Wednesday, November 12, 2014

Skrin Handset Retak

Alkisahnya...3 hari lepas my hp tiba2 (ceh, tetiba konon) jatuh dari meja ketika aku tgh leka menaip. Tak sedar macam mana tangan ni boleh tertolak handset. Plup! Jatuh atas lantai. Memula aku biarkan je sbb dah byk kali jatuh. Tapi tak pernah jadi apa2. Setakat terburai isi perut (bateri tercabut) je. Berbeza pulak kali ni. Tengok2 skrin dah retak menanti belah. Handset aku tu masih boleh berfung elok. Tak ada masalah. Cuma sebahagian paparan skrin merekah. So kalau nak touch tu tak berapa sedap. Kena buat slow2 sebab takut jari luka. 

Aku pun google la harga nak tukar skrin. Mak ai...rata2 mahal. 200 dan ke atas. So rasa malas nak tukar. Tapi hs aku tu banyak guna. selain utk dijadikan camera, jugak dijadikan alat bisnes :) :) :) petang tadi aku ke Ipoh. cadang nak survey harga dulu. aku terus ke greentown mall. masuk je mall terus jumpa kedai baiki handset. so aku tunjukkan masalah skrin retak. dia terus bagitau caj rm160, dalam masa sejam. aku terus setuju.

Tara....sejam kemudian aku ke kedai tu dan ambik hs aku. Dah normal kembali.alhamdulillah. Pastu anddia promote suruh beli cermin protector. melayang rm40. 

Lepas ni nak jaga baik2 hset aku ni Galaxy Grand yg aku beli belum sampai setahun rasanya. 

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...