Monday, June 19, 2006

MY CERJANG

Assalamualaikum...
Saya telah mencipta satu lagi blog iaitu http://cerjang-tannehadihaz.blogspot.com untuk saya letakkan karya-karya saya yang berbentuk cerjang (cerpen panjang). Sudi-sudilah menjengah ke sana atau klik saya pada My Cerjang kat sebelah kanan.

Friday, June 16, 2006

MENCARI BAHAGIA

Sedutan cerpen Mencari Bahagia...

Setelah hampir sebulan tidak mendengar suaramu apatah lagi melihat wajahmu, kerinduan di hati kian menyesak. Aku beranikan diri menghampiri teman-temanmu di kedai kopi. Aku ingin tahu ke mana kau menghilangkan diri. Aku harus mendapatkan jawapan. Agar terhurai segala yang bermain di fikiran.
"Maafkan saya... saya nak jumpa... er...er..." Siapakah nama kau? Nampak sangat selama ini aku tak pernah ambil tahu tentang dirimu. Yang ada hanya perasaan benci....
"Irshad?" pintas seorang lelaki.
"Irshad? Lelaki yang selalu mengganggu saya ti, namanya Irshad?"
Jadi, insan yang selalu menghubungiku melalui telefon dan selalu mengganggangguku tika aku pulang dari sekolah adalah orang yang sama. Patutlah sejak aku terima hadiah darimu, aku turut tidak lagi menerima panggilan dari seorang lelaki bernama Irshad. Suara kau di dalam telefon jauh bezanya.
"Dia dah ke Jerman."
Itulah jawapan yang ku terima mengapa kau menghilangkan diri secara tiba-tiba. Mulanya aku menyangka rakan-rakanmu mahu mempermainkan aku. Setelah Pak Mat pemilik kedai kopi mengiakannya, barulah aku percaya....

Kisah selanjutnya boleh dibaca di ruangan Cerpen Pilihan, Majalah Remaja keluaran 15 Jun 2006.

Thursday, June 1, 2006

Sad Sonata & Malin Kundang

Dua drama ni tak boleh tinggal satu episod pun. Suka kedua-dua drama ni. Sangat-sangat suka sebenarnya. Sad Sonata sebuah drama cinta lara, sesuai dengan tajuknya. Minat dengan watak heronya - Junying - Drama Korea ni sebenarnya lebih kurang je. Heroin berpenyakit ... hilang ingatan ... disangka mati rupanya tak... pertalian adik abang... tapi tetap nak tengok. Antara yang pernah diikuti seperti Winter Sonata, A Story of a Successfull Bright Girl, The Eve, Hotelier, Stairway to Heaven, My Love Patzi....
Malin Kundang pula ala-ala Si Tanggang bagi rakyat Malaysia. Tapi ni Malin Kundang zaman moden. Saya memang peminat drama terutama dari Korea dan Indonesia. Pernah terpaut dengan beberapa sinetron seperti Hikmah, Ikhlas, Opera Jakarta, Kisah Adinda, Harga Diri, Tali Kasih.
Drama Melayu pulak bolehlah. Suka dengan drama Raflesia. Tapi sekarang ni mengikuti Janji Kekasih walaupun ada sikit2 persamaan dengan drama Korea - Autumn In My Heart. Autumn dulu hanya ikuti episode awal je. Tak suka dengan watak heroinnya yang senyap. Begitu juga dengan telenovela Filipina baru2 ni - Stolen Moment - Tak suka dengan watak Margaret yang senyap. Telenovela Filipina yang lain2 layan gak walaupun jalan ceritanya sama. Berpisah dengan ibu bapa kandung, orang kaya orang miskin, hilang ingatan...
Telenovela Latin juga saya layan. Tapi sekarang ni tak ada yang menarik. Pernah mengikuti telenovela Mis Tres Hermanas (Lisa & Santiago), Rosalinda (Rosalinda & Fernando Jose), Betty La Fea (Betty & Armando), Pobre Diabla (Fiorela & Andres), Catalina y Sebastian, Cuando Seas Mia (Paloma & Diego), Luna ( Luna & Mauricio) dan Por Tu Amor.
Adios!

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...