Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Salam Aidiladha

Esok rayanya tapi saja ucap awal2. Oang lain dah berbondong2 balik kampung, tapi aku masih di sini. Kejap lagi baru bertolak balik lepas selesai semua kerja. Lagipun, kampung halaman dekat jer. Tak sampai 2 jam, dah sampai. Hehe... Kalau jauh tu lain la. Memang teruja time nak balik kampung.
Cerita pasal raya haji ni... hmm kemeriahannya tak sama dengan sambutan raya puasa. Entah kenapa tak tau. Kalau raya puasa, bukan main lagi sambutannya. Kalau raya haji, sepi macam tu jer. Tak der la sibuk nak menempah biskut bagai. Sangat berbeza nak dibandingkan dengan raya puasa. Tetamu pun tak ramai yang datang bertandang. Bukan tak ramai, kadang2 tu tak ada langsung. Huhu... sudahnya makan sendirilah menu yang disediakan.
Baju raya pun tak disediakan. Just pakai apa yang ada. Tambah bila berbadan dua ni. Tak banyak pilihan. Jadi aku pakai la uniform yang memang dah beli awal-awal tu. Kat sekolah dah pakai, kat kampung halaman belum lagi. Haha...orang belum tengok jadi kalau aku pakai pun ora…

Sebelum Sesi Persekolahan 2012 Berakhir

Ada beberapa projek/kerja/urusan yang perlu aku selesaikan sebelum bermulanya cuti panjang. Antaranya : Kem Membaca next week - aku perlu sediakan buku program, mengadakan pertandingan mewarna untuk murid pra dan persembahan pada hari penutupan (Rabu)Majlis Qurban - Isnin 29 Okt 2012 - aku bahagian timbang menimbang daging untuk diagihkan pada staf dan murid-muridMajlis Anugerah Cemerlang - 1 Nov 2012 - aku jadi bendahari, urus peserta & pendaftaranMajlis Konvokesyen Prasekolah - 1 Nov 2012 - kena sediakan sijil pra, sediakan budak dengan pakaian jubah, sediakan hadiah, urus murid-muridPerkhemahan - 2 hingga 4 Nov 2012 - aku setiausaha, dah siap bentang kertas kerja, tunggu nak hantar murid ke tempat perkhemahanJamuan Hari Jadi & Akhir Tahun Pra - 7 Nov 2012 - kena sediakan cenderahati (setel - bg mug jer), tempah kek (setel) dan tempah nasi lemak (belum lagi), dan satu lagi edar surat jemputan pada ibu bapa Dalam masa 12 hari aku kena siapkan semua tugasan. Lepas tu bolehlah …

Minum Air Gula

Nak kongsi sikit pengalaman minum air gula. Disebabkan faktor umur dan keturunan, aku kena minum air gula. Pertama kali terbayang dalam minda bila sebut air gula, tentulah rasanya amat manis sgt2. Sehingga kena minum sikit2. Itulah yg terbayang mula2 dlm kepalaku bila sebut air gula. Patutnya aku kena minum Isnin minggu lepas. Tapi ada meeting hari tu. Meeting yang aku jadi setiausaha jadi malas nak excuse. So aku tunda minum ke Isnin minggu depannya (semalam). So, last week aku awal2 dah appy cuti rehat. Tahun ni dah 2x ambil cuti rehat. Kira sikit la tu. Org lain dah habis. GB pun takder banyak songeh, terus jer lulus borang permohonan cuti aku tu. 
Sebelum minum air gula, misi dah pesan kena puasa start jam 10 malam sebelumnya. So Ahad tu aku makan takat jam 6. Lepas tu just minum jer. Jam 8 pagi, aku gerak ke klinik desa kati ditemani suami. Aku org ke2 sampai. Orang pertama tu baru nak buka buku. So lama jugak la aku kena tunggu dalam 20 minit. Lepas tu my turn. Misi cucuk dulu …

Sesi Fotografi 2012

Setiap hujung tahun, salah satu agenda prasekolah ialah sesi fotografi. Ia diadakan sebagai kenang-kenangan buat guru dan murid-murid prasekolah. Sesi fotografi kali ini diadakan pada 5 Okt lepas, hari Khamis. Hari tu semua budak pra datang sekolah (sesuatu yang agak luar biasa). Masing-masing teruja hendak bergambar sebab tu sanggup tak ponteng sekolah...hehehe... Kalau tidak, setiap hari tu mesti ada sorang dua yang tak datang sekolah.
Kali ni kalau tak silap, dah kali ke 5 sesi fotografi diadakan. Fotographer masih orang yang sama iaiatu Mizi Foto. Harga pun masih lebih kurang iaitu RM22 untuk sekeping gambar bersaiz 8R (siap dibingkaikan) + sekeping gambar saiz 5R dan sekeping lagi 4R. Kiranya satu set ada 3 kepng untuk gambar penuh, gambar separuh dan gambar beramai-ramai. 
Murid perempuan akan di touch up terlebih dahulu supaya gambar nampak cantik. Kemudian mereka akan disarungkan jubah beserta topi. Ketika gambar diambil, mereka akan memegang skroll. Hasilnya, memang menarik.…

Mulakan Bisnes Online

Jom mulakan bisnes online! Hehe... Aku suka shopping online. Pernah beli buku, ebook, tudung dan mcm2 lagi produk secara online. Syoknya beli belah online ni sebab tak payah habiskan masa dan tenaga keluar ke bandar, redah kedai ke kedai cari satu2 barang yang ingin dimiliki. Kelebihan beli belah on9 ni, dok depan komputer jer...merayau la dari blog ke blog, fb ke fb cari barang yg diinginkan. Dah jumpa, terus booking. Kalau barang ada, terus jer transfer duit. Kan senang. Lepas tu tunggu la barang sampai depan rumah. 
Asyik beli jer, bila pulak nak mulakan bisnes? Sebenarnya berniaga salah satu perkara yang aku suka buat. Aku pernah bisnes alat tulis di kampung dulu. Rancak jugak bisnes tu. Berkembang bulan ke bulan. Bila aku pindah, kedai terpaksa ditutup coz takder org nak jaga. Huhu... sayang, sebab dah bina tapak, dah ada pelanggan setia tapi terpaksa gulung tikar. Bisnes online pun aku pernah mula. Tapi tak berapa nak jalan. Sebab tak tau lagi strategi bisnes. Dan malas nak upd…

Nostalgia : BFF

Kembali ke UPM lagi. Kali ni nak kongsi cerita tentang persahabatan... tentang best friend forever... BFF aku masa jadi student UPM ada 2 orang. Kami dari kursus yang sama - Bach Sains Perniagaantani. Nama BFF aku tu Nia dan Jaya. Mula-mula kenal Nia ni sebab dok masuk dewan kuliah sekali. Mulanya tak perasan kami dari kursus yg sama. Nia la yang mula2 tegur. Tanya aku dok kolej mana. Aku bgtau la aku kolej ke5. Dia pulak kolej pertama yg aku dah lupa nama kolej tu. Kolej dia dekat sikit dengan dewan kuliah. Kolej aku nun jauh ke atas. 
So dia ajak la ke kuliah sama-sama. Otw aku nak ke kuliah tu, aku singgah kat kolej dia dulu. Lepas tu kami gerak sama2 ke dewan kuliah. Masa ni Nia dah kenal Jaya. Mereka dari kelas diploma yg sama. So aku diperkenalkan dengan Jaya (gadis India). Sejak hari tu kami pun berkawan baik.
Nia orang Tawau, Sabah. Jaya pulak orang Kota Tinggi, Johor. Boleh kata ke mana saja kami pergi, kami akan bertiga. Dan kumpulan pun sama. Lagipun pensyarah menggalakkan…

Kisah Ambil Darah

Aku tak pernah derma darah sebab aku takut proses cucuk mencucuk di lengan tu. Takut sangat tengok jarum sedut darah keluar masuk ke tiub. Sesiapapun aku yakin mesti takut kena cucuk. Aku pengalaman kena cucuk masa sekolah dulu. Cucuk Rubella la yang aku rasa paling sakit sekali berbancing cucuk BCG tahun 6 dan tingkatan 3. Aku kena cucuk rubella masa form 2. Sakit sangat.
Last sekali aku kena cucuk masa 2 tahun lepas. Kena cucuk kat punggung sebab muntah2, cirit birit dan tak boleh nak telan ubat atau sebarang makanan. Jadi, nak masukkan ubat dalam badan kena la cucuk dengan jarum. Masa tu dah tak kisah dah sakit ke tak sebab yang penting, cepat sembuh. Alhamdulillah, lepas kena cucuk tu keadaanku kembali normal.
Sejak buat ujian kehamilan, hatiku dah berdebar. Takut kena ambil darah. Itu salah satu proses rawatan ibu mengandung. Pertama sekali aku kena ambik darah masa bulan puasa hari tu. Menggeletar seluruh badan, lemau semacam, gementar menanti saat dipanggil untuk dicucuk. Hany…