Posts

Showing posts from February, 2010

Nurin

Nurin adalah manuskrip terbaru saya yang saya mula menulisnya pada penghujung 2008. Awal 2010 baru siap! Bayangkan berapa lama saya ambil masa nak siapkan manuskrip awal remaja tu. Lambat siap tu bukan kerana jalan ceritanya yang berat, tapi....sebab M. Tak sampai 100 m/s pun (1.5 spacing). Orang lain yang benar2 gigih menyiapkan manuskrip hanya ambil masa 2 minggu saja. Tapi tu orang lain. Saya tak boleh jadi orang lain. Saya jadi diri saya. Kesudahannya setahun lebih saya ambil masa nak siapkan manuskrip awal remaja. Tak berdisiplin punya pasal...huhu! Siap jer, kemudian baca 3 kali, edit apa yg patut, saya pun hantar ke penerbit. Alhamdulillah tak sampai sebulan dah dapat jawapan, manuskrip Nurin diterima. Tajuk kena ubah...pastu kena get readylah dgn sinopsis belakang buku, kata2 depan buku, biodata, penghargaan...macam yg pernah dibuat sebelum ni. Haa...satu lagi kena start melukis. Harapnya lukisan saya diterima :) Malam ni nak kena fikir tajuk yang sesuai. Ini adalah novel awal…