Posts

Showing posts from 2008

Elisa

“Jangan masuk campur urusan kami!” Basir memberi peringatan. Kemarahannya membuak-buak dengan kehadiran budak mentah yang tak dikenali itu. “Saya tak ada sebarang urusan dengan dia! Jangan percaya cakap dia.” Elisa harus meraih kepercayaan Rifqi agar Rifqi membantunya menyelamatkan diri dari Basir. “Saya tak boleh masuk campur urusan awak dengan gadis ni?Hei, awak tahu tak siapa gadis ni? Dia teman wanita saya!” Muka Basir terus merona merah kerana dia baru mengetahui lelaki yang kacau daun itu rupa-rupanya teman lelaki Elisa. Patutlah Elisa tidak memberi peluang padanya. Rupa-rupanya gadis itu sudah berpunya. “Elisa... kenapa Elisa tak berterus terang pada abang yang Elisa dah berpunya?” soal Basir yang seperti hendak menangis. Bunga yang dipuja sudah menjadi milik orang.Elisa tida pandai berlakon. Dia membisu. Dia biarkan Rifqi memeluk bahunya untuk meyakinkan Basir yang mereka memang pasangan kekasih walaupun dia sebenarnya kurang senang dengan tindakan Rifqi itu. “Sudahl…

My Luvly Sister Wedding

Image
Semoga kekal bahagia selamanya...

Selamat Tinggal 1429 & 2008

Image
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru Hijrah... 3 hari lagi masuk tahun baru Masihi pulak..
Hmm... azam 1429 & 2008 dah tercapai ker? Kalau belum, boleh sambung lagi untuk tahun ni selagi hayat masih dikandung badan..
Bercakap soal azam ni, seperti biasalah, aku juga menyenaraikan beberapa azam yang aku target boleh capai... tapi ada juga yg tak tercapai. Redha ajer la.. tapi tahun 2009 ni kena berusaha lebih keras.
2008 mencatatkan pelbagai memori suka duka dalam hidupku. Kenangan manis dan kenangan pahit yang tak mungkin dapat dilupakan.

2 novel yg berjaya diterbitkan tahun ni ~



Perjumpaan Penulis B.Prima

Semalam (26/12) aku menghadiri pertemuan penulis-penulis buku prima yang diadakan di ofis bp, Shah Alam. Memandangkan aku kini sebahagian warga b.prima, jadi aku luangkan masa untuk menemui penulis-penulis di bawah prima, selain dapat berkenalan dengan warga kerja b.prima. Sebenarnya, memang pada tarikh tersebut aku mempunyai urusan di KL.
Aku bertolak ke KL sehari sebelumnya iaitu pada 25/12 (Khamis) dan bermalam di Bangi, rumah saudaraku. Awal pagi 26/12 aku menaiki komuter menuju ke stesen BTS. Di sana aku bertemu dengan novelis yang sudah lama aku kenal cuma belum pernah bersua muka iaitu Ramlah Rashid (Kak Ila). Tak sangka orangnya kecil molek saja. Selesai urusan kami di Damansara, suami Kak Ila menghantar kami ke sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam. Merayaplah kami di sana selama 2 jam. Sekitar jam 2.30 kami menaiki teksi ke tempat pertemuan penulis2. Malang sekali driver teksi pun tak tahu, so berpusing2lah kami di situ sehingga berjaya mengesan kedudukan bangunan Dasar Cet…
SELAMAT

HARI RAYA

AIDILADHA

maaf zahir dan batin

Santiago Yang Ku Rindu : )

Image
Wataknya dalam Telenovela Monte Cristo memikat hatiku... Namun hatinya sudah dimiliki wanita lain.. Laura. Harap mereka akan bersatu akhirnya.
Santiago - Diego Olivera

Laura - Silvia Navarro

HERO & HEROIN SOAP OPERA MONTE CRISTO

Bertugas

Hari ni kena bertugas kat sekolah sampai Selasa depan. Fuh, 3 hari! Kalau sekolah besar kena bertugas sehari jek.. kalau bernasib baik tak perlu bertugas langsung..macam adik aku tu :) So, aku ambil kesempatan untuk membersih kelas. Minggu depan mula nak hias kelas bagi ceria sikit. Baru bersemangat nak mengajar, murid pun bersemangat nak belajar. Aku pegang Tahun 1. Yang tak pernah mengajar Tahun 1 tentu akan merasa sedikit 'seksa'. Tapi memandangkan aku opsyen prasekolah, jadi soal nak tackle murid tak adalah susah sangat. Lagipun setakat ni murid yg mendaftar cuma 9 orang saja. Dengar2 seorang akan ke sekolah lain di Kedah. So, tinggal 8 jer...

Salam Khamis

Image
Rindu pada blog dan teman-teman blog. Hanya sesekali saja boleh singgah dan meninjau blog. Tak boleh jengah seperti selalu. Bukan kerana kesibukan tapi kerana keadaan tidak mengizinkan. Cuti panjang kali ini aku tidak perlu menghadiri kursus interaksi di institut perguruan lagi kerana segala2nya sudah selesai sejak September yang lalu. Jadi, cuti panjang kali ini aku berpeluang untuk bersama keluarga tercinta di kampung. Bila berada bersama keluarga dan sanak saudara, hobi melayari internet terpaksa dilupakan seketika. Online sekali sekala hanya untuk memeriksa email sahaja.
Menulis pun tidak berkesempatan. Konon hendak menyiapkan satu manuskrip selewat2nya hujung bulan ini. Berkemungkinan aku tidak akan berjaya mencapai sasaran, tetapi aku tetap akan mencuba. Mood datanglah segera!
Cuti kali ini aku belum sempat berjalan-jalan. Hanya duduk di rumah dan sekali sekala keluar ke pekan Kroh dan pekan Baling. Oh ye, petang Selasa lepas sempat ke Penang untuk menghantar 2 ibu saudara yang ak…

^_^

Image