.
Aku pun try search kat facebook. Banyak pulak chalet yg aku jumpa kat Teluk Senangin ni. Jadi aku pun book salah satu chalet yg review pengunjung best2 belaka.
.
24/8/2018 bersamaan Jumaat bersamaan juga raya ke 3 korban, bertolaklah kami ke Lumut. Aku tak google maps pun sbb dah biasa ke Lumut. Gi makan tengah hari kat gerai area tempat parking pekan Lumut. Harga mak ai mahal siot. Nama je duduk tepi laut, harga ikan bukan main mahal.
.
Lepas tu baru aku on waze. Terkejut aku tengok jarak dekat 30km jugak nak ke Teluk Senangin. Aku confident je Teluk Senangin ni area Teluk Batik. Rupanya jauh ke dalam. Kalau dr Ipoh ambil simpang kanan kat traffic light aeon manjung.
.
Bila sampai kawasan Teluk Senangin, rupanya indah khabar dr rupa. Jalan sempit. Susah bila berselisih kenderaan. Chalet banyak tapi hmmm... korang tgk lah sendiri. Tak tersusun satu. Paling sedih dr segi kebersihan. Sampah merata-rata. Ada satu chalet tu air kumbahan mengalir masuk ke laut. Pasir tak putih, dark2 sikit. Air laut pun nampak keruh. Mungkin warnanya jd mcm tu sbb warna pasur kot. Nampak ramai org mandi dan ramai jugak yg memancing. Tapi aku tak tergamak nak tgk mu son mandi situ.
.
Aku book sebuah chalet double queen. Masa aku book tu tinggal sebuah bilik je kat Tingkat 1. Expectation aku agak tinggi kot. Bilik tengok bilik...hmm terus down. Cadar entah tahun bila punya, lusuh siot. Jarak antara katil pun bbrp inci je. Kemudan dlm bilik sgtlah menyedihkan. Jangan mengharapkan bilik air yg ada air panas okey... cermin kecik. Tengok gambar kat fb bukan main. Rupanya indah khabar dr rupa 😥
.
Lepas check in, jalan2 tepian pantai, kami pun keluar ke Telyk Batik. Better kat sini dr Teluk Senangin. Malam baru balik inap kat chalet. Kerugian RM140😪 Pagi esoknya terus checkout. Datang Teluk Batik lagi. My son belum puas semalam.
.
Pengajaran, survey tempat percutian sehabisnya sebelum book. Huhu...
.
P/s : Catatan ditulis ketika berada di atas kerusi sewa bawah pokok nyior di tepian pantai Teluk Batik.
12.14 pm
Teluk Batik
Note: Gambar menyusul kemudian
Cadar lusuh dan bilik sempit membuatkan semangat terus down |
berposing depan bilik no 12, tingkat 1 |
chalet 2 tingkat |
tandas awam teluk batik |
Pantai Teluk Batik, okeyla dr Teluk Senangin namun jauh beza kalau nak banding dgn pantai2 di pulau sebelah terengganu |
sewa 1 kerusi RM3 - seharian |
Indah di luar, di dalam bilik hmm huhu |
No comments:
Post a Comment