Wednesday, December 31, 2008

Elisa

“Jangan masuk campur urusan kami!” Basir memberi peringatan.

Kemarahannya membuak-buak dengan kehadiran budak mentah yang tak dikenali itu.

“Saya tak ada sebarang urusan dengan dia! Jangan percaya cakap dia.” Elisa harus meraih kepercayaan Rifqi agar Rifqi membantunya menyelamatkan diri dari Basir.

“Saya tak boleh masuk campur urusan awak dengan gadis ni? Hei, awak tahu tak siapa gadis ni? Dia teman wanita saya!”

Muka Basir terus merona merah kerana dia baru mengetahui lelaki yang kacau daun itu rupa-rupanya teman lelaki Elisa. Patutlah Elisa tidak memberi peluang padanya. Rupa-rupanya gadis itu sudah berpunya.

“Elisa... kenapa Elisa tak berterus terang pada abang yang Elisa dah berpunya?” soal Basir yang seperti hendak menangis.

Bunga yang dipuja sudah menjadi milik orang.

Elisa tida pandai berlakon. Dia membisu. Dia biarkan Rifqi memeluk bahunya untuk meyakinkan Basir yang mereka memang pasangan kekasih walaupun dia sebenarnya kurang senang dengan tindakan Rifqi itu.

“Sudahlah! Sekarang awak dah tahu gadis ni teman wanita saya. Saya bagi amaran, kalau awak ganggu lagi, tahulah nanti!” Rifqi menuding jari tepat ke muka Basir.

Mahu tak mahu Basir terpaksa beredar dari tempat tersebut walaupun berat hendak meninggalkan Elisa. Dia sudah menempah meja makan di sebuah restoran untuk makan tengah hari bersama Elisa. Tiket wayang juga sudah dibeli.

Rifqi terus menjatuhkan tangannya sebaik sahaja kereta lelaki bermisai itu hilang dari pandangan. Elisa menarik nafas lega. Rifqi telah menyelamatkannya tanpa diduga. Besar ertinya pertolongan Rifqi itu yang telah melepaskannya dari masuk ke dalam mulut harimau.

“Awak tak kisah ke hilang beribu ringgit dari lelaki tu atas tindakan saya ni?”

Pang!

Ringan sahaja tangan Elisa singgah di pipi Rifqi. Hinaan Rifqi tak dapat diterima sebegitu sahaja. Dia masih punya harga diri.

“Jangan cakap sesuka hati awak sebab awak langsung tak kenal siapa saya!” Elisa segera berlalu dari situ.

Rifqi menggosok pipi. Mukanya yang mulanya kelat bukan kerana menahan sakit tetapi kerana ditampar seorang gadis di tempat awam tiba-tiba berubah ceria. Bibirnya mengulum senyum. Ternyata sangkaannya salah. Gadis bendul itu tak seburuk yang disangka. Dia ditampar kerana telah berkata sesuatu yang tidak benar mengenai gadis itu.

“Elisa....” akhirnya dia tahu nama gadis itu.

p/s : sedutan dari manuskrip yang bakal diterbitkan

My Luvly Sister Wedding

Semoga kekal bahagia selamanya...

Monday, December 29, 2008

Selamat Tinggal 1429 & 2008

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru Hijrah... 3 hari lagi masuk tahun baru Masihi pulak..
Hmm... azam 1429 & 2008 dah tercapai ker? Kalau belum, boleh sambung lagi untuk tahun ni selagi hayat masih dikandung badan..
Bercakap soal azam ni, seperti biasalah, aku juga menyenaraikan beberapa azam yang aku target boleh capai... tapi ada juga yg tak tercapai. Redha ajer la.. tapi tahun 2009 ni kena berusaha lebih keras.
2008 mencatatkan pelbagai memori suka duka dalam hidupku. Kenangan manis dan kenangan pahit yang tak mungkin dapat dilupakan.

2 novel yg berjaya diterbitkan tahun ni ~



Saturday, December 27, 2008

Perjumpaan Penulis B.Prima

Semalam (26/12) aku menghadiri pertemuan penulis-penulis buku prima yang diadakan di ofis bp, Shah Alam. Memandangkan aku kini sebahagian warga b.prima, jadi aku luangkan masa untuk menemui penulis-penulis di bawah prima, selain dapat berkenalan dengan warga kerja b.prima. Sebenarnya, memang pada tarikh tersebut aku mempunyai urusan di KL.
Aku bertolak ke KL sehari sebelumnya iaitu pada 25/12 (Khamis) dan bermalam di Bangi, rumah saudaraku. Awal pagi 26/12 aku menaiki komuter menuju ke stesen BTS. Di sana aku bertemu dengan novelis yang sudah lama aku kenal cuma belum pernah bersua muka iaitu Ramlah Rashid (Kak Ila). Tak sangka orangnya kecil molek saja. Selesai urusan kami di Damansara, suami Kak Ila menghantar kami ke sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam. Merayaplah kami di sana selama 2 jam. Sekitar jam 2.30 kami menaiki teksi ke tempat pertemuan penulis2. Malang sekali driver teksi pun tak tahu, so berpusing2lah kami di situ sehingga berjaya mengesan kedudukan bangunan Dasar Cetak. Ketika kami tiba, hanya beberapa orang penulis sahaja yang sudah hadir. Menunggulah kami sehingga jam 3.30ptg. Kak Sharah menerangkan perancangan untuk tahun 2009. Alhamdulillah kerana syarikat penerbitan b.prima semakin bertapak kukuh dan dikenali. Kemudian sesi soal jawab diadakan. Penulis berkesempatan bertanya soalan dan memberi pandangan.
Berkesempatanlah aku berkenalan dengan beberapa orang penulis. Ada juga yang sekadar menghadiahkan senyuman. Selain Ramlah Rashid, aku berkesempatan berkenalan dengan Nurul Syahida (novelis Plain Jane & Soalnya Hati), Dyza Ainun (Lamaran Hati), Indah Hairani (Hanya Sebatas Ini), Izzah Joelati (Janji Kita & Menjaring Mimpi), Rosa Nur Imani (Kaulah Segalanya), Hjh Kamsiah (novel bersama prima akn muncul thn depan), Nasron Sira Rahim (Enigma) dan ramai lagi.
Aku juga berkesempatan membeli beberapa buah novel yang memang susah nak dapat kat tempat aku melainkan novel terkini sahaja. Lagipun dapat potongan jika beli terus dari b.prima. Editor b.prima sempat bertanya bila nak hantar manuskrip baru. Aku pun cakap la dalam proses.. padahal tahun depan baru nak start mengarang.. hehe.. Penulis2 lain pulak bila novel dia orang diterbitkan terus hantar manuskrip baru. Aku pun nak jadi macam tu juga, Insya Allah tahun depan. (ceh, tahun depan lagi!) Salah satu azam aku tahun 2009 ialah mahu mengarang bersungguh-sungguh, aku nak belajar mendisiplinkan diri. Hari-hari mesti tulis, macam kata Kak Ila.
Bila ditiup kata-kata pembakar semangat, barulah semangat aku akan berkobar dan menyala-nyala untuk menyudahkan cerita yang dikarang. Namun beberapa ketika kemudian, akan menurun dengan sendirinya disebabkan penyakit M. Tahun 2009 aku nak buang jauh2, penyakit tu. Memandangkan 2009 masih belum menjengah, aku nak relax2 minda dulu...ceh!

Sunday, December 7, 2008

Monday, December 1, 2008

Santiago Yang Ku Rindu : )

Wataknya dalam Telenovela Monte Cristo memikat hatiku... Namun hatinya sudah dimiliki wanita lain.. Laura. Harap mereka akan bersatu akhirnya.

Santiago - Diego Olivera

Laura - Silvia Navarro

HERO & HEROIN SOAP OPERA MONTE CRISTO

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...