Friday, November 16, 2012

Percutian di Kuala Gula Sanctuary Resort

Kali ini my family berkumpul di Kuala Gula Santuary Resort yang terletak di Kuala Gula, Kerian. Perancangan dah dibuat dlm 6 bulan sebelumnya. Booking dilakukan 2 bulan sebelum. Percutian bermula pada 11 Nov hingga 13 Nov 2012. Just 3 hari 2 malam. Cukup la tu kan... Semua ahli keluarga berkumpul di sana. 6 buah resort telah disewa. Resortnya sangat cantik, separuh di darat dan separuh di air/kuala/muara sungai. Boleh park kereta depan resort. Resortnya bersambung. Resort 101 sambung dgn resort 102.

Sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Gula, sebahagian family datang berkumpul di rumah aku dulu. Hari Sabtu kami berkumpul. Petang tu sempat jalan-jalan ke Galeri Arkeologi Lenggong. Lain kali aku story pengalaman kat galeri Lenggong ni. Ahad pagi tu, kami pun bergerak walaupun check in kul 2.00pm. Pagi kami dah gerak sebab nak tau jalan. Lepas tu boleh round2 kawasan sekitar. 

Perjalanan dalam 1 jam setengah jer dari KK ke Kuala Gula. Tak susah nak cari tempat ni. Dalam jam 11.00am dah sampai sana. Bilik dah dikemaskan. So kami dapat kebenaran untuk check in. Alhamdulillah. RM130 jer semalam untuk standard room. Harga meningkat RM20 dari biasa coz musim cuti. Biasalah kan. Melepaklah kami kat resort sambil menghayati pemandangan indah sampailah ahli keluarga dari kampung tiba dengan 2 buah kereta. Kami kena tunggu lagi 1 family dari Semenyih. 

Tunggu punya tunggu dia belum sampai lagi. So kami ambil keputusan cari makan kat Parit Buntar. Nilah 1st time aku sampai daerah belah2 Kerian. Kami makan tengah hari kat sana. Makanan murah dan sedap tapi service kurang. Berejam tunggu. Huhu... kami makan kat pinggir sungai Kerian, sempadan Perak dan Penang. Lepas tu kami pergi beli joran sebab nak memancing kat resort. 

Petang kami kembali ke resort. My sis dari Semenyih dah tiba. Petang tu aku dengan hubby keluar makan kat Restoran Cenderawasih. Aku order kuetiau tomyam. Hmmm sedap!! Bandung special pun sedap. 

Malam tu gang lelaki memancing kat balkoni resort sampai jam 3.00 pagi... Gang perempuan tertido kepenatan...

Hari kedua di resort, kami pada mulanya cadang nak sewa bot lihat2 keindahan alam. Tapi cuaca tak mengizinkan. So kami ubah plan ke Taiping. Kami ke zoo. Mak ai ramainya manusia. Maklumlah cuti sekolah dah bermula. Harga tiket dewasa RM12 dan kanak2 RM8. Warga emas RM10. Sebelum masuk zoo, aku ketandas dulu. Hmmm busuk! Lepas tu beli cenderahati - fridge magnet. Baru masuk zoo. Kami naik keretapi satu keluarga. Nasib baik cukup satu keretapi. 

Lepas melawat zoo kami ke Taiping Central kejap. Sejukkan badan di sana dan solat. Lepas tu kembali ke Taman Tasik, kami ke tempat Kayuh Swan. RM12 untuk 1 bot swan tu. Aku tak naik. Anak2 buah dan adik2 pakat naik semua. Lepas selesai aktiviti di sana kami kembali ke resort. Malam tu kami keluar makan kat Restoran Terapung. Memang terapung sungguh. Bergoyang2. Hajat nak makan ketam lembut yang famous kat situ tapi kehabisan la pulak. 

Malam tu tido awal kepenatan. Suami dan gang lelaki memancing lagi. Malam tu kurang sikit hasil tangkapan berbanding sebelumnya. banyak dapat ikan gel;ama dan belukang. Ada jugak yang dapat pari. Keesokannya kami check out dalam jam 10.30am. Kami terus ke Bermes Pool (lupa ejaan). Kawasan mandi manda semulajadi area Taman Tasik Taiping. Budak2 puas hati dapat mandi air sungai. Lepas aktiviti mandi manda, kami lunch kat kedai ikan bakar. Lepas tu gerak balik KK, berkumpul kat rumah aku. Dalam jam 6.00 petang kami ke pekan terus ke restoran The Gate Cafe, makan kat sana. My sis belanja makan. Semua berpuas hati dengan service dan rasa makanan. 

Malam tu lepas makan, dua family balik sebab dah nak kerja esok hari. Yang lain bermalam kat rumah aku. Keesokan pagi semua balik. Tinggallah aku dan suami. Hmm...




Thursday, November 8, 2012

Promo MDIC : BAB 1



KOMPUTER riba dari dalam beg dikeluarkan. Komputer riba berjenama Acer itu segera dibuka. Sudah tiga bulan komputer riba itu menjadi milik Ayra. Sudah lama dia mengimpikan untuk memiliki sebuah komputer riba, sejak bergelar mahasiswi, namun hajatnya itu tidak kesampaian.
Semasa di UiTM Arau dulu, pinjaman yang dia dapat sekadar cukup untuk perbelanjaan pengajian enam semester. Selesai diploma, dia sambung ke ijazah sarjana muda pula selama dua tahun di tempat yang sama.
Dia tiada sumber kewangan lain, hanya mengharapkan pinjaman PTPTN dan pendapatan yang diperolehi dengan bekerja ketika cuti semester. Selesai pengajian, dapatlah dia mengumpul sedikit wang dengan bekerja di sebuah pasar raya.
Apabila ditawarkan untuk mengikuti kursus Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau LPBS, Ayra terus membeli komputer riba. Gembira hatinya saat komputer riba bertukar tangan daripada penjual kepada dirinya. Komputer riba itu ditatang bagai minyak yang penuh. Bukan mudah untuk memilikinya, sebab itu Ayra menjaga komputer ribanya dengan baik.
Ayra mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, dengan opsyen Bahasa Inggeris. Kekurangan guru Bahasa Inggeris menyebabkan mereka dipanggil untuk mengikuti kursus LPBS. Ayra bersyukur kerana tidak sampai tiga bulan menjadi guru sandaran tidak terlatih atau GSTT, akhirnya dia ditawarkan kursus LPBS untuk diserap ke jawatan tetap.
Mengikut perjanjian, Ayra perlu menghadiri kursus interaksi setiap kali cuti sekolah di IPG Kampus Ipoh. Pengisytiharan naik taraf IPG Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru telah dilakukan pada tahun 2006. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi perguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).
Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan pra perkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
Kampus Ipoh salah satu daripada 27 Institut Pendidikan Guru yang ada di Malaysia. Terletak di Hulu Kinta, Ipoh, IPG ini menawarkan pelbagai kursus berkaitan perguruan. Kampus Ipoh mempunyai lapan blok asrama perempuan dan hanya tiga blok asrama lelaki.
Duduk berhadapan kolam di belakang blok A sambil menghirup udara segar memberi ketenangan yang sungguh bermakna buat Ayra. Dia melayari internet dan mengemaskini blog yang baru dibina. Dia berasa bebas bersendirian di situ. Tiada sesiapa yang mengganggu. Ayra boleh melayari internet selama mana dia mahu tanpa sebarang gangguan.
Semalam, hampir tiga jam dia berada di situ sambil melayari internet.Gila dia dengan dunia tanpa sempadan itu. Sebelum ini, Ayra kurang berminat dengan dunia internet. Dia sekadar melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan. Namun sejak diperkenalkan oleh Nadira dengan blog, twitter, dan facebook, hatinya mula tertarik untuk memiliki akaun-akaun itu. Namun, masa tidak mengizinkan. Dia bukannya selalu melayari internet. Hanya hari-hari tertentu sahaja. Buat masa sekarang Ayra lebih berminat untuk memiliki blog.
Sebenarnya, banyak kebaikan blog jika pandai memanfaatkannya. Pengguna boleh memaparkan produk-produk yang dihasilkan. Jika rajin berusaha, mereka mampu menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Pelayar internet semakin bertambah bukan sahaja di Malaysia, tetapi seluruh dunia. Ada juga yang mempamerkan hasil karya seperti sajak, cerpen dan novel. Malah ada juga yang memaparkan sesuatu topik untuk dibincangkan. Tapi, jika disalahgunakan, diri sendiri yang akan menerima akibatnya nanti.
Jari-jemarinya pantas menggerakkan tetikus lalu menekan ‘klik’ pada Mozilla Firefox sebaik sahaja isyarat sambungan internet sudah terpampang. Nadira yang mengajarnya membina blog. Hendak buat sendiri, dia tidak pandai. Baginya, Nadira seorang yang pakar. Nadira juga memiliki blog yang sudah berusia lima tahun. Namun sejak setahun lalu, blog Nadira tidak dikemaskini lagi. Terbiar begitu sahaja.
Ayra menarik nafas dan memandang alam sekitar di depan mata. Air kolam dan bukit-bukau yang hijau menenangkan jiwa. Memandang keindahan alam yang masih belum tercemar itu membuatkan matanya yang pedih kembali segar. Ayra menghabiskan masa selama beberapa minit menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa sebelum menyambung kembali aktiviti.
Mawar – itulah nama blog kesayangan Ayra. Dia tidak tahu hendak letak nama yang sesuai ketika mendaftar blog. Memandangkan dia minat pada bunga, jadi dia terus meletakkan nama Mawar ketika Nadira memintanya memberikan nama blog.
Minggu pertama, Ayra hanya letak info tentang pelbagai spesies bunga. Info itu turut diperolehi daripada internet. Adalah dua tiga orang peminat bunga yang mengunjungi blog Mawar dan memberikan respons mereka mengenai bunga. Ia menjadi perangsang buat Ayra untuk terus mengemaskini blog dan meletakkan sebanyak mungkin info tentang bunga.
Setakat ini, sudah lapan info yang dimasukkan berkaitan bunga. Blog Mawar masih kosong, berbeza dengan rakan-rakan blog lain yang sering dikunjungi. Tiada hiasan yang diletakkan melainkan beberapa kuntum bunga yang menjadi wallpaper. Nadira sekali lagi membantu Ayra meletakkan wallpaper bunga-bungaan. Ada jam digital dan kalendar di sebelah tepi. Maklumat diri langsung tidak ada. Gambar bunga mawar menggantikan gambar pemilik blog.
Pada mulanya, Nadira berkeras hendak meletakkan gambar Ayra. Apa lagi, Ayra terus menentang habis-habisan. Dia bukannya malu hendak meletakkan gambar, tetapi dia ada alasan tersendiri mengapa enggan mendedahkan diri. Identitinya biarlah menjadi rahsia.
“Apalah kau ni... itu pun nak malu. Manalah tahu, ada lelaki yang tersalah masuk blog kau ni, terus terpikat bila terlihat gambar kau.”
“Aku bukan nak cari jodoh dengan blog aku ni.”
Ayra tetap berkeras dengan keputusannya. Nadira terpaksa akur dengan keputusan temannya itu.
Mata Ayra tertancap pada satu komen di bawah entri terbaru yang dimasukkannya dua hari lepas. Dia memasukkan entri itu ketika berada di perpustakaan. Ketika itu, dia ke sana untuk mencari buku-buku yang sesuai bagi menyiapkan tugasan. Mujur dengan bantuan rakan-rakan, iaitu Dean dan Suhaila, mereka berjaya mengumpul maklumat tugasan. Malah berjaya menyiapkan tugasan lebih awal.
Selesai menyiapkan tugasan, Ayra menggunakan kesempatan untuk meletakkan entri baru di blog menggunakan sumber buku dari perpustakaan.
Jari-jemarinya menggosok keypad sehingga anak panah berhenti pada perkataan ‘1 komen.’ Ayra terus klik di situ kerana teruja hendak membaca komen yang dihantar pengunjung blog Mawar.
Terkebil-kebil matanya membaca sepotong ayat yang tercatat di situ.

Penipu! Topeng Muka Kau Akan Terbongkar!

Terpinga-pinga Ayra dengan baris ayat itu. Berulang kali dia membacanya, masih tidak percaya komen begitu dihantar ke blog kesayangannya. Pucat muka Ayra. Dahinya berkerut-kerut. Jantungnya berdegup kencang.
‘Pengirimnya; anonymous! Tak diketahui! Siapa penipu? Topeng siapa pula yang akan dibuka?’
Komen itu dihantar di bawah catatan yang berkaitan dengan penanaman bunga melur. Langsung tiada kaitan!
Ayra cepat-cepat daftar masuk ke akaun Google untuk segera memadam komen itu. Habislah kalau pengunjung lain membaca komen daripada seseorang yang enggan memperkenalkan dirinya itu. Tentu mereka akan memikirkan sesuatu yang buruk tentang dirinya. Itulah yang dia bimbang.
Ayra berjaya memadam komen itu. Dia menarik nafas lega untuk seketika. Terus hilang minatnya untuk mengemaskini blog. Dia juga hilang minat untuk membaca blog-blog lain. Fikirannya terus melayang pada komen itu tadi.
‘Penipu! Topeng muka kau akan terbongkar!’
Keresahan terus melanda jiwa. Siapakah yang menghantar komen itu? Adakah penghantar komen itu saja suka-suka? Atau ada makna tersirat? Peluh menitik di dahi. Ketakutan menguasai dirinya. Ayra bingkas meninggalkan tempat itu bersama komputer ribanya.

                                                                       

P/S : Dapatkan novel MDIC keluaran Buku Prima di toko buku berhampiran dengan harga RM19.90 sebuah.

Tuesday, November 6, 2012

Kisah Terlebih Berat

Semalam, ke klinik desa untuk check macam biasa. Darah tinggi okey, Alhamdulillah. Berat... aduh terlebih pulak. Patutnya naik setengah kilo jer. Tapi berat aku naik sampai 2.5kg. Berganda2 tu. So misi pesan jaga makan. Camner nak jaga perut asyik lapar? huhu... Kalau tak makan, kesian pulak baby dalam perut ni. Dah la semakin aktif sekarang. Asyik bergerak2 jer. Hmm... apap2pun cakap misi betul. Aku kena jaga makan. Bukan anak yg nak makan, tapi ibu yang terlebih melantak. Haiya! Nasi lemak sarapan pagi dah memang wajib plus kuih-muih tiga ketul. Tengah hari makan lagi, tak nasi makan roti gardenia dengan ais krim. Petang makan lagi. Makan... makan... makan... sampai berat naik mendadak. Dah mencecah 71 kg sekarang. Perut makin besar. Tangan kaki dah bengkak2. Dugaan....

Semalam jugak aku kena cucuk kat lengan. Cucuk nak masuk vaksin elak kancing gigi bila bersalin nanti. Seriau dengar. Misi cakap cucuk ni menyebabkan tangan sakit dalam 2-3 hari. Memang betul pun. Sampai sekarang kau masih rasa sakit dan lenguh2. Sebelum bersalin, sekali lagi kena cucuk :( Sekarang pun dah rasa lemau. Huhu... Tak per demi baby tersayang. 

Monday, November 5, 2012

ZZ Online Shop

Siapa minat membeli-belah secara online??? Angkat tangan. Ni nak promote kedai onlineku . Kat situ ada jual pelbagai produk. Akan dimasukkan satu persatu. Buat permulaan bagi para peminat blouse eksklusif dan jubah bolehlah singgah ye. Jamu mata dulu. Ada duit, boleh beli. Mudah saja caranya. 

Jubah Kaftan Chiffon

Blouse corak bunga

Abaya

Blose jalur
Cantik, kan? So apa lagi, cepatlah singgah di kedai onlineku segera sebelum kehabisan stok. 

Thursday, November 1, 2012

Berakhirnya Majlis Anugerah Cemerlang

Setiap tahun, Majlis Anugerah Cemerlang pasti akan diadakan oleh setiap sekolah. Zaman aku sekolah dulu, bukan nama ni yang dipanggil tapi Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah. Hari ni memang hari istimewa dan ditunggu2 tambah2 lagi bila nama tersenarai sebagai penerima hadiah. Seronok sangat menantikan MAC. Zaman kanak-kanak sudah berlalu. Sekarang, aku bukan lagi murid tapi seorang guru yang bertugas untuk melancarkan perjalanan MAC. Kerja memang banyak. Tahun lepas aku sebagai setiausaha. Tahun ni Alhamdulillah aku dah lepaskan jawatan tu. Kali ni aku pegang jawatan sebagai Bendahari & AJK Pendaftaran serta AJK Persembahan. 

MAC kali ni sedikit berbeza dr tahun2 lepas. Biasanya sebelum ni sekolah aku akan mengadakan MAC pada sebelah petang. Kali ni tukar pulak buat sebelah pagi. Konon nak mula pukul 9 pagi tapi biasalah janji melayu lewat setengah jam baru MAC bermula. Sekolah aku ni kecik, murid tak sampai 100. Pendaftaran pun dalam 70 orang termasuk guru dan staf. Pendaftaran diadakan bagi memilih sesiapa yang terkena nombor bertuah. 10 orang terpilih untuk dapat hadiah nombor bertuah. Tahun ni aku tak bertuah nampaknya. Hehe...

Ada sekit lagi perbezaan iaitu persembahan pra. Tahun ni aku tak buat persembahan pra mcm tahun2 lepas. Sebabnya kesuntukan waktu dan ketidaklaratan. Haha..ada ke bahasa ni? Aku tengah berbadan 2 so rasa malas jer nak latih budak pra buat persembahan. Dan masa MAC berlangsung tadi, aku pulak rasa menyesal sebab tak buat persembahan pra. Memang rasa ada kekurangan. Huhu... next year aku jamin akan buat persembahan pra terhebat. Hehe... 

Cikgu2 seperti biasa akan pakai baju yang corak sama. Kali ni batik kaler hijau. Pun aku tak join sebabnya kain tu tak sesuai nak buat baju ibu hamil atau jubah. Sudahnya aku sorang jer pakai baju biasa - jubah purple yang dibeli 4 tahun lalu dan dipakai berulang kali sejak berbadan 2 ni. 

Kali ni jugak aku teramat malas untuk merakam gambar kenangan. Sudahnya tak adalah kenangan tahun ni :(










Teluk Senangin vs Teluk Batik

Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...