Monday, December 31, 2012

SUKA DUKA 2012

Beberapa jam lagi berakhirlah tahun 2012 yang penuh dengan cerita suka dan suka dalam kehidupan seseorang. Moga-moga 2012 lebih baik dari 2011 yang sudah pun berlalu. Dan diharapkan 2013 yang akan menjelma akan membawa lebih kebaikan berbanding 2012.... Amin. 

Dulu, aku suka mencatatkan segala peristiwa yang berlaku di dada diari. Every year tak pernah ketinggalan beli diari. Time hujung tahun tu, menenggeklah aku di kedai alat tulis mencari diari yang cun2. Tapi, dengan peralihan zaman yang mana teknologi semakin berkembang, aku dah tak menulis diari lagi. Beli tetap beli untuk catat perbelanjaan, pendapatan dan aktiviti yang akan dilakukan supaya tak lupa. Tapi kisah hidup dah tak tulis sebutir2 lagi. 

Untuk tahun 2013 ni aku dah beli Diari Islam yang isi kandungannya sangat menarik. Ada doa menghadapi hari baru, data peribadi, kalendar (wajib la) Masihi & Hijrah, ruangan nama/alamat.emel.phone, rukun Iman, rukun Islam, 7 tips memantapkan keyakinan diri, Tokoh Islam, Info solat, waktu solat bandar2 utama, hari2 kelepasan am negeri serta ruangan senarai semak muhasabah setiap bulan. 

2012 - aku masih aku walaupun ada sedikit perbezaan berbanding tahun sebelumnya. Aku masih bekerja di tempat yang sama. Masih menjadi guru prasekolah. Bezanya, muridku paling ramai tahun 2012 ni. 18 org! Sekolah lain mungkin 18 tu sikit tapi bagi sekolah aku pulak 18 tu dah kira ramai giler! 

Mac 2012 - Pertama kali menjejakkkan kaki ke Pulau Perhentian, Terengganu bersama suami dan family tercinta. Kami ke sana semasa cuti persekolahan selama seminggu. Kiranya tu hadiah aku sambut b'day dan anniversary la sebab Mac bulan kelahiranku dan anniversary aku yg pertama. 

Jun 2012 - Akhirnya aku memiliki rumah sendiri! Punyalah seronok hias rumah. Konon nak buat henglish style tapi bajet tak cukup. So hias ala kadar saja. 

Julai 2012 - Disahkan mengandung. Happy tak terkira setelah menanti setahun lebih. Tak sabar nak sambut cahaya mata pertama awal 2013 walaupun dalam hati dag dig dup... berdebarnya bila dgr pengalaman mereka yang bersalin anak pertama... 

Oktober 2012 - Dapat emel dari editor buku prima. Manuskrip aku Sebalik Senyuman diterima untuk diterbitkan :)

November 2012 - Percutian keluarga sekali lagi di Kuala Gula Santuary Resort. 
                - Skrin monitor aku rosak tetiba. Terhentilah kegiatan menulis aku. Dah dekat sebulan                        hantar kedai tapi belum elok lagi ni. Hampeh!

Disember 2012 - Novel ke2 bersama buku prima diterbitkan selepas Hanya Padamu 2008. Tajuk : Mak Datin Isteri Cikgu. Nilah novel paling tebal aku hasilkan dan dijual dgn harga RM19.90. Kira paling mahal di antara kesemua 9 novel yang telah aku hasilkan. Hehe...
                         - Tergelincir kat bilik air... mujur tak jadi apa2. Syukur. 
                         - Sebak bila dapat tahu my best friend dapat pindah. Huhu... 

Itulah sebahagian kisah suka dukaku di tahun 2012. Yang pastinya cabaran 2013 tentu lebih besar. 

Wednesday, December 19, 2012

Bestsellers - Fiction Best Sellers MPH (Local)

















Sehingga 16 Dec 2012, carta buku paling laris di MPH bagi kategori fiksyen, novel karyaku Mak Datin Isteri Cikgu telah berada di tangga ke 9. Alhamdulillah :)

Siap ada diskaun 15% lagi tu. Apa lagi kawan2, cepatlah serbu MPH dan dapatkan MDIC :)

Sunday, December 16, 2012

Shopping Barang Baby

 
Siapa tak suka shopping? Kalau dah namanya perempuan, memang suka shopping. Pantang ada duit, mesti nak keluar ke pusat beli-belah. Shopping barangan idaman. Jumaat lepas aku keluar shopping. Bukan barangan peribadi, tapi shopping barangan newborn baby. Baby yang sudah mencecah usia 7 bulan dalam kandungan. So, memang sesuai sangat menyediakan barangan keperluan. Sebab baby mungkin boleh lahir ketika usia kandungan 7 bulan. 

Sebelum terjah supermarket, aku surf internet dulu. Tengok barang apa yang perlu disediakan. lepas tu tanya member yang dah ada pengalaman. So, aku pun salin la barang2 yang nak kena beli tu dan bajet la seadanya. Tup2 time keluar tu terlupa la pulak bawak senarai barangan. Just ingat dalam kepala otak jer. 

Sampai kat tempat barangan baby tu, aku dan suami pun survey harga dulu. Akhirnya kami pilih jenama Pureen yang tak mahal sangat berbanding brand lain. Memandangkan kami belum pasti jantina (masa scan doktor pun tak beri kepastian sebab tak nampak...biasanya kalau tak nampak tu perempuan..tapi kuasa Allah siapa yang tahu kan) so kami pilih barangan yang warna sesuwei buat baby boy or girl iaitu putih dan biru. 

Antara barang2 yang dibeli :

- Baju lengan panjang (2 helai)
- Baju lengan pendek ( 1 helai)
-  Baju sambung seluar (1 helai)
- Blanket ( 2 helai)
- Tuala baby ( 2 helai)
- Sarung tgn dan kaki ( 4 pasang)
- Topi ( 2 helai)
- Tilam, bantal peluk, bantal kepala (Anakku)
- Kelambu
- Barut perut pelekat (2)
- Barut perut bertali (1)
- Mandian ( Bedak, losyen, bath gel)
- Napkin ( 1 dozen)
- Pelapik tilam getah (1)
- Napkin pakai buang newborn baby (1 bungkus - 48 kpg) BabyLove
- Botol susu (3)
- Berus botol (1)
- Tisu basah ( 4 pack)
- Tuala wanita bersalin (utk mamanya :)
- Beg Pureen khas utk simpan barang baby

 

Semuanya RM565.00
(habis duit advance novel)

Dan ada beberapa lagi barang yang belum dibeli dan akan dibeli nanti. Antaranya termos, susu (harap2 baby susu badan), buai, tempat duduk baby dlm kereta, baby carrier.

p/s : Lepas ni nak kena cuci dulu semua pakaian baby :)


Friday, December 14, 2012

Promo MDIC : BAB 2



BAB 2
            “Kenapa dengan kau ni? Macam tak sihat aje,” tegur Suhaila.
            “Muka aku macam orang tak sihat ke?”
Ayra meraba pipi dan dahinya. Cepat-cepat dia menghadap cermin bulat atas meja. Dia membelek-belek wajahnya. Nampak biasa saja!
            “Lain macam aje kau sejak petang semalam. Tapi aku takut nak tegur. Kau ada masalah ke?”
            Suhaila dapat membaca reaksi Ayra yang tampak kurang bercakap sejak petang semalam. Dia juga asyik mengelamun, seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.
            “Tak adalah. Aku okey apa.”
Ayra membetulkan selendang yang dipakai. Beg galas dan fail atas meja segera dicapai.
            “Jomlah. Dah pukul 7.30 ni.”
Ayra terus menuju ke muka pintu, enggan mengulas komen yang baru keluar dari mulut Suhaila. Walaupun mereka baru saja kenal, hanya beberapa bulan sahaja, namun Suhaila sudah pandai meneka apa yang bermain jauh di sudut hatinya. Suhaila seolah-olah tahu yang dia sedang menyembunyikan sesuatu.
            Suhaila cepat-cepat menyapu gincu di bibirnya yang mungil.
“Tunggu aku kat luar.”
            Ayra menarik daun pintu. Matanya terus melekat pada pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya. Pintu bilik penghuni di hadapan dan di kiri tertutup rapat.
            Ayra menyandar di dinding konkrit asrama. Fail kemas dalam pelukan. Matanya terpejam rapat. Sepotong ayat yang mengganggu hati dan perasaan terus berlegar di kepala. Siapakah yang menghantar komen tersebut? Ayra terus berteka-teki. Dia menggigit bibir. Langsung tak boleh meneka pengirim komen misteri itu.
            Bingung! Semalaman dia sukar tidur memikirkan komen tersebut!
Ayra tidak mampu menolak ke tepi atau membiarkan sahaja komen tersebut. Dia telah cuba untuk tidak mengingati komen tersebut namun gagal. Sebaik terbaca komen tersebut, dia cepat-cepat memadamkannya dan terus menutup komputer riba. Keresahan bermain di fikiran. Dia terus meninggalkan tepian tasik dan kembali ke asrama.
            Sampai sahaja di bilik, Ayra terus merebahkan diri atas katil. Rakan sebiliknya, Suhaila masih belum pulang. Suhaila dan rakan-rakan yang lain ke pasaraya Giant berhampiran The Lost World Of Tambun untuk membeli barang keperluan. Elaun baru masuk. Kursus interaksi pula baru bermula. Selama dua minggu semua guru LPBS (Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah) akan berkampung di institut perguruan ketika semua guru-guru dan murid-murid sedang menikmati cuti persekolahan.
            Terasa kepala otaknya seperti hendak pecah memikirkan komen yang melampau itu. Dia amat berharap pengirim komen tersebut tersilap menghantar komen ke blog Mawar.
            Ayra menghela nafas berat.
            “Eh Ayra, mengantuk lagi ke?” sapa Aisyah yang menghuni bilik bertentangan.
Aisyah tertunduk-tunduk di muka pintu. Dia sedang menyarung kasut. Calon-calon guru tidak boleh memakai kasut sembarangan. Mereka harus memakai kasut yang bertutup depan dan belakang.
            Mata Ayra terus terbuka.
            “Tak adalah. Saja berangan. Dira dah siap?”
            “Tengah bersolek lagi tu ha... Ila?”
            “Nak siap dah. Kejap lagi keluar la tu.”
            “Eh, Iqa dah bangun ke?” soal Aisyah.
            Ayra mengangkat bahu. Matanya tertancap ke pintu bilik Syafiqah yang tertutup rapat. Syafiqah tidak mempunyai teman sebilik. Dia lebih suka duduk seorang diri.
            Aisyah terus mengetuk pintu bilik Syafiqah.
            “Sekejap!” jerit Syafiqah dari dalam bilik.
            “Tengah bersiap la tu.”
            “Dia memang ambil masa ke bila bersiap?” soal Aisyah.
            “Kadang-kadang.”
Selama lebih kurang empat bulan tinggal serumah dengan Syafiqah, Ayra memahami serba sedikit teman serumahnya itu. Syafiqah lemah-lembut orangnya. Bila melakukan sesuatu, dia memerlukan masa yang panjang. Mandi berjam-jam, bersiap pun berjam-jam, nak menyiapkan tugasan lagi lama masa yang diambil.
Ayra dan Syafiqah menyewa rumah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar. Mereka mengajar di sekolah yang berlainan. Ayra mengajar di sebuah sekolah di Padang Rengas, manakala Syafiqah pula mengajar di Lubuk Merbau.
Di asrama, mereka tidak tinggal sebilik. Ayra lebih selesa tinggal dengan rakan sebilik yang telah ditentukan sejak mula-mula mendaftar pada bulan Mac yang lalu iaitu Suhaila. Syafiqah pula memang tidak berteman sejak mula lagi.
            “Kak Ayra, Kak Aisyah, maafkan Iqa, Iqa terlambat.”
Syafiqah tercegat di pintu. Kasut hitam berkilat tergantung di tangan kiri.
            “Ada lagi orang lambat daripada kau Iqa.”
Aisyah mengerling ke biliknya. Dia sebilik dengan Nadira.
            “Hoi, kutuk aku ke?”
Nadira tercegat di muka pintu bersama sepasang kasut Cinderella kesayangannya. Kasutnya yang bertatahkan batu permata itu mengalahkan kasut pengantin.
            “Bukan kutuk, tapi kami sedang puji. Cantik kau hari ni! Vouge! Dah tak macam nak ke kuliah dah.”
Mulut Aisyah boleh tahan lancangnya. Dia suka mengenakan Nadira.
            “Dah macam lecturer kita, Dr. Kamelia. Kelas gitu!” usik Suhaila.
            “Kalau tak bersolek, rugi pulak alat make up yang aku beli ribu riban tu.”
            Aisyah mencebik. Ayra senyum-senyum. Komen misteri lenyap sekejap dari kepalanya. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan sekelas yang satu kepala. Suhaila, Aisyah, Nadira dan Syafiqah adalah teman rapatnya.
            Ayra dan Aisyah berjalan menuruni anak tangga, diikuti Suhaila, Nadira dan Syafiqah. Bilik mereka di aras tiga, blok C. Sampai sahaja di tempat parkir, Nadira terus menekan alarm keretanya.
Toyota Rush dihadiahkan oleh ibunya kerana dia bersetuju untuk mengikuti kursus LPBS. Ibunya berharap sangat agar dia menjadi seorang pendidik. 
Nadira sebenarnya langsung tidak berminat hendak bergelar seorang pendidik. Dia lebih suka dengan pekerjaan glamour seperti menjadi model atau pramugari. Namun hasratnya dibantah keras oleh orang tuanya. Dia dipaksa menjadi guru sandaran tidak terlatih dan seterusnya diserap ke jawatan tetap dengan mengikuti kursus di institut perguruan ketika cuti sekolah.
            Nadira memandu keretanya menuju ke kawasan kafeteria. Dia memarkir keretanya di bawah sepohon pokok. Lima orang gadis melangkah menuju ke kafeteria untuk bersarapan.
            “Diam saja Kak Ayra. Kenapa?” soal Syafiqah yang muda setahun darinya.
            “Err... tak ada apa-apa.”
Ayra mengukir senyum hambar. Dia belum bersedia hendak menjawab soalan yang diajukan oleh Syafiqah secara tiba-tiba itu.
            “Tadi aku dah tegur,” balas Suhaila. “Sejak semalam Si Ayra ni diam saja. Macam ada masalah besar je.”
            “Aku tak apa-apalah.”
Ayra beratur. Dia mencapai piring untuk mengisi kuih.
            “Kalau ada masalah, ceritalah pada kami. Jangan segan. Walaupun kita semua baru kenal, tapi kita kan dah macam adik-beradik.” Ujar Aisyah.
            “Betul cakap Aisyah. Jangan pendam masalah. Lebih baik diluahkan. Mana tahu kami semua dapat membantu.” Sokong Suhaila.
            “Terima kasih semua. Aku hargai bantuan korang semua. Buat masa sekarang memang aku tiada masalah. Cuma, aku penat sikit. Hari Ahad sampai sini, Isnin dan mula kuliah. Barang-barang masih dalam beg. Tak sempat nak susun dalam almari lagi.”
            “Tapi sempat lagi pergi online tepi kolam,” usik Suhaila.
            “Kat sini internet free. Sebab tu aku tak boleh lepaskan peluang.”
            “Peluang untuk chatting dengan pakwe,” sampuk Aisyah.
            “Isy tak adalah... mana aku reti nak chatting.”
Ayra cepat-cepat isi dua biji karipap dan memesan teh tarik lalu terus ke meja makan yang masih kosong.
            Sebentar kemudian Suhaila dan Aisyah memenuhi tempat kosong.
            “Oh ye, hujung minggu ni kenduri kahwin kakak aku. Korang semua kena datang tau.”
Nadira yang baru tiba dengan nasi goreng menjemput rakan-rakan ke rumahnya.
            “Penang... jauh tu. Kau nak pergi ke?” Aisyah memandang tepat ke wajah Ayra.
            “Aku ikut je.”
            “Kalau nak pergi, kena bertolak awal sehari. Penang tu jauh.”
Suhaila memberi cadangan.
            “Ish, tak jauhlah. Tapi, kalau korang nak datang awal, aku lagi suka. Korang tidurlah kat rumah aku. Jangan risau, rumah aku tu banyak bilik kosong.”
            “Tapi bila kenduri, bilik kosong mesti penuh dengan saudara mara kau. Eh Iqa, kau orang Kedah, kan? Jauh tak rumah kau dengan rumah Dira.”
            “Dekat je. Kak Dira kat Butterworth, Iqa kat Kulim. Kalau korang nak duduk rumah Iqa pun apa salahnya. Hari Ahad tu Iqa suruh abang Iqa hantar kita ke rumah Dira.”
            “Okeylah Dira. Kalau tak ada apa-apa, kami datanglah nanti,” ujar Suhaila.
            ‘Tidur di rumah Iqa?’ Ayra menghela nafas berat. Dia tidak suka bermalam di rumah orang.
            

Friday, December 7, 2012

Bosan

Kebosanan melanda kerana 'benda' yang paling aku sayang tak ada. Ketiadaan benda tu menyebabkan projek aku musim cuti ni tergendala. Dah 3 minggu aku tak mengarang..huhu..masa terbuang mcm tu saja. Cepatla skrin samsung pulih dan kembali pada aku segera.

Thursday, December 6, 2012

Skrin Monitor Rosak :(

Dah seminggu tak menulis gara2 skrin monitorku yg berjenama Samsung rosak. Tak pasti punca kerosakan. Tengah online last week tiba2 skrin terpadam sendiri. Jadi gelap. Mulanya ingatkan blackout. Tapi tengok tv dan kipas terpasang elok jer. Cahaya kat CPU pun berkelip2, tandanya elektrik masih berjalan. So aku pn check la wayar...godek2 skrin...tapi monitor tak nak on jugak. Hari Satu lepas terus hantar ke kedai tempat aku beli skrin tu Jun yang lalu. Kiranya baru 3 bulan aku guna PC. Zaman sekarang org dah tak guna PC, org guna laptop. Tapi tu la gatal tangan pergi beli PC. Biasanya PC kan tahan lasak berbanding lappy yang jangka hayatnya dlm 3 thn jer. Rupa2nya PC zaman sekarang dah tak mcm PC zaman dulu, mudah rosak. Yang dulu susah sikit.

Kedai pulak buat urusan dengan kilang pengeluar skrin tu coz skrin aku tu masih dalam waranty. Baru 6 bulan pakai. Waranty setahun kalau tak silap. So tauke kedai tu cakap ambil masa jugak nak setel. Dalam 2 minggu. Huhu... 2 minggu la jawabnya aku kena menunggu untuk sambung manuskrip. Dah la idea tengah mencurah2 sekarang. Bersabarlah jawabnya :(

Saturday, December 1, 2012

Jualan Gudang Karangkraf

Salam...anda minat baca novel? buku? majalah? Jangan lupa sertai Jualan Gudang Karangkraf yang sedang dijalankan di Perkarangan Kompleks Karangkraf, Shah Alam. 


Tarikh: 30 November - 2 Disember 2012 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 7.00 malam
Tempat: Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam (bersebelahan UMW Toyota)


So, hari ni dah masuk hari kedua. Cepat2lah ke sana untuk mendapat harga diskaun. Novel terbaru saya pun ada diskaun. Novel Mak Datin Isteri Cikgu (Dannie Sofea) keluaran buku prima bagi bulan disember 2012 dijual dengan harga pakej bersama 2 lagi novel yang terbit pada bulan yang sama iaitu Dia Bukan Suamiku dan Sayap Pesona Ratu... harganya cuma RM50 untuk ketiga2 novel tersebut. Dengar khabar ada jugak novel yang dijual serendah RM3. Jadi, apa tunggu lagi, jom ke jualan gudang segera.

Ceh,pandai je suruh orang pergi. Aku sendiri tak pergi..huhu... Keadaan tak mengizinkan aku ke sana. Kalau tak, memang aku dah pergi. Nak tengok sangat novel aku tu. Hingga ke saat ini aku belum lagi tengok live novel aku tu  dipasaran..huhu... 


Murah kan...
Novelku berada di tempat ke2 terlaris....Top 10 terlaris Buku Prima dari 19/11/2012 hingga 25/11/2012!

Hanya memandang dari jauh... tu nampak tak novel saya tu - Mak Datin Isteri Cikgu. Harap2 laris la...amin



p/s : Semoga MDIC mendapat tempat di hati pembaca...Amin

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...