Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Cara Saya Menulis

Sebenarnya ada mereka yang ingin tahu bagaimana saya menulis, bermula dengan berangan @ mungkin mendapat ilham secara tiba-tiba sehinggalah terhasilnya sebuah buku/novel. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan, menulis adalah hobi saya. Bererti jika ada masa lapang, barulah saya akan menulis. Selain menulis, saya juga mempunya hobi lain. Jadi, saya harus membahagi masa lapang untuk melakukan perkara-perkara yang saya suka, dan semua ini bergantung kepada mood. Bila mood menulis datang, saya akan menulis, bila mood melukis datang, saya akan melukis, membaca, berchating, bersiar2 dsb. Sebab tulah saya mengambil masa yg agak lama utk menyiapkan sesebuah manuskrip.Saya menulis berdasarkan ilham yang biasanya datang dinihari. Keesokan pagi saya akan segera menyalin ilham tersebut. Ilham datang, 3,4 bulan sekali. Banyak juga ilham yang sudah dikumpul, namun belum mula mengarang lagi atas sebab2 tertentu. Dari ilham ni, saya akan berangan untuk mengembangkan idea. Bila dah dapat satu cerita …

16 Hari 16 Bab

Sepatutnya saya dah siapkan 16 bab untuk sebuah manuskrip yang saya mula tulis hujung tahun lepas. 2009, saya berazam nak siapkan sehari 1 bab. Tolak hal2 kecemasan, dlm 3 bulan dah boleh siapkan sebuab manuskrip novel dewasa. Cadangnya begitulah..
Hakikatnya saya baru siapkan 2 bab saja utk tahun ni...huhu.. Tapi kira okey la tu buat yang malas menulis macam saya ni. Walaupun rangka dah ada, nak siapkan bukannya senang. Seksa! Jenuh paksa diri untuk menulis setiap kali mengadap komputer. Tapi, setiap kali online, ada2 saja yang nak diteroka. Cerita entah ke mana... Apa2pun, saya target selewat2nya bulan Mac nanti mesti siap sebuah manuskrip.

Dewi Sukma Tag Saya La Pulak!

1.Do you think you are hot?
I don't think so...

2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture?
Coz I baru je snap semalam..kat dalam kelas pra

4. When was the last time you ate pizza?
3 minggu lepas...

5. The last song you listened to?
Di Kayangan Kita - Dato' Siti Nurhaliza

Mataku bertentang
Hatiku bergoncang
Bibirku berbisik
Menyebut namamu
Di langit terbentang
Awan berirama
Tertulis...ini cinta kita

6. What are you doing right now besides this?
YM

7. What name would you prefer besides this?
1....
2...
3...
4...
5...

8. Who is no. 1?
Tengah berangan nak beli MyVi...dlm proses

9. No. 3 is having relationship with?
Her husband la..nikah pd 9 Mac 2008

10. Say something about no. 5.
Kerinduannya kepada Kroh memperkenalkan kami

11. How about no. 4?
My best friend masa kat matriks until now

12. Who is no. 2?
The Ghost

Klu utk soalan no. 7 tu boleh tgk kat no. 8-12

p/s : harap kak dewi berpuas hati

Ya ALLAH, Selamatkan Palestine

Joget Menanti Kasih

Dato' Siti Nurhaliza

Bukan tak tahu tajamnya duri
Si akar semalu bercabang-cabang
Bukan tak mahu mencari ganti
Parut luka lalu Terpandang-pandang

Pergi tak disuruh, datang tak diminta
Andai sudah jodoh, insyaallah

Jenuh sudah merata mencari sirih
Mencari sirih bertemu urat
Jenuhlah sudah menantikan kekasih
Kasih setia sepanjang hayat

Sekacipan pinang secubitan gambir
Sehelai sirih dicalit kapur
Sedapnya di pandangan manisnya di bibir
Apalah kasih andai tak jujur

Lagu : S Atan
Lirik : Habsah Hassan

p/s : Banyak luga lagu yang best
dalam album terbaru Dato' Siti... Lantera Timur.
Selain Joget Menanti Kasih, saya juga tertarik
dengan lagu Di Kayangan Kita, Di Taman Teman,
Jelmakanlah Ayumu dan banyak lagi.

Kenangan Bersama Penulis B.Prima

Bersama Penulis2 Buku Prima


Dr kiri : Nasron (Enigma), Indah Hairani (Hanya Sebatas Ini), Ramlah Rashid (Aku Cinta Kyra, Qaseh Qaisy, Sara Kirana, Tak Ku Duga), Hjh Kamsiah (novel sulungnya bersama BP akn terbit tak lama lagi) & me :)

Selamat Kembali Ke Sekolah

Glitterfy.com - Glitter Graphics

Dah sedia alat tulis dan buku latihan?
Kalau belum, lengkapkanlah segera kerana esok pengajaran & pembelajaran akan terus bermula. Tiada lagi proses kutip yuran (yang boleh mengganggu sesi PnP) di awal tahun. Kutipan hanya akan bermula bulan Jun. Peraturan baru ni tentu ada baik dan buruknya. Bila persekolahan bermula esok, barulah kita akan tahu.
Hati pertama ke sekolah setiap awal tahun memang menyeronokkan. Para pelajar akan bertemu dengan rakan-rakan sekelas dan mungkin juga akan bertemu dengan rakan-rakan baru dan guru baru. Nak tulis dalam buku latihan pun rasa seronok. Maklumlah buku masih baru...aromanya hmm.. sedap. Saya memang suka bau buku baru dibeli.
Buat adik2 semua, selamat kembali ke sekolah!
Belajar rajin-rajin!
Semoga 2009 menjadikan kita lebih baik dari 2008.