Posts

Showing posts from May, 2016

Ganti Dekoder

Kisahnya bermula Ahad malam hari tu. Sampai dr kg dlm jam 12 lebih. Tengah malam coz bertolak dr kg pun dah malam, lepas Isyak. Sampai rumah mcm biasalah, pasang la suis tv + astro. Tiba2 terhidu bau hangus, benda terbakar. Ingatkan extension problem. Rupa2nya bau hangus tu dr dekorder astro. Nombor stand by tu tak naik pun.
Ptg esoknya baru sempat kol astro buat aduan. Dia bagi la nombkr report bagai. Katanya technician akan kol dlm 24jam. Esoknya seharian menunggu. Tak de pun kol dr technician. Rabu pagi, kol lagi astro. Dia pun bagi no tel technician. Kol2 tak dapat pulak. Grrrr...
Petang tu dalam 2.30 pm, technician kol kata nak dtg dlm 10 minit akan sampai. Tunggu punya tunggu dekat sejam baru sampai. Haiyya manyak susah betul.
Technician bagitau la kalau piring astro atas atap nun atau dekorder yg rosak, percuma je gantiannya. Tali kalau kabel yg rosak kena bayar. Aku dah standby nak kol astro, nak tya betul ke. Dorang pun cek la. Mmg sah dekorder yg rosak. Dpt la dekorder baru …

Catatan Seorang Guru

Terkenang 15 tahun lalu. Yakni tahun 2001. Kali pertama melangkah ke sekolah sebagai seorang guru. Guru sandaran tidak terlatih di SMK Pengkalan Hulu. Tiada pengalaman. Zero. Baru grad tahun 2000 dr UPM. Kemudian isi borang, di panggil interview dan akhirnya berjaya menjawat jawatan guru sandaran tidak terlatih atau GSTT. Gaji 1.4k 😱😱😱 Dah banyak sangat. Umur baru 24. Masih mentah. Naif.
Dengan motor honda ABT aku meredah keheningan pagi. Melawan kesejukan. Terus
Menuju ke bilik pengetua. Tapi big boss tak ada, diambil alih oleh PK HEM. Aku diberi penerangan bersama GSTT yg lain. Dapat subjek BM dan Sejarah menengah rendah.
Seronok? Mengajar yes. Terutama kelas pertengahan. Murid sederhana, hormat guru. Tapi tak dapat elak rasa malu hendak berkomunikasi dgn rakan sekerja lain. Rasa rendah diri. Mereka guru tetap. Aku hanyalah guru sandaran. Paling seksa bila kena bertugas dan cakap di hadapan perrhimpunan. I can't do it!
Bertahan jugak setahun menanggung 'seksa'. Tahun …

31 MAC 2006

Image
Tarikh buka blog. Dah 10 tahun lebih dalam dunia blog. Hanya aktif 5 tahun terawal. Bila dah ada anak, dah tak cukup masa nak layan blog. Lagi pun, blog dah tak laku sangat sejak wujudnya media social lain spt fb, insta dan tweeter.

Anak dah 3 tahun. InsyaALLAH cadang nak aktif menulis blog balik. Plan nak buat catatan hari-hari. Macam menulis diari yang dah lama aku tinggalkan. Catat everything yg berlaku setiap hari. Ada berani? Atau sekadar sembang padu???

TAHUN AKTIF BLOG

TAHUN 2008 - 93 POST

TAHUN 2012 - 65 POST

TAHUN 2009 - 64 POST

Umar Ziyad Turn 3

Image
Cerita dua bulan lepas. Sambut birthday anakku si Umar Ziyad yang ke 3 tahun pada 3 Mac 2013. Ong angka 3 org cina kata. Hihi.... Tapi tak dapat nak sambut tarikh tepat sebab tarikh tu tak cuti sekolah. Lagipun sambut di kampung opah di Pengkalan Hulu. 1st time sambut besar-besaran (di antara sambutan sebelum2 ni, 2 kali je pun)  Umar walaupun dah 3 tahun, bukannya mengerti lagi. So lebih kepada makan2. Jemput sedara mara dekat. 
Kecik-kecik pun dekat RM700 melayang. Special menu hari tu selain laksa, ada mee goreng, nugget, cocktail. Bagi jajan sikit dekat budak2 yang datang. Kek indulgence SR tak lupa. TQ pada mak teh, mak sedara umar coz sponsor sebijik lagi kek SR. Perasa apa tak berapa nak ingat.