Wednesday, November 18, 2009

Penghujung Sesi Persekolahan 2009

Kursus KSPK di P. Pangkor

Dalam sibuk2 melengkapkan kerja kerana sesi persekolahan hampir berakhir, aku dipanggil pulak menghadiri kursus di Pulau Pangkor ~ Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula 10 hingga 13 Nov 2009. Kursus berlangsung di Teluk Dalam Resort. Tahun depan KSPK akan digunakan. Bahasa Malaysia 50% dan Bahasa Inggeris 50% akan digunakan dalan sesi pengajaran dan pembelajar. Komponen ditukarkan kepada Tunjang. Terdapat 6 tunjang iaitu:
T. Komunikasi
T. Kerohanian, Sikap & Nilai
T. Kemanusiaan
T. Ketrampilan Diri
T. Perkembangan Fizikal dan Estetika
T. Sains & Teknologi

Modul pula terbahagi kepada 2 iaitu:
Modul Teras Asas - (BM, BI, Aktiviti Luar, Pend. Islam, Matematik)
Modul Bertema

Semoga KSPK mampu melahirkan murid yang boleh menguasai 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

Hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Prasekolah

Esok jam 2.30 ptg akan berlangsung hari yang ditunggu oleh murid2 sekolah terutama yang bakal mendapat hadiah. Esok pada masa yang sama Konvokesyen Prasekolah kali ke3 akan berlangsung. Jubah dan topi semua dah ready. Sepatutnya sehari selepas hari anugerah, sekolah akan mengambil cuti peristiwa. Tetapi memandangkan hari Jumaat tak boleh ambil cuti, so hari Rabu (hari ni) diberi cuti siap2..hehe.. Sebenarnya dah mohon cuti awal kerana ingatkan hari selasa hari anugerah. Tapi tiada perasmi so hari anugerah dialih pada hari Khamis. Cuti pulak dah tak boleh ubah lagi.

Persembahan Joget Berhibur

Tahun ni murid-murid aku akan mempersembah tarian joget. Joget paling simple (ada ker?) hehe... Tak kisahlah. Yang ni jer yang mampu dorang buat. Bukan mudah nak bagi dorang ingat step. Sebulan juga aku ambil masa latih dorang. Alhamdulillah Guru Kanan HEM sudi sponsor kain warna kuning. Baju putih minta dorang beli. Biar seragam. Selendang hitam pra taja. Putih, kuning, hitam ~ warna bendera Perak. Sesuai la tu.




SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...