Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2007

akan muncul....xxx..

Kosong! Mataku terus terbuka luas. Sah, kerusi rotan itu kosong. Dia sudah pergi. Dia tiada lagi di situ. Aku menarik jam loceng di atas rak tepi katil. Sudah pukul 7.05 pagi. Entah bila dia berlalu pergi, langsung aku tidak sedar. Aku terlalu mengantuk kerana semalam kami berbual sehingga dinihari. Berbual tentang kisah lalu. Kisah kali pertama kami bertentang mata…. Aku bingkas bangun lalu meninggalkan katil. Dia mungkin baru sampai di pintu pagar. Aku harus menghalangnya pergi. Aku tak ingin melalui kehidupan ini tanpanya di sisi biarpun sesaat….

Langsir berjalur biru laut dan putih itu kuselit ke tepi. Jendela kubuka sedikit luas. Cahaya matahari sepantas kilat terus memancar ke dalam bilik. Seolah pokok yang baru disirami air, begitulah keadaannya dengan bilik yang sentiasa suram itu. Udara yang selama ini berlegar-legar di dalam bilik berganti tempat dengan udara bersih dari luar. Yang lebih nyaman dan segar. Mataku bulat memerhati ke perkarangan banglo dan terus ke jalan keluar.…

Pesta Buku

5 Mei 2007... Ini kali kedua saya ke pesta buku...seperti kali pertama dulu, saya lebih suka tengok2 je buku dari membeli...almaklumlah, saya ni tak suka sangat membaca (di samping poket kosong, hehehe...). Kalau beli pun nak buat tanda kenangan yg saya telah menghadiri pesta buku 2007, tu je...kali ni pergi dgn seorg adik dan dua org ank buah.

Tak lupa, saya singgah di booth KarnaDya setelah beberapa kali meronda di kawasan situ...waktu ambil autograph Kak Aina tu, dia tak kenal pun saya krn hanya nama pena saya je yg dia kenal. Begitu jg dgn team KD yg lain. Hasrat hati memang tak nak perkenalkan diri. Selain segan, sy memang tak nak org kenal saya. So, dah siap Kak Aina sain, kita bergambar. Tup tup ternampak novel kedua saya (Kembara Cinta) atas meja depan Kak Aina. Saya pun buat2 tanya ttg penulis tu. Kak Aina bgtahu sy yg penulis tu dtg dari tempat yg sama dgn saya. Malas teruskan lakonan, saya pun perkenalkan diri. Kecohlah sekejap. Kak Aina pun tunjuk cover novel sy yg Insya Al…