betul! Terutama kisah…

Peraturan Baru

Institut Perguruan Ipoh Perak tidak lagi membenarkan pelatih membawa kenderaan ke kawasan kuliah. Kenderaan terpaksa disusun di kawasan asrama. Ini menyebabkan kawasan asrama sesak. Para pelatih pula terpaksa berjalan kaki ke kelas. Lebih kurang 15 minit! Fuh, rasa nak tercabut kepala lutut. Kelas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Jumaat. Memang penat. Minggu depan kelas sampai malam. Mujurlah hanya dua minggu saja lagi aku akan berada di sana. Lepas tu mulalah bercuti...tapi tak boleh cuti betul2 krn aku yakin pasti kami akan mendapat assignment bertimbun-timbun!