Wednesday, March 18, 2015

MANUSKRIP PARUT

Dah hantar 13 Feb 2015. Dah sebulan lebih. Hantar ke penerbitan yg sama dgn Hanya Padamu dan Mak Datin, Isteri Cikgu. Siapa yg pernah dpt kan novel aku tu mesti tau kan. Parut...itu tajuk yg aku pilih. Sdg tunggu penilaian yg mengambil masa 3 bulan sepatutnya sama ada diluluskan atau tidak. Parut dgn genre misteri, genre yg aku paling suka wpun boleh pecah kepala nak memikirkannya. Nak buat lain dr yg lain dgn harapan pembaca tak boleh agak ending yg akan berlaku. Kalau diterbitkan kiranya ini novel ke 3 aku dgn genre misteri selepas Kalung dan Menjejak Memori. Komen2 yg aku terima dr pembaca Kalung dan Menjejak Memori memang memberangsangkan. Alhamdulillah. 
Doa2 ye agar PARUT aku diterbitkan. Wait and see.

Lepas ni karang cerita seram dan misteri pulak...

Percutian ke Universal Studio Singapore

Agensi : Cuti.my
Harga : RM210 dewasa, RM170 kanak-kanak
Include : Tiket masuk
                Pengangkutan Danga Bay - USS - Danga Bay
Tarikh : 15 Dec 2014
Ahli Rombongan : 15 dewasa + 2 kanak2 + 3 infant ( bawah 4 thn)

Sehari sebelum kami bertolak dr Seremban. Perjalanan ke homestay mengambil masa 2 jam. Kami sewa homestay di sebuah taman perumahan berhampiran Danga Bay. Rumah teres 2 tingkat dgn 3 bilik berhawa dingin. Kemudahan semua okey kecuali masalah air. Malam tu kami keluar makan sup tulang yg famous kat JB ( sorry dah lupa nama ).

Keesokan pagi ( Isnin ) kami bertolak ke syarikat yg menguruskan rombongan kami. Parking kereta depan syarikat. Banyak parking. Kemudian kami naik bas. Jam 7 lebih kami bertolak ke USS. Perjalanan mengambil masa 2 jam coz urusan di imegresen 2 buah negara.

Jam 9 lebih tiba di USS. Driver mengingatkan kami supaya menunggu di tempat yg sama sebelum 6.30 petang. Kalau lambat terus kena tinggal.

Tunjuk je tiket terus dpt masuk. Org tak ramai lg coz msh awal pagi. Kami ke money changer dulu nak tukar duit. Aku tukar RM300 dapat $105 jer... Masa tu RM285 bersamaan $100 dolar Singapore.

Masa mula masuk kami ambik dulu peta. Pastu bergambar kat lorong ala2 kat New York and England. Terus kami tuju ke Transformer. Sbb pengunjung yg kami baca kat blog rata2 suka dgn Game kat Transformer tu. Aku tak masuk sbb ada anak setahun lbh. Kanak2 tak dibenarkan masuk. Jadi aku dgn adik aku merayap2 kwsn sekitar sbb kami ada anak kecil...huhu. Lama jugak menunggu...sejam kemudian baru yg lain2 keluar. Katanya ramai org..kena beratur. Sapa yg ambil single rider cepat sikit.

Kami berjalan menuju ke kawasan The Mummy. Kat sini aku berkesempatan masuk. En suami pulak jaga anak. Lama jugak tunggu turn. Gamenya rupanya naik roller coaster. Tapi dlm gelap..haha...

Keluar dr situ dah rasa penat. Dah tengah hari. Cuaca panas. Dahaga dan lapar. Kami menuju ke Istana Far Far Away ( Shrek ). Kat situ ada restoran makanan halal. Harganya x payah cakap la...mmg mahal. Nasib baik boleh discount $5 dr tiket yg dibeli. Anak pun dah tak senang duduk sbb cuaca panas. Terpaksa bg dia mandi kat tandas. Tandas banyak kat USS. Setiap kwsn ada tandas. Tandas takder air....tapi kat hujung sekali ada air. Mana2 tandas pun ada 1 yg ada air. Biasa kat hujung.

Kemudian kami patah balik ke The Mummy cari surau. Suraunya kecik je. Org ramai. Keselesaan mmg kurang. Kami ke Far Far Away semula utk tengok wayang 4D. Best sbb dpt rasa bila Donkey bersin. Dapat rasa labah2 merayap kat tempat duduk. Anak dah tidur sbb sejuk kat dlm tu.

Kat Madagascar sempat tengok binatang ( org pakai kostum ) menari...I like to move...)  Lepas tu kami bergambar. Sampai setakat tu je...lepas tu dah tak larat dah. Tgk je org beratur kat Jurassic Park...

Banyak tempat kami tak pergi. Rasa rugi pulak. Penat punya pasal. Ingat org tak ramai hari Isnin....rupanya beribu org kat dlm tu.

Nak beli belah x mampu. Cuma mampu tgk je. Harganya hmm..... berbeza masa ke Bukit Tinggi, Idonesia. Kami bershopping sakan.

Seronok bila bercuti bersama keluarga. Sebelum ni kami dah ke Kota Kinabalu dan Kundasang serta Cameron Highland (2010), Kuching (2011), Pulau Perhentian dan Kuala Gula (2012), Bukit Tinggi (2013), Cameron Highland sekali lagi dan USS (2014). Tahun ni Insya Allah bulan 6 nanti nak naik Star Cruise pulak.

Gambar nanti upload.

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...