Tuesday, June 23, 2009

Dalam proses

Bila orang tanya pasal manuskrip baru, aku akan jawab, dalam proses. Bila dorang tanya lagi, jawapanku tetap dalam proses. Entah bilalah proses menyiapkan manuskrip yang tergantung ni akan berakhir?? Ada dalam 10 manuskrip yang semuanya di antara 1-5 bab sahaja. Tergantung. Ada orang kata, siapkan satu-satu. Tapi bila sampai ke 'scene' yg kurang menarik, aku jadi malas
nak teruskan. Kalau ikutkan nak straight to the point jer. Kalau kisah cinta, nak fokus kisah hero heroin jer. Mana boleh cam tu. Pendeklah manuskrip nanti kalau tak ada watak sampingan. Entahlah... kenapa dulu-dulu aku boleh menulis? Dan kenapa sekarang tidak? Terasa TERlalu sukar pulak nak menyiapkan satu2 manuskrip. Payah! Aku salute dgn diri aku yang dulu... rajin menyiapkan manuskrip. Yang sekarang ni, entah kenapa jadi lembap! Adoi... Aku dah berjanji dengan sebuah penerbitan nak hantar manuskrip bulan Ogos ni. Mampukah aku?
Semuanya boleh diatasi jika aku lebih berdisiplin. Kalau orang lain mampu buat, kenapa aku tidak???

Sunday, June 14, 2009

Padang Besar

Membeli belah di Padang Besar, Perlis

Pergi membeli belah bersama mak, kakak & anak2nya, serta 3 orang adik...

Cek, Yunie & me yg teruja kerana pertama kali menjejak kaki ke Padang Besar

Penat lepas membeli belah...

12 Jun (Jumaat) lepas saya dan sebahagian keluarga telah ke Padang Besar, Perlis. Dengan dua buah kereta, kami bertolak ke utara jam 8 pagi. Cadang nak ke Rantau Panjang, tapi tak jadi dan beralih ke Padang Besar. Memandangkan kami semua perempuan (kecuali anak buah yg masih budak2 lg) jadi kami sepakat hendak ke Padang Besar untuk..... apa lagi, bershopping la... perempuan kan : )
Saya paling teruja kerana ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Perlis...huhu... Saya dan adik menjadi pemandu. Kami tak tau jalan, just tanya lauan pd mereka yang pernah ke PB. Entah macam mana kami tak nampak tol Gurun. So, kami ikut jalan biasa lalu tempat yang tak pernah dilalui sebelum ni. Akhirnya sampai juga ke Bazaar PB sekitar jam 11 lebih. Perut dah lapar, so kami ke kedai makan dulu. Masakan siam... hmmm sedap & murah. Pastu bermulalah aktiviti membeli belah. Kena pandai bab tawar menawar. Blouse memang cantik2... kerongsang pun murah, selain beg tangan, makanan, cenderahati, teddy bear dan macam2 lagi. Jam 3 petang kami bertolak balik dan sempat singgah di kawasan penternakan burung unta. Balik kami sesat lagi, cari highway tak jumpa2... lawak betul. Akhirnya kami bertemu dengan highway Jitra... lega. Seronok dapat membeli belah di PB. InsyaAllah ada masa kami pasti akan ke sana lagi.
Posted by Picasa

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...