Saturday, February 25, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

Bukan hari ni sebenarnya..tapi hari semalam. Bersejarah sebabnya kelas prasekolah tempat aku mencurah ilmu dirasmikan oleh wakil rakyat. Sebenarnya, dah lama prasekolah tu beroperasi, sejak 2007 lagi. Masa tu dah rancang nak rasmi tapi tak jadi-jadi. Ikutkan hati aku malas nak rasmi2 ni. Tapi GB nak jugak, jadi kenalah  akur. Dirancanglah dari tahun ke tahun tapi asyik tak jadi jer. Akhirnya semalam terlaksanalah perasmian, itu pun dengan menumpang mesyuarat agung PIBG. Alang2 YB datang merasmikan mesyuarat agung, jadi pra pun tumpanglah buat majlis perasmian ringkas. Selain kelas pra, kelas pemulihan juga turut dirasmikan.

Jadi sepanjang minggu lepas aku teramatlah sibuk hendak menguruskan perasmian di samping menjadi pengerusi majlis. Kena siapkan movie maker (persembahan multimedia) tentang prasekolah. Kena siapkan skrip. Kena hias kelas. Kelas dah memang terhias sebenarnya, just tambah ruang2 kosong. Biar penuh dan sedap mata memandang. Yg penting tidak serabut. 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi masjlis (aku la tu) setelah mengumumkan ketibaan YB Dato'. Ada kesempatan aku snap la beberapa keping gambar dr tempat duduk pengerusi majlis, so gambar tak lawa sangat.

Lepas ucapan semua, hadirin ditayangkan dengan movie pra dan pemulihan yg aku create. Lepas tu perarakan masuk plaque perasmian ke dewan untuk ditandatangani oleh YB Dato'. Dah selesai, upacara memotong riben kat pintu pra pulak. Jadi berlarilah aku ke pra. Huhu... Masa tu budak2 pra dah beratur kat depan pra (tak ramai yg datang sbb majlis buat petang). Sebaik saja riben seleai dipotong, YB pun tolak pintu. Masa tu terdengarlah kata-kata dari mulutnya - CANTIK! - Mak bapak yang turut serta pun dok puji la pra cantik. Kembang la hidung i. YB tengok2 kelas sambil berbual2 dgn budak pra. YB bagi taraf Cemerlang kat kelas pra aku. Aduh, gembiranya rasa hati. YB ni pernah 5 tahun mengajar prasekolah. Lepas YB sain buku pelawat pra, YB pun beredar ke kelas pemulihan seri hikmah. 

 Bersama PPM Pn. Wati dan anaknya Aliya, pembawa gunting potong riben yg juga anak muridku.

 YD Dato' Hajjah Siti Salmah Binti Mat Jusak (Ahli Dewan Undangan Negeri Perak DUN Chenderoh) bersama En Abdullah Zaini (Guru Besar SK Ulu Ribu) dan En. Mohd. Suffian (YDP PIBG merangkap Ketua Kampung)

 Perarakan masuk plaque perasmian ke dewan

 Sesia fotografi selepas upacara menandatangani plaque

 Upacara memotong riben, YB bersama Pengerusi Permuafakatan Pra, En. Khairul Jamel

 YB Dato' sedang menandatangani buku pelawat. TQ YB :)

 cabutan bertuah, pemilik no 10 (it's me)


p/s : menarik nafas lega setelah selesai majlis perasmian.. lepas ni ada pulak majlis lain yg menanti..






Saturday, February 18, 2012

Cerpen - Bosannya Hidup

“Arghhh... bosannya!” jerit Fida sekuat hati sehingga mengejutkan lamunan sahabatnya, Jaja.
“Duduk tak buat apa, memanglah bosan. Cuba belek-belek majalah depan mata tu, ada juga faedahnya.” Balas Jaja yang sedang mencari ilham di tepian jendela.
“Dah… aku dah baca dah. Semua rencana yang tertulis aku dah khatam. Bosanlah! Kau tak rasa bosan ke duduk diam tak buat apa-apa?” soal Fida.
“Kau memanglah nampak aku duduk diam tak buat apa. Tapi otak aku ligat berfikir, tahu tak? Sampai nak pecah cari idea sesuai.”
“Ee… bosanlah. Macam manalah kau boleh jatuh hati dengan bidang penulisan? Hentikanlah minat kau tu kalau setakat menulis untuk diri sendiri.”
“Kau jangan hina aku, okey?” Jaja bercekak pinggang.
“Aku tak hina. Aku nak cabar kau. Cubalah kau hantar karya kau tu ke majalah.” Fida memberi cadangan.
“Aku belum ada keberanian…. Tunggulah, satu saat nanti aku pasti akan hantar. Kau tengoklah.”
“Huh!” Fida mencebik. “Arghhh… bosan!” dia menjerit lagi. “Hidup aku mendatar sekarang. Bangun pagi, bersiap-siap, sarapan, naik motor pergi kerja. Pukul 12.30 rehat. Makan. Kemudian masuk balik pejabat sampai pukul 4.00. Habis kerja, balik. Duduk rumah sampai malam. Tidur, Bangun dan perkara yang sama berulang lagi. Nak pergi bersiar-siar hujung minggu tak boleh. Tak ada kenderaan. Yang ada hanya motor. Tak boleh pergi jauh. Lesen tak ada. Bosanlah!”
Jaja tersengih. “Putaran hidup aku pun sama macam kau. Yang berbeza, otak aku ligat berfikir. Jadi taklah bosan sangat. Kau carilah hobi.”
“Hobi? Hobi apa nak buat? Hobi aku berjalan-jalan. Tapi tak ada kenderaan.”
“Naiklah bas.”
“Lecehlah! Melambatkan masa aku saja. Kalaulah aku ada boyfriend….”
“Itulah, kau jual mahal dengan Leman. Kalau kau terima dia, sekurang-kurangnya hujung minggu tak adalah terdengar jeritan bosan lagi!”
“Guard tu? Sorry!”
“Jangan hina. Dia ada juga kereta. Boleh bawa kau jalan-jalan hujung mingu.”
“Malu aku nak naik kereta dia tu.” Juih Fida.
Jaja hanya mampu menggeleng kepala. Citarasa Fida tinggi tak padan dengan kedudukannya sebagai kerani stor. Yang diidamkan Fida adalah penyelia kilang, bos dan artis. Jaja bangun meninggalkan ruang tamu, malas hendak melayan Fida yang seperti orang sakit jiwa itu. Hari-hari menjerit perkataan bosan. Sampai naik bosan Jaja mendengarnya.
“Jaja, kau nak ke mana?” soal Fida yang bertambah bosan jika tiada teman berbual.
“Tandas. Nak ikut?” Jaja tersengih-sengih.
“Huh!” Fida menjeling tajam. Dia mencapai remote tv di atas meja. Chanel Media Prima ditekan satu demi satu. Namun tiada rancangan menarik yang sedang ke udara.
“Bosan!!!” jeritnya sekuat hati bagi melepaskan perasaan yang terbuku di hati.

Fida meninggalkan pejabat. Tugasnya sebagai kerani stor sudah selesai. Dia menjenguk ke ruangan operator. Jaja sedang tekun bekerja.
“Tak balik lagi?” sapa Fida.
“Aku buat OT hari ni.” Balas Jaja. Terpaksalah Fida pulang ke rumah bersendirian. Ketika sedang mengeluarkan motor dari garaj dia tiba-tiba ditegur seseorang.
“Nak pulang dah ke?” Mulut Fida kumat kamit. Dah tahu tanya lagi. Bosan! Mahu sahaja dia terbang dari tempat tersebut.
“Abang Leman pun dah nak pulang. Fida dahaga tak? Abang Leman nak ajak minum.”
“Terima kasih ajelah!” Fida tidak pernah memberi muka pada Leman. Namun Leman tidak pernah berhenti mengusiknya. Satu kilang sudah tahu. Fida cepat-cepat menghidupkan enjin motor. Dia segera memecut laju membelah jalan raya. Kilang roti ditinggalkan segera. Fida menggetap bibir. Melalui cermin sisi, dia dapat melihat sebuah kereta sedang mengikutinya. Leman! Lelaki tu masih tak faham-faham! Rungut Fida. Dia membelok ke kanan, memasuki kawasan kampung. Leman juga membelok keretanya ke sebelah kanan. Tak guna! Fida membebel. Setahunya Leman menyewa di sebuah taman perumahan, bukan rumah kampung sepertinya. Dia dan Jaja menyewa rumah kampung kerana sewanya yang rendah berbanding ruman di taman.
Tiba-tiba…
“Mak!!!!!!!!!” Fida menjerit kuat. Dia telah melanggar sesuatu! Kakinya segera menekan brek. Kepala ditoleh ke belakang. Seekor itik sedang menggelupur. Fida bingung. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Melarikan diri? Membantu itik yang sedang nazak? Fida masih kebingungan di atas motor. Leman sudah tidak mengekorinya. Mungkin dia memang patut melarikan diri.
“Ha, kakak langgar itik Tok Yah.” Satu suara kedengaran dari dalam semak berdekatan. Seorang budak lelaki terjengul sambil mendukung anak ayam. Fida kaget. Ada saksi yang melihat perlanggaran tersebut. Ah, budak mentah! Fida yang ketakutan segera memecut laju motor. Dia kenal dengan Tok Yah. Nenek tua itu memang garang orangnya. Mulutnya becok. Bercakap tak pernah berlapik.
Sampai sahaja di rumah, Fida terus masuk ke dalam bilik. Peristiwa yang berlaku terus mengganggu fikirannya. Budak lelaki itu pasti akan mengkhabarkan kepada Tok Yah apa yang dilihatnya. Fida berharap itik Tok Yah selamat. Jika mati, habislah Fida. Fida ingat lagi waktu Tok Yah kehilangan anak ayamnya yang baru menetas kerana dilanggar kereta. Dia terus menyumpah seranah pemandu tersebut.
“Boleh aku masuk?” terdengar suara Jaja di luar.
“Ma… masuklah.” Balas Fida yang berteleku di atas katil. Dia tidak sedar dua jam sudah pun berlalu.
Jaja menolak daun pintu. “Aku dengar kau langgar itik Tok Yah sampai mati. Betul ke?” soal Jaja yang inginkan kepastian.
“Kau pun tahu?” kecut perut Fida.
“Satu kampung dah tahu Fida…. Apasal kau biar je itik tu sebaik kau langgar dia?”
“Aku… aku takut tuannya marah.”
“Memang tuannya marah pun. Ha, selama ni kau asyik merungut bosan. Mulai saat ini, aku yakin kau tak akan merasa bosan lagi. Hidup kau juga takkan mendatar lagi. Tok Yah sedang tunggu kau di luar tu!”
“Hah?!” Jaja tersenyum sinis.
“Pergilah keluar, minta maaf kat Tok Yah.”
Perlahan-lahan Fida bangun meninggalkan katil. Sebentar lagi dia pasti akan dimaki hamun Tok Yah. Betul kata Jaja, hidupnya tidak akan menjadi bosan lagi. Bukankah ini yang aku mahu? Fida menyesal. Sepatutnya dia merasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Ilahi kepadanya selama ini. Putaran hidup yang baik. Dia harus bersyukur dan bukannya merungut bosan dengan apa yang dilaluinya.
Hidupnya tidak mendatar lagi!

p/s : tahun 2007 punya story..adaptasi 50% kisah benar..hehehehe...



 

Friday, February 17, 2012

Preview - Hanya Padamu

Jemput baca novel Hanya Padamu di http://booklens.com/dannie-sofea/hanya-padamu

Lain2 novel keluaran Buku Prima pun boleh dibaca jugak kat sini.

Sunday, February 12, 2012

Yakjuj & Makjuj - 5 Gelombang Pembawa Bencana


Ini adalah buku ke 4 karangan Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander, penulis dari tanah seberang. Sebelum ni aku pernah baca buku beliau bertajuk Yakjuj & Makjuj Bencana Sebalik Gunung, Alexander ialah Zulqarnain dan Aramagedon 2012-Bencana Akhir Zaman. Aku minat baca buku beliau sebab kajian yang dibuat memang detail. Bila baca buku-buku beliau, rasa macam dekat jer dengan peristiwa-peristiwa dunia yang telah berlaku Sebelum Masihi. Sebelum ni rasa kelam jer dengan sejarah masa lampau. Rupa-rupanya banyak catatan-catatan masa lampau yang masih kekal hingga ke hari ini.

Buku ni dimulakan dengan Kajian Tafsir - mencari kata kunci Yakjuj dan Makjuj. Penulisan beliau bersumberkan Al Quran dan Tafsir, Hadith, Jurnal, Internet, Kamus, Ensiklopedia, Video/Filem Dokumentari.  Bagi menjejak siapakah Yakjuj & Makjuj, penulis menyusuri zaman lampau bermula zaman Nabi Nuh selepas banjir. Yakjuj & Makjuj ni dikenalpasti dari keturunan Yafith Bin Nun. Mereka tinggal di padang rumput Eurasia. Mereka orang yang mula2 menjinakkan kuda dan seterusnya menjadikan kuda sebagai kenderaan dalam peperangan. 

Dikatakan yang Yakjuj & Makjuj ni dah keluar lima kali (5 gelombang). Pertama, mereka keluar menyerang Mesopotamia dan India. Nabi Ibrahim yang tinggal di Mesopotamia ketika tu berhijrah ke Mekah kerana kaum Mesopotamia tidak menerima ajarannya yang disampaikannya - monotisme - menyembah Allah Yang Esa. Jadi Nabi Ibrahim selamat. Kedua, mereka keluar menyerang Timur Tengah. Ketiga ke atas China. Keempat ke Eropah dan kelima ke atas China, Timur Tengah, Eropah dan Nusantara abad 12-13M. 

Terdapat 5 kriteria kaum Yakjuj & Makjuj. Di manakah mereka sekarang? Setelah dikaji, tidak terdapat kaum yang memenuhi 5 kriteria tersebut pada zaman sekarang. Dikatakan mereka akan muncul semula setelah dunia kehilangan teknologi akibat hentaman meteor besar. Hentaman ini menyebabkan munculnya mi selama berbulan-bulan. Tamadun dunia kembali ke zaman unta dan kuda. Penduduk utara kembali ke kehidupan nomad barbar dan mereka akan keluar menyerang. Inilah episod akhir keluarnya Yakjuj & Makjuj.

p/s : Dapatkan buku keluaran PTS dengan harga RM35. 749m/s.


 





Saturday, February 11, 2012

Filem - Hafalan Shalat Delisa

Salam buat rakan2 yg sudi singgah. N3 kali ni nak cerita pasal sebuah filem bertajuk Hafalan Shalat Delisa yang sedang ditayangkan di Astro First. Aku berkesempatan menonton filem ni minggu lepas masa balik kampung. Thanks my sis yg melanggan filem ni. Hafalan Shalat Delisa berdasarkan novel bestseller karangan Tere Liye. Novel ni dah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh penerbit buku PTS. Orang kata baca novel lebih touching dr filem. Nantilah nak cari gak novel ni kat kedai buku.

 Kisah bermula di Lok Nga, Acheh. Kisah mengenai seorang kanak2 yang aku tak pasti berapa umurnya, mungkin 6 atau 7 tahun bernama Delisa yang tinggal bersama ibunya dan 3 orang kakak bernama Fatimah, Zahra dan Aisyah. Ayahnya seorang kelasi kapal. Delisa ni seorang kanak2 periang, suka bermain bola bersama budak lelaki. Hari-hari dia akan belajar agama bersama rakannya. Guru agama mereka bernama Ustaz Rahman. Kanak2 seumur Delisa diwajibkan untuk hafal ayat dalam solat. Mereka akan diuji - Amali Solat. Mereka kena baca ayat-ayat semasa solat dengan suara yang boleh didengar oleh pak ustaz. Seorang demi seorang murid akan diuji bacaan solat (bagus kan). 

 Delisa hari-hari hafal ayat2 dalam solat. Ibunya dah berjanji kalau Delisa lulus test amali solat, Delisa akan diberi kalung/rantai emas. Macam kakak2nya jugak yang dah lulus test amali solat. Di sini berlaku perasaan iri hati Aisyah terhadap Delisa. Biasalah adik beradik mesti ada perasaan iri hati. Ibunya memainkan peranan untuk mendidik anak2nya supaya tidak merasa iri hati antara adik beradik. 

Delisa cukup gemarkan ganjaran. Apabila dia melakukan sesuatu, dia akan menuntut hadiah. Ada babak di mana Delisa meluahkan perasaan sayangnya terhadap ibunya kerana Allah ~ Delisa cintakan ibu kerana Alah ~. Ibunya terus menangis kerana terharu. Kemudian Delisa tuntut hadiah dari Ustaz Rahman. Dia telah ikut kata2 Ustaz Rahman. 
26 Dec 2004, hari test amali solat. Delisa ditemani ibunya ke sekolah. Ibu bapa kena tunggu di luar. Ada tingkap cermin untuk mereka melihat anak2 mereka sedang test amali solat. Sebelum solat, Ustaz Rahman dah pesan, kalau solat mesti khusyuk. Jangan pedulikan gangguan. Masa Delisa tengah solat, tsunami melanda.

Dalam kejadian tersebut, Delisa 3 orang kakaknya. Delisa sendiri kudung sebelah kaki. Dia dipertemukan dengan ayahnya yang bergegas balik ke Acheh bila dengar berita tentang tsunami. Walaupun kehilangan sebelah kaki, Delisa tetap meneruskan hidup bersama mangsa2 tsunami lain yg masih bernafas. Sambil tu, Delisa dan abinya berusaha mencari ibunya.

Test Amali Solat tetap diadakan walaupun dalam serba kekurangan. Delisa lulus. Ketika solat, dia dipertemukan dengan ibunya. Nak tau ibu Delisa hidup atau tak, belilah novel atau tonton filem ni ye. 

p/s : filem ni memang touching.. jalan cerita menarik sbb novel pun menarik.. hajat di hati nak karang novel mcm ni, yg memberi kesan, tapi mampukah aku?
      


Delisa bersama ummi dan kakak2nya


Delisa ditemani Ummi ke test amali solat