Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Belanjawan 2013 & Kisah Wakil KPM

Hari ni PM kita Dato' Seri Najib membentangkan belanjawan 2013 dari jam 3.00 hingga 6.30 petang. Dulu2 sebelum menjadi kakitangan awam, langsung aku tak berminat dengan bajet yang dibentangkan PM setahun sekali. Cuma tengok my sis jer khusyuk dengar terutama time nak umum bonus coz masa tu mereka dah jadi kakitangan awam. Ingat lagi masa aku kecik2 dulu, walaupun belanjawan dibentangkan 1 tahun sekali, tapi aku rasa kerap pulak 1 hari tu datang. Masa tu aku dok nanti nak tengok citer hindi alih2 dibatalkan sbb bg laluan pembentangan belanjawan. 
Bila dah menyertai penjawat awam sejak beberapa tahun yang lalu, aku pun pasang telinga time PM nak umum pasal bonus. Sepanjang aku jadi penjawat awam ini, inilah kali pertama aku merasa bonus sebulan setengah gaji. Sebelum ni paling banyak pun setengah bulan gaji dan bantuan khas RM500. Tu je. Alhamdulillah tahun ni bonus lebih sikit. Rezeki anak. Bolehlah buat persiapan sikit2 bagi menyambut kehadiran orang baru :) Banyak nak pakai. Nak…

Nostalgia : Apartment Makmur

Tiba-tiba teringat pulak kenangan di Apartment Makmur. Aku pernah menetap di sini sekitar penghujung 1995 sehingga awal 1997. Apartment ni terletak area Bandar Sunway kalau tak salah. Dekat je dengan Sunway Pyramid... Sunway Lagoon... Tapi ketika tu, shopping complex Sunway pyramid tu masih dalam pembinaan. Sunway Lagoon dah wujud dah tapi takder la sehebat sekarang. Masa stay kat sana sempat la sekali aku ke Sunway Lagoon. Harga tengah promosi masa tu. Guna kupon majalah Malaysian Student yang aku rasa dah tak wujud lagi sekarang ni.
Macam mana aku boleh menetap di Apartment Makmur? Masa tu semua student matrikulasi UPM belajar di kampus UPM sendiri dan di Kolej Unitek. Aku diletakkan di bawah Kolej Unitek yang sebelum tu dikenali dengan nama Emile Woolf College (betul ke ejaan woolf tu? aku dah tak ingat la). Beberapa bulan belajar kat Emile Woolf, berlaku pertukaran nama yang dirasmikan sendiri oleh PM kita sekarang Dato' Sri Najib yang sebelum tu menjawab jawatan sebagai Ment…