Posts

Showing posts from October, 2009

Kenangan di Langkawi (2)

Image
Akhirnya sampai juga aku ke tempat ni...Langkawi Cable Car. Tiket RM14 untuk dewasa. Pengalaman yang manis dan takkan dilupakan. Aku satu2nya yang gayat dengan ketinggian. Member lain slumber jer...aku ambil masa gak nak tenangkan diri..hehe.. Bangunan sekolah 4 tingkat pun dah rasa gayat.. Kami berhenti di stesen pertama jer. Sempat snap gambar dari puncak gunung. Member tak nak berhenti di stesen ke2..huhu.. aku kena datang lagi ni. Teringin nak melalui jambatan yg menghubungkan dua buah gunung...

Lepas langkawi Cable Car, kami berhenti di Telaga Tujuh tapi ramai yang dah penat. So kami berjalan2 jer kat bawah. Destinasi seterusnya Kota Mahsuri. Dah datang Langkawi tak sah rasanya kalau tak melawat tempat lagenda ni. Member cakap dulu tempat ni lain. Tak ada lagi kota..sekarang dah dibina kota. Nak masuk tentu la kena bayar. RM5 untuk dewasa. Mula2 jumpa muzium. Malangnya tak bleh ambil gambar. Kat sini ditunjukkan la keris yang dipercayai yang digunakan untuk menikam Mahsuri. Ada ju…

Kenangan di Langkawi (1)

Image
Inilah kawasan resort tempat saya dan teman-teman yang menyertai lawatan ke Langkawi pada 23 hingga 25 Oktober yang lalu. Nama tempat ni...Malibest Resort. Semalam RM150 utk bilik 4 orang... okay la. Kami menyewa bilik nama Teluk Kemarong kalau tak silap. Selepas sekolah kami terus bertolak. Sampai di jeti Kuala Perlis sekitar jam 5. Feri bertolak jam 6 petang. Sampai jam 7 lebih. Kami menyewa 2 buah Inova. Terus kami menuju ke area Pantai Cenang yang terletak lebih kurang 30 minit dari Pekan Kuah. Sebelum tu sempat singgah makan malam dulu. Kawasan Pantai Cenang memang hidup pada sebelah malam. Sepanjang kiri kanan jalan penuh dengan kedai yang dihias cantik dengan lampu warna warni. Tempat makan pun banyak...terutama western food. Maklum la ramai pelancong. Lepas check in sempat lagi aku dan member jalan2 tengok keindahan malam...Pagi2 jam 7 dah keluar jalan2 tepi pantai. Sempat la snap beberapa keping gambar...

Selepas jalan-jalan di pantai, kami bersarapan di sebuah kedai. Hmm...su…

Mali Best Resort

Image
Dah siap kemas barang..sambil tunggu rakan2 siap berkemas, sempat lagi online. Resort ni okay gak. Pemandangannya cantik. Panorama Pantai Cenang menarik sekali. Dengan pasirnya yang putih dan halus, memang berbaloi dgn bayaran yg dikenakan.
Semalam puas berjalan sekitar Langkawi. Paling menarik tentunya semasa menaiki kereta kabel...gayat sgt, kelakar pun ada. Hari ni hari untuk bershoping sebelum kembali ke Tanah Besar.

Catatan Okt

* Baru selesai menonton Tari Tirana..I like!

* Manuskrip belum ada yang siap. Semuanya sekerat jalan. Entah bila akan siap. Kemalasan masih menguasai diri ini..huhu..

* Esok ada majlis hari jadi. Kek dah beli, cenderahati pun dah ready, bateri kamera sdg cas.. Menu utama esok, nasi minyak dgn kurma ayam..budak2 mesti hepi esok.. cadang nak buat kejutan..hehe

* Hari2 melepak aku melepak kat shoping kompleks..eh silap, melepak kat FB, tagged..blog..

* Lusa nak ke Ipoh..IPGM..ambil sijil induksi..

* Jumaat bertolak ke Langkawi... yahoo...bercuti 3 hari 2 malam..di Pantai Cenang, bersama rakan setugas.. Senarai barang2 yg nak dibawa dah siap..tggu nak ngemas jer..

* Awal bulan depan ke Terengganu & Kelantan..kalau jadi..abeh la duit..huhu..

* Minggu depan start PKSR...kena bertugas gak..huhu..


Karnival Pra 2009

Image
Pada mulanya karnival pra yg menjadi agenda wajib setiap tahun dijadualkan berlangsung sekitar ogos kalau tak silap, iaitu sebelum Ramadan menjengah. Tapi di saat akhir terpaksa dibatalkan kerana H1N1 melanda. Kerana menyangka karnival dibatal, aku pun berhenti melatih murid yang terpilih menyertai pertandingan. Tup2 minggu lepas hari Khamis, aku dihubungi oleh seorang guru yang memaklumkan karnival akan diadakan pada hari Isnin, 5 Okt 2009. Mak ai, aku langsung tak ready. Akhirnya muridku yang menyertai pertandingan sajak terpaksa digugurkan kerana dia dah lupa. Nak suruh hafal kembali bukannya boleh sehari dua. So, terpaksa la hantar murid yang menyertai pertandingan mengeja perkataan, menyusun huruf dan mewarna.
Hari Isnin.. hari ni la, pagi-pagi lagi aku dimaklumkan oleh seorang murid yang memberitahu adiknya tidak datang ke sekolah kerana mengikut ibunya ke Kuala Lumpur. Adoi... beginilah jadinya saat2 akhir.
Alhamdulillah, Nur Hidayah berjaya juga sampai ke Pusingan Tambahan tapi …