Posts

Showing posts from April, 2010

FB Punya Pasal

Sunyi ajer blog aku ni. Penangan FB la ni. Blog sekarang dah semakin kurang. Orang lebih suka berFB. Lepas FB apa pulak yang bakal muncul ek? begitu cepat teknologi berkembang. Terkadang rasa tak terkejar.

Dari KK (Kuala Kangsar) ke KK (Kota KInabalu) - Part 2

Image
Dari Kundasang War Memorial, kami sambung perjalanan ke Kinabalu Park yang terletak tidak jauh dari pekan Kundasang. Di sinilah tempat memulakan pendakian ke puncak Kinabalu. Jalannya kecil dan amat berbahaya. Cuaca sejuk sekali, tak perlu pasang air cond kereta. Sepanjang perjalanan ke tapak pendakian, hati tak putus-putus berdoa...huhu takut... Jalan sempit dan berliku-liku. Selepas sampai ke tapak pendakian, kami turun semula dan bergambar di kawasan Kinabalu Park berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang diselubungi awan bahagian puncaknya.
Kami teruskan perjalanan untuk kembali semula ke Kota Kinabalu. Kami sempat singgah di Pasar Nabalu. Banyak cenderamata, makanan dan buah dijual di sini. Buah nenas cukup manis sekali. Rugi kalau tak rasa.
Sampai di bandar KK jam enam, jalan agak sesak dan kami sesat! Hampir dua jam berpusing-pusing untuk cari rumah penginapan kami; Golden Hill...huhu... Tanya orang, mereka pun tak tahu??? Syukur akhirnya jumpa juga. Lepas mandi, kami keluar makan…