Saturday, August 12, 2017

Cameron Highland Lagi

Bercuti singkat di CH sekali lagi with my Familia Zarkasi. Kami bercuti 2 hari 1 malam je. Cadang nak 3 hari 2 malam tapi Jumaat tu I ada bengkel pulak.

Seperti biasa, I bahagian book hotel. Kali ni book Agro Highland Resort sebab dengarnya resort dalam ladang strawberi. Kat Brinchang. Sengaja cari yang boleh jalan kaki ke pasar malam.

Pagi Sabtu 29/7/2017, bertolaklah kami 2 buah kereta; Bezza dan Axia mendaki bukit ke Pahang. Family adik dari Lumut pun bertolak ikut Simpang Pulai jugak. 2 buah kereta lagi ikut Tapah. 

Jam 10 dah sampai. Janji nak bertemu di Cameron Lavender. Masa kami 2 buah kereta tu sampai, pengunjung dah penuh. Gang bas, gang bikers. Semua ada. Tak sangka pulak ramai. Malangnya, line Celcom tak dapat. Geram betul. Tempat pelancongan macam tu boleh pulak line tak der. Kadang2 dapat la taraf E. So, nak contact family yg lain susah gila. Sempat berkumupul dengan yang Lumut je. Yg dari Seremban dan kakak dr PH tak jumpa ke sudah. 

Ni kali kedua kami singgah Cameron Lavender. Ada penambah baikan berbanding 2 tahun lalu. Lama jugak lepak di situ. Kakak 2 orang lagi tersangkut dalam jammed. Adoi, sengaja tak gi CH time cuti sekolah sebab nak elak jammed. Sabtu Ahad pun jammed jugak! 

Dekat 2 jam, baru kami keluar dan merayap tempuh jammed ke Brinchang. KEA Farm punca kesesakan jalan raya. Huh! Bila lepas KEA Farm, jalan okey je. 

Singgah makan kat medan selera dulu. Lepas tu baru check in. Seksa jugak nak cari resort tu. Waze tak betul sangat! Bawak kami ke belakang chalet ;)

Kami ambik 2 apartment, 2 standard room. Apartment semalam RM245, dua bilik lengkap dapur dan peralatan. Ruang tamu pun luas. Betul2 depan lobby. Bilik standard utk 2 orang pulak RM115. Untuk 3 orang RM125. Bilik okey cuma towel tak sempat cuci. Lewat petang baru terima towel. 

Yang tak bestnya air dan elektrik kena catu. Huhu. Bilik yg standard room pulak singki tak disediakan. Tempat sangkut towel pun tak ada. Adus, seksa nak mandi pun. Parking tepi jalan jer. Kelengkapan lain semua cukup; iron, iron board, jug kettle, extension, sejadah, kopi, mineral water. Tak payah nak mintak, semua ada dalam bilik dah. 

Yang bestnya, pokok stwberi kat atas kepala. Boleh petik sendiri. Sekilo RM30. 

Petang tu pergi pasar malam. Baru tau pasar malam dah berpindah tapak. Dah tak boleh jalan kaki. Kena naik kereta sebab dekat 3km jugak dari resort. Parking macam biasa, memang susah. Sepanjang 1km simpang ke pasar malam tu, dah penuh kereta dan bas tepi jalan. I ambik parking berbayar RM3. Jauh jugak. Kena mendaki nak ke pasar malam. Tempat okey dari dulu. Atas jalan tar depan hotel apa ntah lupa nama. Gerai-gerai pun tersusun elok. 

Aku beli 2 pasang baju buat my son. Beli strawberi coklat ( entah kenapa rasa tak sesedap dulu ), ubi keledek madu, nasi dll. Malam tu makan makanan pasar malam je. Ada jugak FZ yang keluar makan di medan selera berdekatan. Jalan kaki je.

Keesokan, kami check out dalam jam 10.00 pagi. Konon nak peti strawberi tapi masa tak mengizinkan. Kami singgah di strawbei farm untuk sarapan sambil jamu mata bunga-bungaan. Ni tempat wajib singgah kalau pi CH. Seronok dapat makan dalam kebun bunga. 

Lepas tu plan nak singgah KEA Farm beli strawberi dan sayur. Tapi jammed lagi. Parking memang tak der. Tengok polis trafik dok menyaman kereta yang parking kat bahu jalan di KEA Farm. Kami terus ke Rose Valley, singgah beli sayur, cenderahati dan strawberi kat situ sbb tak dpt berenti di KEA Farm. 

Jam 2 baru gerak turun bukit, berderet 5 kereta ikut laluan sama. Singgah makan di kedai berhampiran Petronas. Berpisah di situ lepas makan. Sebahagian ke utara, sebahagian ke selatan.

p/s : Mak nak ke CH lagi, sebab tak puas pergi semalam. Katanya macam dalam mimpi je. Hehe... 

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...