Posts

Showing posts from December, 2011

Selamat Tinggal 201, Welcome 2012

2011 sampai ke pengakhirannya. Pantasnya masa berlalu. Terasa seperti baru melangkah ke tahun baru 2011. Diam tak diam rupanya sudah sampai ke pengakhiran. Azamku ada yang tercapai ada yang belum, sambung ke 2012.

2012, banyak yang telah aku rancangkan. Semoga dipermudahkan ALLAH... Amin. Satu lagi impianku yang belum tercapai. Semoga 2012 ini memberi sinar dalam hidupku, dan semoga tercapailah impianku itu.

Mesyuarat Guru & Tugas 2012

Image
Hari ni mesyuarat guru berlangsung selama tiga jam lebih. Kehadiran penuh. Tentulah semua hadir sebab nak tahu tugas dan jawatan tahun depan.

Memang aku tunggu saat dapat buku panduan tugasan. Setiap tahun mesti dapat buku tebal ni. Kali ni cover warna biru. Cantik. Ada perubahan sikit. Kat depan ada gambar sekolah. Maju setapak. Hehe...

Bukan cover yang aku nak storykan...Pasal tugas. So, bagi tahun 2012, inilah senarai tugas yang aku kena laksanakan :

1. Setiausaha Kajian dan Tindakan
2. AJK Transisi Tahun 1
3. Setiausaha Prasekolah
4. Setiausaha Lawatan dan Rombongan
5. Setiausaha Penghayatan Bulan kemerdekaan
6. AJK Sambutan Maal Hijrah
7. Setiausaha Hari Anugerah
8. AJK Pengurusan Tahap 1
9. AJK Panitia Pend Jasmani dan Kesihatan
10. AJK Panitia Seni dan Muzik
11. Ketua Panitia Prasekolah
12. AJK Bimbingan kaunseling dan kebajikan Murid
13. AJK 3K Sekolah
14. AJK Pend. Pencegahan Dadah
15. Setiausaha Kokurikulum
16. Pen. S/U Pembangunan Sukan sekolah
17. Setiausaha Organisasi Kel…

Taklimat & Mesyuarat Permuafakatan Prasekolah 2012

Semalam, 28 Dec 2011 bersamaan hari Rabu, prasekolah seri permata telah berjaya menjalankan taklimat dan seterusnya mesyuarat permuafakatan pra kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. 75% kehadiran ibu bapa. Alhamdulillah. Kehadiran kaum ibu seperti biasa lebih ramai berbanding kehadiran bapa.

Tahun 2012, seramai 18 (9 lelaki, 9 perempuan) orang murid-murid sudah mendaftar. Kuota seramai 25 orang tak tercapai kerana kekurangan kanak-kanak berumur 5-6 tahun.di Kampung Ulu Ribu. 18 orang ni pun termasuk anak-anak cikgu, kerani, ppm dan orang taman liman. Alhamdulillah, walaupun 18 orang, sebenarnya dah pecah rekod. Sebelum ni murid paling ramai ialah pada tahun 2007 iaitu seramai 16 orang.

Mesyuarat berlangsung selama 1jam 30 min lebih kurang. Antara agendanya ialah pembubaran jawatankuasa permuafakatan prasekolah 2011 dan pelantikan j/kuasa yang baru bagi sesi 2012, pembentangan laporan kewangan 2011, cadangan bayaran tambahan untuk 2012, serta aktiviti yang akan dijalankan pada 2012…

Bercuti di Kuching - Hari Pertama

Image
Pada 25 November yang lalu, aku bersama sebahagian keluargaku telah menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Kuching, Sarawak. Kami rombongan seramai 13 orang tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching, Sarawak sekitar jam 12.00 tengah hari dari Terminal LCC, Kuala Lumpur. Tiba di airport, kami dijemput oleh pemandu van yang kami sewa. Seterusnya kami dibawa ke homestay yang telah dibooking 3 bulan sebelumnya. Kerana booking awal, kami dapat discount. Semalam hanya RM140. Homestay D'Inap terletak di Taman BDC, Stampin. Rumah teres dua tingkat. 3 bilik di atas serta satu bilik air. Di bawah ada ruang tamu, dapur dan tandas. Kelengkapan asas tersedia seperti iron, mesin basuh, tv + astro, peti ais. Kami rehat sekejap. Jam 2 petang, van sewa datang jemput. Kami dibawa ke Waterfront. Ni tempat wajib singgah kalau sampai di Kuching. Sebabnya, macam2 souvenir ada dijual di sini. Selain tu, boleh makan-makan, naik River Cruises dan macam2 lagi.
Setibanya kami di Waterfront, kami terus naik…

Kalendar 2012

Image

Ingin Jadi Penulis Novel?

Hantarlah manuskrip anda ke penerbit yg diingini :)
Buku Prima  

Adakah anda berbakat dalam bidang penulis? Kalau ada bakat, kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Jika anda mempunyai manuskrip yang telah siap tapi tidak tahu hendak dihantar ke mana, Buku Prima sedia menerima manuskrip anda. Terdapat beberapa genre bacaan seperti buku kanak-kanak, novel awal remaja, novel dewasa dan buku umum. Setiap buku mempunyai kriteria penghantaran manuskrip yang berlainan. Kriteria Manuskrip : Buku Kanak-kanak - Jumlah mukasurat hendaklah antara 4-5, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan moral dan tauladan seperti cerita manusia, tumbuhan ataupun haiwan. Kriteria Manuskrip : Novel Awal Remaja - Jumlah mukasurat hendaklah antara 150-200, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan mo…

Sebalik Senyuman (SS)

SS adalah manuskrip terbaru yang aku mula tulis hujung 2009 dan siap hujung 2011. 2 tahun aku ambil masa nak siapkan manuskrip yg tak adalah tebal sangat tu, hanya 47+ muka surat. Orang lain 6 bulan dan boleh siap atau mungkin cepat dari tu. Aku ni malas. Sekali kena push, baru tangan ni aktif menaip. Lepas tu malap balik. Bertemu dengan seorang penulis (Nora Fuad), akhirnya menyalakan semangatku untuk menyiapkan manuskrip. Akhirnya aku berjaya siapkan manuskrip SS dan menghantarnya ke sebuah penerbitan. Aku harap mereka terima. Huhu...

25 Dec 2011

Teringat kenangan setahun lalu. Hari yang indah dalam hidupku. Thanks dear :)