Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

2002 Likes

Alhamdulillah my Fb Pages ZZ Online SHOP dah mencecah 2002 hari ni. Terima kasih pd yg sudi like. Kat situ ada jual macam2 pakaian. Baju muslimah, jubah, dress, blouse, baju kurung dll. Jemput semua shoping di sana ye. Taip ZZ Online SHOP. Selain Fb aku juga promote jat instagram - zzon9shop - follow me & I'll follow you back. Adil kan...hihi...

Parut In The Making

Cerita yg aku mula tulis penghujung 2012 selepas Mak Datin Isteri Cikgu terbit di pasaran. Sehingga skrg belum siap :-( Target nak siapkan dlm thn ni jugak sebelum nak mula manuskrip baru. Dan target thn depan diterbitkan. Aku berharap sgt selepas 2013 dan 2014 sepi tanpa karya.
Minat menulis ada, idea pun ada...yg kurang adalah waktu. Anak sdg membesar. Dah setahun 5 bulan. Sgt2 memerkukan perhatian sepanjang masa krn hobinya skrg memanjat dan menyelongkar brg.
Parut dgn latar tempat daerah kelahiranku dan kawasan2 sekitar.  Dah lama simpan hasrat nak tulis novel dgn mengenengahkan tempat2 menarik di sana, dan kali ini aku berkesempatan menulis dlm Parut. Novel kali ni genre seram misteri...sebuah genre yg dekat dgn hati ku.  Sebelum ni dah 2 novel yg aku hasilkan dgn genre yg sama iaitu Kalung terbitan 2007 dan Menjejak Memori 2 thn kemudian.  Genre begini agak mencabar berbanding genre cinta. Otak kena perah lebih sikit supaya pembaca tak bosan.
Biasanya aku menulis lepas anak ti…

Riang Ria Raya

Asalnya rancang jamuan raya utk pra je. Tup2 kelas perdana pun ikut join jugak.

Habis Sudah

Genap seminggu raya....hari ni dah Syawal ke 7. Minggu lepas hari ni lah paling sibuk buat persiapan utk menyambut hari raya aidilfitri keesokan hari. Cepatnya masa berlalu.  Harap dpt bertemu Ramadhan lg thn depan. Adik beradik juga satu demi satu dah balik.  Tinggal aku dan adik di Lumut saja yg masih di kg. Lepas Zohor aku akan  balik Kuala Kangsar.  Tinggal mak dan 2 org adik di kg. Sorang memang keje di sini dan sorang lg baru habis belajar UMK..sdg tggu konvo bln 11 nanti. Bulan 9 nanti insyaallah kami akan bertemu lg. Tp kali ini kami akan berkumpul di Seremban, rumah Kak Nyah.

Salam Lebaran

Dah syawal ke 6 rupanya. Tahun ni beraya di kampung aku lagi. Sejak berkahwin dan sebelum kawen every year aku akan sambut raya di kampung halaman ku yg tercinta ♥♡♥♡ Tahun ni semua ahli keluarga beraya di kampung. 9 adik beradik berkumpul. Meriah dan riuh rendah jadinya. Dari Seremban..Bangi..Semenyih..Lumut..Kuala Kangsar berkumpul di Pengkalan Hulu, Perak. Gembira hati bonda anak2, menantu dan cucu2 berkumpul. Anak 9 org, menantu 6 org dan cucu 16 org. 2 tahun sekali baru dpt berkumpul ramai2. Tahun dpn beraya di rumah mentua masing2 ♥♡♥♥ Tahun ni takde menu special hari raya pertama.  Sebabnya raya pertama kami semua jalan2 ke rumah tok sedara, mak long, mak ngah, mak lang & mak su. Petangnya semua pengsan.  Budak2 pun xder dtg rumah. Huhu.  Tetamu tak ramai thn ni. Raya ke2...kami Generasi Tok Fakeh Nawi aka GTFN ada buat majlis santai raya. Menu utama BBQ ayam, sate, bihun goreng.  Kenyang perut.  p/s : Putih menjadi tema raya tahun ni. Baju sulam fr Bukit Tinggi menceriakan…