Saturday, August 25, 2018

Teluk Senangin vs Teluk Batik

Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah. Tak sampai 2 jam. My son pulak memang suka mandi air laut. Makanya aku pun survey la Teluk Senangin Hotel or Resort kat Agoda. Tapi tak de satu pun. Pelik! Kemusykilan pun bersarang di hati. Kenapa tempat peranginan best tak de detail penginapan kat Agoda. Teluk Batik banyak la. Tapi kebanyakan hotel arra Teluk Batik dpt review so so aje.
.
Aku pun try search kat facebook. Banyak pulak chalet yg aku jumpa kat Teluk Senangin ni. Jadi aku pun book salah satu chalet yg review pengunjung best2 belaka.
.
24/8/2018 bersamaan Jumaat bersamaan juga raya ke 3 korban, bertolaklah kami ke  Lumut. Aku tak google maps pun sbb dah biasa ke Lumut. Gi makan tengah hari kat gerai area tempat parking pekan Lumut. Harga mak ai mahal siot. Nama je duduk tepi laut, harga ikan bukan main mahal.
.
Lepas tu baru aku on waze. Terkejut aku tengok jarak dekat 30km jugak nak ke Teluk Senangin. Aku confident je Teluk Senangin ni area Teluk Batik. Rupanya jauh ke dalam. Kalau dr Ipoh ambil simpang kanan kat traffic light aeon manjung.
.
Bila sampai kawasan Teluk Senangin, rupanya indah khabar dr rupa. Jalan sempit. Susah bila berselisih kenderaan. Chalet banyak tapi hmmm... korang tgk lah sendiri. Tak tersusun satu. Paling sedih dr segi kebersihan. Sampah merata-rata. Ada satu chalet tu air kumbahan mengalir masuk ke laut. Pasir tak putih, dark2 sikit. Air laut pun nampak keruh. Mungkin warnanya jd mcm tu sbb warna pasur kot. Nampak ramai org mandi dan ramai jugak yg memancing. Tapi aku tak tergamak nak tgk mu son mandi situ.
.
Aku book sebuah chalet double queen. Masa aku book tu tinggal sebuah bilik je kat Tingkat 1. Expectation aku agak tinggi kot. Bilik tengok bilik...hmm terus down. Cadar entah tahun bila punya, lusuh siot. Jarak antara katil pun bbrp inci je. Kemudan dlm bilik sgtlah menyedihkan. Jangan mengharapkan bilik air yg ada air panas okey... cermin kecik. Tengok gambar kat fb bukan main. Rupanya indah khabar dr rupa 😥
.
Lepas check in, jalan2 tepian pantai, kami pun keluar ke Telyk Batik. Better kat sini dr Teluk Senangin. Malam baru balik inap kat chalet. Kerugian RM140😪 Pagi esoknya terus checkout. Datang Teluk Batik lagi. My son belum puas semalam.
.
Pengajaran, survey tempat percutian sehabisnya sebelum book. Huhu...
.
P/s : Catatan ditulis ketika berada di atas kerusi sewa bawah pokok nyior di tepian pantai Teluk Batik.

12.14 pm
Teluk Batik

Note: Gambar menyusul kemudian
Cadar lusuh dan bilik sempit membuatkan semangat terus down

berposing depan bilik no 12, tingkat 1

chalet 2 tingkat

tandas awam teluk batik


Pantai Teluk Batik, okeyla dr Teluk Senangin namun jauh beza kalau nak banding dgn pantai2 di pulau sebelah terengganu

sewa 1 kerusi RM3 - seharian


Indah di luar, di dalam bilik hmm huhu

Sunday, August 12, 2018

Kenduri Berhidang

Kaum ibu paling sibuk menyediakan bahan


Para jemputan - selesai solat di masjid terus datang


Penyediaan gilai rebung + ayam

Wajib - sambal tempoyak sebab skrg musim durian

Penambah perisa

Ikan keli masak merah

Gulai ayam + rebung yg mendapat pujian. Rebung habis, ayam tak habis 

Sehidang utk 4 orang

Goreng ikan keli

Penumbuk sambal

Menu untuk 1 hidang

Petai dr pokok arwah ayah

Standby siap2 sebelum masuk ke dalam talam

Sibuk menyediakan hidangan

Layan...
Semalam, 11/8/2018 keluargaku buat kenduri doa selamat / kesyukuran sebab my sis dapat kerja (tukar perkhidmatan actually). Nak buat memang seronok, nak berkendara tu yg penat. Kami tak guna catering atau buat bufet. Semuanya buat cara lama - makan berhidang. Setalam 4 orang spt selalu.
.
Petang Khamis dah rebus rebung. Pagi Jumaat beli barang2 kering dan baban mentah. Tempah ayam 25 ekor, ikan keli 20kg, santan 3kg, ikan masin dll.

Pagi Sabtu kaum ibu datang bergotong-royong menyediakan makanan. Mereka bawa bersama seculak beras utk diberi kpd tuan rumah. Beras yg diberi digunakan utk masak nasi. Dapat dua leriuk besar dan tambah 10kg beras lagi milij tuan rumah.

Ada yang cuci ayam, potong bawang, hiris petai, tumbuk sambal, masak nasi, gunting ikan masin .  dll.

Menu:
Gulai ayam campur rebung
Ikan keli masak merah
Ulam petai dan timun
Ikan masin
Sambal tempoyak

Lepas siap semua, kaum ibu balik ke rumah masing2 dan datang balik. Ada yg dtg sebelum dan ada yg dtg lepas zohor. Sebab nak hidang makan kat orang masjid yg akan datang lepas solat zohor. Dalam jam 1.15 thari, kaum ibu berkerjasama menyusun menu dlm talam besar. Sebelum tu kena siap2 dulu tempat makan (dalam rumah je - tak de khemah). Letak jug air bersama 4 biji cawan, air basuh tangan di atas surat khabar (saprah x ingat simpan mana).

Lepas bacaan doa selamat, tetamu menjamu selera. Lepas selesai tetamu(org masjid) makan, baru kaum ibu menjamah makanan di dapur. Hebat betul mak-mak ni. Dari dulu lagi, itulah tradisinya. Kenduri kali ni macam selalu mesti ada lebih gulai dna nasi. Ibu2 ambil sorang sikit.

Alhamdulillah...semua bergotong-royong cuci pinggan, basuh kawah, periuk besar. Sebagai tuan rumah, hanya ucapan terima kasih mampu diberi.  Hari ni masa utk simpan balik pinggan mangkuk dlm almari dan hantar kawah, periuk masuk dlm stor.

Tradisi ini dah tentu akan menjadi kenangan suatu hari nanti. Hanya org lama sahaja yg masih mengekalkan tradisi makan berhidang. Bila mereka telah tiada, tradisi2 lama ini entah sampai bila mampu bertahan.

Syukur aku manpu merasai pengalaman indah ini...




Sunday, August 5, 2018

Bukit Merah Waterpark

Lama dah nak pergi tapi asyik cancel sahaja. Semalam, 4 Ogos 2018, akhirnya tercapai jua hasrat nak ke Bukit merah Laketown ni. Ini kali kedua aku ke sini manakala bagi suami dan anak pula, ini kali pertama bagi meraka.

Kali pertama aku ke sini dah 20 tahun lalu. Masa waterpark ni baru buka. Datang dengan rombongan sekolah. So ingat2 lupa masa tu.

Kebetulan ada promosi merdeka. Harga biasa utk waterpark RM48 dewasa dan RM38 kanak2. Untuk promosi merdeka ni dapat harga RM28/pax. sama harga dewasa dan kanak-kanak.

Kami sampai dalam jam 10.30 pagi. Tak ramai orang. Kami tak ambil penginapan sebab drive dari rumah ke sini tak sampai sejam pun.

Ada banyak jenis kolam. Untuk kanak-kanak dan dewasa, semua boleh main. Kecuali gelongsor bola besar, kena pakai swimming suit.

Sebelum masuk tu kena periksa beg dulu. Makanan tak boleh bawa masuk. Kemudian, terus ke peti simpanan. Guna gelang kalis air utk scan bar code. Senang dan selamat (walaupun tak digalakkan menyimpan benda berharga dlm tu sebab keselamatan atas tanggungjawab sendiri). Oh ya, sebelum masuk, kami beli dulu pelampung kanak-kanak berharga RM10 dan waterproof cover utk handset, RM10 jugak.

Bebas la mandi air sebab orang tak ramai. dalam sejam kemudian baru bertambah pengunjung. Itu pun kira sikit lagi berbanding masa kami ke Bangi Wonderland hujung 2017. Nak park kereta pun susah.

Kami main air dari jam 10.30 pagi sampai 2.00 petang. Beli air (3), burger (2) dan french fries. RM38!!! Sekali sekala okey la.

Keselamatan kat kolam pun okey. Semua tempat ada pekerja yang mengawal.

Tandas tempat tukar baju pun bersih dan selesa. Yang penting Umar puas mandi-manda. Akan datang lagi sini nanti...

Org dewasa tak gelongsor laju...kanak2 ok la

Ombak buatan pun ada

Jgn hilangkan tiket gelang ni. Nak scan masa keluar.

Budak penakut kalau sorang2





Bintang : 4/5 (berdasarkan harga tiket/kemudahan/kebersihan/kolam/mainan)


SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...